Musim haji telah tiba lagi. Siapa yang telah mendaftar dengan Tabung Haji dan jika ‘bertuah’ dapat menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah, syukur kerana nama anda sudah terpilih yang pada hakikatnya Allah ‘menghendaki’ kita berada dalam khalayak jutaan umat Islam di seluruh dunia di Makkatul Mukarramah.
Pada Ahad 6 Nov 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H semua umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji atau juga dikenali dengan Hari Raya Qurban.
Tuntutan Qurban mempunyai sejarah yang panjang bermula sejak nabi Allah Adam lagi di mana pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya Habil dan Qabil. Nabi Allah Ibrahim dan isterinya Siti Hajar diperintahkan oleh Allah (swt) supaya berkorban dengan menyembelihkan anaknya Nabi Ismail. Apabila dilihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga beranak ini di dalam berabdi kepada perintah Allah sehingga ke peringkat perlaksanaannya, maka Allah (swt) telah menggantikan jasad Ismail dengan seekor kibas.
Apa yang saya ingin ekspreskan pada entri kali ini ialah ‘keghairahan’ umat-umat Islam melaksanakan ibadat Qurban yang sangat dituntut (Sunat Muakkad) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi yang berada buatlah setiap tahun pun tak apa asalkan faham akan tuntutannya supaya ibadat ini betul-betul memberi manfaat pahala kepada yang melakukan dan memberi kegembiraan kepada ‘yang tiada’ menikmati habuan yang diagih-agihkan.
Samada sekali atau banyak kali, itu bukan persoalannya. Asalkan niat sebenar adalah jitu kerana Allah. Tiada sekutu baginya dalam melaksanakan ibadat ini.
Persoalannya, ke manakah daging-daging qurban itu diagihkan samada daging mentah atau bermasak, apakah wang untuk melaksanakan ibadat ini betul-betul dari sumber yang halal dan lain-lain. Pada ekspresi saya, perkara ini sangat penting tapi ianya juga bukan persoalan sebenar. So?…apa yang sebenarnya?
Persoalan yang selalu bermain-main dan menari dalam kepala saya ialah sikap/perangai mereka-mereka yang berkorban itu pada (bukan semua) ada kala terlepas pandang atau sengaja atau atau atau…
Nak berkorban tu elok lah amalan tu cuma diam-diam je lah… tak usah dok heboh-heboh kerana konsep berkorban ini adalah sedekah. Sebolehnya tangan kanan menghulur biar tangan kiri tak tahu. Kalau dok heboh-heboh nanti jadi riak la pulakk.
Satu peel lagi sejenis manusia yang membesar-besarkan amalan Qurban yang sunat tu walhal ada perkara WAJIB yang perlu dilunasi seperti hutang yakni wajib melaksanakan mengikut KEUTAMAAN yang mana dahulu bila melibatkan wang kerana wang yang akan dijadikan belanja untuk melaksanakan ibadat korban itu ada orang lain yang lebih berhak yakni sipiutang. Maka, kata ulama’ korban itu sah namun pahalanya tergantung.
Maksudnya bukan jenis hutang beli kereta, beli rumah dan seumpamanya tapi jenis hutang kawan-kawan, contohnya: hutang buat rumah, hutang kedai runcit dan macam-macam jenis lagi la dalam bab kaki suka berhutang ni… Kena tanya lah yang arif apakah hukumnya bila berhadapan dengan situasi tuntutan yang SUNAT dengan yang WAJIB.
Moral of the story ekspresi saya pada kesempatan ini ialah, buatlah ibadat sebanyak-banyaknya dan semampu-mampunya tentang perkara-perkara sunat TAPI jangan lupa yang wajib kena langsaikan dulu. Wassalam.
P/s: raya pertama dan kedua dah banyak jemputan makan free. Alhamdulillah.
Imej: sony erricson/experia neo 2.3.3




0 Responses to “Bila mai musim haji”