Archive for the 'informasi' Category

08
Feb
12

Jom Tengok Tinju

Lama tak tengok orang bertinju. Dah kebetulan ada kejohanan di Jitra Mall maka aku cuba luangkan masa bersantai untuk acara ini yang bermula pada jam 2015H. Sambil menonton tu aku upload secara live  beberapa keping gambar acara ini melalui experia neo yang juga ada menyediakan aplikasi wordpress bagi membolehkan aku mengemaskinikan Ekspresi secara mobiliti.  Terima kasih juga kepada penyedia-penyedia wifi percuma di sekitar Jitra Mall yang membolehkan aku membuat liputan secara live.

Malam ini adalah malam  final Kejohanan Tinju Terbuka Kedah 2012 yang telah berlangsung sejak 4 Feb lalu yang mana tertunda dari perencanaan asal yang dirancang untuk tahun 2011.

Sekadar menyebut beberapa pasukan partisipasi seperti Singapura, Kedah, Pahang, Trengganu, Perlis, Sabah, Perak dan pasukan-pasukan feberet dari ATM seperti TLDM dan 2  Bgd PARA.

Seramai 5 orang Petinju TLDM bertanding di peringkat akhir dalam pelbagai kategori.  Sementara Pasukan negeri Perak, Kedah, Pahang, PARA, Perlis, Singapura dan Sabah turut layak ke  peringkat ini.

Perlawanan tamat pada jam 2230H yang menyaksikan petinju-petinju TLDM mengungguli kejohanan ini.

image

Perak vs Kedah-perak menang

image

Singapura vs TLDM- Singapura Menang

TLDM vs Sabah- TLDM menang

PW PPP Prem selaku coach TLDM dan Perak. Sepanjang perkhidamtan beliau menghambakan diri dalam pembangunan sukan Tinju TLDM

07
Jan
11

2010 in review

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 6,300 times in 2010. That’s about 15 full 747s.

 

In 2010, there were 29 new posts, growing the total archive of this blog to 76 posts. There were 161 pictures uploaded, taking up a total of 303mb. That’s about 3 pictures per week.

The busiest day of the year was November 2nd with 427 views. The most popular post that day was Banjir Jitra 2010.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were pak-mail.blogspot.com, facebook.com, pbtmk.wordpress.com, eishass.blogspot.com, and search.conduit.com.

Some visitors came searching, mostly for banjir jitra, jitra banjir, saleem iklim, banjir di jitra, and budak terengganu.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Banjir Jitra 2010 November 2010
4 comments

2

Empunya Laman August 2009
12 comments

3

Lokasi Laman August 2009
9 comments

4

Suatu pagi di warung kopi January 2010
7 comments

5

Produk Kampong January 2010
1 comment

30
Dec
09

Awas !!! tipu daya alam siber.

Saya sebenarnya tidak selalu membuka emel kerana kadang-kadang tidak mempunyai kepentingan sangat  maka ada kalanya segala berita yang dihantar kepada saya tidak akan mendapat perhatian segera.

Berdasarkan emel di bawah yang saya terima pada 11 Nov 2009 oleh seorang teman yang saya kenali (Mej Nor Ibrahim) tetapi saya mengetahui berita ‘kesusahan’ beliau setelah membuka emel tersebut pada pertengahan bulan Dis 2009.  Saya agak terkejut tetapi tidak terus menghubungi beliau kerana pada anggapan saya beliau sudah pun kembali ke tanah air setelah selang masa hampir sebulan daripada tarikh emel yang saya terima.

Hari ini (30 Dis), hati saya tergerak untuk bertanyakan keadaan sebenar peristiwa yang berlaku lantas saya terus menalipon beliau di rumah.

Sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku ke atas Mej Nor seperti mana yang dinyatakan di dalam ‘emel’ beliau.  Beliau tidak pernah pun ke luar negara pada masa tersebut dan sudah tentu ‘peristiwa’ tersebut tidak berlaku.

Apa yang berlaku ialah….. emel yang saya terima tersebut adalah dari hacker yang menyamar sebagai Mej Nor dan ‘mereka cipta’ scenario tersebut untuk keuntungan peribadi.  Dia telah menghantar ‘permintaan’ ini kepada semua kenalan Mej Nor yang tersenarai di dalam list emel beliau.

Akibatnya ramai kenalan dan saudara mara Mej Nor menghubungi beliau untuk bertanyakan keadaan sebenar. Rupa-rupanya ini kerja  hacker.  Bagaimana hacker ini boleh access emel Mej Nor?  Sedangkan paswordnya hanya beliau seorang saja yang tahu?  Untuk mengetahuinya kita tunggu respon dari Mej Nor apa yang dia telah buat sebelum ini terhadap emel beliau.

Semuga semua pembaca dapat pengajaran dari peristiwa ini untuk lebih berhati-hati di alam siber.

Terima Kasih.

………………………………………………………………….

It’s Urgent…

11/11, 11:29 AM

From: nor ibrahim sulaiman <nibsny@yahoo.com>
To: nibsny@yahoo.com

Assalamualaikum,
Hope you get this on time? Sorry I didn’t inform you about my trip to the UK  for a program. I am having some difficulties here because i misplaced  my

wallet on my way to the hotel which contained some cash and some other valuable things. Presently, my passport and my things are been held down by the hotel

management pending when i make payment.

I will like you to assist me with a loan of $1,615 to sort-out  my hotel bills and to get myself back home. I will appreciate whatever you can afford to

assist me with, I will Refund the money back to you as  soon as i return, let me know if you can be of any help? ASAP.
I currently don’t have a phone where i can be reached.

please let me know immediately.

Regards,
Mej Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B)

07
Dec
09

LIMA’09 – Mengimbau kenangan lama

Langkawi International Exhibitions maritime and Aerospace 2009 (LIMA’09) berlangsung dari 1 hingga 5 Dis 2009 adalah edisi ke 10 sejak 1991 telah mengimbau kenangan lama semasa masih berkhidmat dengan TLDM.

Semasa  LIMA’99 dan LIMA 01 saya bersama tim perkhidmatan Bosun Armada FOC di antara pemain-pemain penting di dalam memberi perkhidmatan kepada kapal-kapal navy asing dan dalam negara dalam konteks pengangkutan air, meyediakan bekalan air tawar dan perkhidmatan bot memungut sampah.

Semasa LIMA’07 saya sudah berada di alam persaraan dan  dan bertindak sebagai freelancer kepada sebuah penerbitan dan LIMA ’09 sekali bertindak di atas tiket yang sama sebagai lesen untuk menerjah disegenap penjuru acara dan aktiviti.  Lebih menyenangkan lagi kedua-dua acara ini adalah ditaja sepenuhnya.

dapat bergambar je laa..

Bangga dengan kawan-kawan lama yang dah jadi crew kapal selam

Bos lama… masih meneruskan perjuangan

Bangga dengan pegawai-pegawai yang seangkatan kini berjaya dalam bidang perniagaan.

Kawan-kawan yang meneruskan perkhidmatan dengan APMM

sedang bertugas….bot dua alam sealegs

Serikandi Bangsa

PDRM menampilkan kombinasi elemen udara, vat69, unit gerakan marin dan pasukan khas PGA di dalam operasi membebaskan tebusan.

Paskal membuat demonstrasi ala kadar.

APPM walaupun penubuhannya baru setahun jagong tetapi telah menunjukkan peningkatan dan keupayaan dan kesungguhan untuk menjadikan pasukan mereka disegani. Syabas!!!

03
Nov
09

Wartakan segera fatwa haram merokok

Sumber: Utusan

Oleh: Dr. Irfan Mohamad

Pensyarah Kanan Perubatan ORL

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Universiti Sains Malaysia

SECARA teorinya 1 Januari ini akan bermulalah langkah terbaru kerajaan bagi mengekang tabiat buruk yang kian bersarang dan bercambah dalam kalangan masyarakat iaitu merokok.

Ketika ini, banyak saranan disuarakan bagi menyokong usaha berkenaan. Antaranya, menaikkan harga rokok sehingga menjadi RM30 sekotak.

Walaupun mendapat banyak bantahan, cadangan itu dilihat sebagai satu lagi usaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu rakyat mengenai bahaya rokok.

Apa yang nyata, sungguh sukar untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok. Ramai yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu akan bahaya merokok.

Tanggapan bahawa “merokok pun bukannya kena apa-apa” merupakan suatu pernyataan yang angkuh dan cuba mendustakan kebenaran.

Hatta bagi seorang yang ‘pakar’ merokok pun tidak boleh menafikan bahaya tabiat ini. Bahkan ia lebih tidak berperi kemanusiaan kerana sanggup ‘berseronok’ sendirian dan membiarkan kesannya ditanggung oleh orang-orang di sekitar. Kesan perokok pasif ini telah dibuktikan dengan begitu meluas dalam jurnal-jurnal perubatan antarabangsa.

Statistik semasa menunjukkan angka yang kian membimbangkan walaupun pelbagai usaha berterusan diterapkan dalam masyarakat. Contohnya, kajian yang dijalankan di sebuah negeri di Malaysia menunjukkan 15 peratus daripada 1.1 juta penduduknya adalah perokok.

Angka ini bersamaan dengan 167,100 orang dan apa yang lebih menakutkan ialah peningkatan yang agak tinggi dikenal pasti dalam kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Dan kita percaya angka-angka yang sama juga ditunjukkan di negeri-negeri lain jika kajian dibuat.

Seperkara yang mungkin paling berkesan yang belum dilakukan oleh kerajaan ialah mewartakan fatwa haram merokok seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

Walaupun ia dilihat sebagai berat dan mempunyai pelbagai implikasi ekonomi dan perundangan, namun alternatifnya pasti ada. Pewartaan ini menggambarkan kesepakatan semua pihak yang merasakan adalah menjadi tanggungjawab bersama membasmi tabiat merokok. Ia bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan yang bermati-matian memeranginya sedangkan tidak dipedulikan oleh pihak lain.

Masih ramai dalam kalangan masyarakat termasuk juga golongan berilmu yang berselindung di sebalik ‘makruhnya’ hukum merokok sedangkan kenyataan tersebut merupakan suatu yang telah tamat tempohnya.

Juga para penjual yang tidak nampak salahnya menjual rokok kerana pengharamannya tidak diwartakan.

Entah dari mana perkataan makruh merokok ini diperoleh pun tidak diketahui melainkan diwarisi secara turun-temurun oleh mereka yang mencari alasan untuk terus kekal dengan tabiat yang tidak mendatangkan faedah ini.

Walhal, jelas sekali berdasarkan fakta dan kajian terkini terbukti akan mudaratnya bukan sahaja mengatasi manfaat bahkan ia tiada sedikit pun manfaat selain khayalan-khayalan yang boleh direka-reka.

Kesepakatan antara penemuan-penemuan perubatan serta prinsip-prinsip dalam agama yang menjadi panduan dan membawa kesejahteraan umatnya sewajarnya menjadi paksi yang lebih kukuh berbanding alasan-alasan berdasarkan tanggapan yang langsung tiada meritnya dalam apa jua bidang ilmu.

Persepsi merupakan suatu yang penting dalam menggalak atau mencegah sesuatu perlakuan.

Jika hanya sekelompok masyarakat yang menganggap perbuatan merokok ini menjijik dan merosakkan tetapi majoriti masih belum menukar paradigma lama yang menganggap ia adalah masalah individu, maka selama itulah ia akan berlarutan sebagai masalah kronik dalam masyarakat.

Dengan pewartaan haramnya merokok dan disebarkan melalui media secara lebih terbuka dan berkesan, persepsi akan mula diubah dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah-kaedah berlembut seperti menaikkan harga sedikit demi sedikit, menambah senarai kawasan larangan merokok dan kempen-kempen yang selama ini dijalankan.

Mereka yang menghisap rokok akan dilihat sebagai melibatkan diri dengan perbuatan haram yang terang-terangan.

Penjual di kedai-kedai akan mengawal jualan atau menutup ruangan menjual rokok di premis-premis mereka.

Guru-guru, pensyarah dan ustaz akan lebih mudah mengkategorikannya dan secara jelas mengubah persepsi masyarakat betapa salahnya merokok kerana kemudaratannya bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan lebih parah pada orang lain. Maka apakah lagi halangannya, wartakan sahaja.

Atau adakah kita masih mahu berhati-hati dan tidak mahu dilihat ekstrem agama kerana menggunakan halal dan haram bagi mengubah tabiat manusia?

Isu yang memudaratkan orang ramai ini sebenarnya bukan isu agama semata-mata. Apa kata tambahkan lagi kawasan larangan merokok daripada senarai sedia ada kepada seluruh tempat yang ada dalam lingkungan peta Malaysia.

 

07
Sep
09

Legasi Pewaris

Meraikan Kejayaan Anak-Anak

Pada 4 Disember 2008, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi telah berjaya merakam detik-detik yang akan di kenang sebagai sejarah di suatu hari nanti dengan melaksanakan suatu tradisi Perbarisan Diraja Dan Pengurniaan Watikah Tauliah kepada Siswa Kelas 2003/2004.

Dalam majlis tersebut, sempat jumpa kawan-kawan lama semasa dalam perkhidmatan dulu yang turut meraikan kejayaan anak masing-masing.  Apa pun hanya sorang dua je yang sempat dirakam sebagai kenangan. Kalau nak tau cerita penuh upacara boleh klik di sini.. layannnn.

Dato Jamil turut hadir

Dato Jamil turut hadir

yeoman mazlan, cpo halim bermastautin di manjong

yeoman mazlan, cpo halim bermastautin di manjong

100_3752

 

28
Aug
09

Rumahku syurgaku

Laman dihati – rumahku syurgaku

Masa dalam navy rumah disediakan oleh kerajaan, bila dah bersara suka tak suka terpaksa cari rumah sendiri untuk perlindungan keluarga.

Aku terpaksa menulis fakta ini kerana biasanya kawan-kawan yang bertandang ke rumah buat pertama kalinya akan bertanya berapa kos pembinaan rumah ini.  Untuk menentukan faktanya tidak berubah, maka elok juga aku rakamkan naratif tentang rumah aku ini dari mula pembinaan.

Setahun sebelum bersara, aku bernasib baik kerana kebetulannya ada orang nak jual  tanah dengan harga RM 30,000 hampir serelong. Selepas harga rundingan maka aku dapat dengan harga RM 24,500 yang sebahagian dari keluasan tersebut adalah tanah berpaya rumbia.  Bermakna untuk buat rumah, aku kena tambak setinggi 3 kaki lagi.

Kos menambak dengan menggunakan tanah bendang yang dikorek semasa musim timur adalah sebanyak lebih kurang RM 3,000 (RM 15.00 selori 2 tan) untuk keluasan tapak rumah dan halaman.

Setelah rumah baru (walaupun tidak siap sepenuhnya) sudah boleh diduduki dengan selesa maka pada 5 Mei 2004 (13 muharram 1425H) kami menduduk rumah baru dengan rasminya.  Dalam pada itu aku belum berkerja dengan kata lain kerja yang mampu memberi pendapatan bulanan.  Ketika aku berada dalam kategori ‘makan pencen’ sebenarnya itu disengajakan kerana untuk mempersiapkan persekitaran rumah baru supaya kelihatan lebih kondusif.

Pembinaan fasa 1 (tanpa porch) ini sudah menelan kos RM 63,145.00 dengan keluasan rumah 60 x 30 kaki persegi. Ini dikira ‘save budget’ kerana design yang ringkas (separuh moden) tetapi tidak berkompromi kepada kualiti bahan dan binaan.  Ini disebabkan oleh ingin cepat siap untuk tidak menumpang di rumah orang terlalu lama semasa menunggu pembinaan yang memakan masa selama 5 bulan. Sepatutnya ianya boleh siap lebih cepat tetapi banyak terberhenti kerana faktor cuaca dan kelalaian tukang.

Sebenarnya masa dalam service aku dah beli sebuah rumah murah di Balok Kuantan dengan harga RM30,000 pada awal tahun 90an. Akhirnya pada tahun 2004 aku telah menjualnya dengan harga RM52,000.

Dari lebihannya aku meneruskan pembinaan rumah aku untuk fasa ke 2 iaitu tambahan  porch dengan keluasan 30×18 kaki persegi dan siap pada Ogos 2004 dengan kos lebih kurang RM 6,000.

Nafsu aku boleh tahan jugak!!… . Bila ada duit sikit mula la pasang angan-angan. Ruang porch yang agak luas itu, sebahagiannya aku jadikan ruang tamu bermakna ianya kelihatan berasingan dari ruang keluarga. Penambahan fasa ke 3 ini dilakukan pada Disember 2006 dengan kos lebih kurang RM 5,000.

Jan 2009, angan-angan ku termakbul lagi. Rumah yang asalnya 3 bilik dan 2 bilik air akan ku jadikan 4 bilik dan 3 bilik air. Ruang keluarga yang asalnya keluasan 30×15 kaki persegi telah dikecilkan untuk dijadikan bilik tambahan. Ianya menelan kos lebih kurang RM 3,000.

Kesimpulannya kos pembinaan keseluruhannya adalah lebih kurang RM 77,145.  Setakat ini ada sedikit lagi yang outstanding …. Selagi ianya masuk dalam kotak angan-angan samada aku atau bini aku, cepat atau lambat akan berlaku juga renovasi…. Insyaallah.

Imej 2004

renovasi ruang tamu

depan

Imej 2007- setelah renovasi

Pertengahan 2010 sekali lagi teratak ini dibuat penambahan di ruang hadapan dan diberi sentuhan cat warna hijau.

imej 2010

Jom kita masuk ke dalam….

Ruang Tamu

Ruang keluarga

Sebuah kedai kampong juga dibina untuk aktiviti mengisi masa lapang bersama masyarakat.




Hijrah Untuk Kesejahteraan

Kalendar Kehidupan

June 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Tetamu dihati

  • 23,849 hits

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.