Archive for the 'Nak gelak sat' Category

03
Jan
10

Top Up Kredit Anda Tahan Lama

Top Up Kredit Anda Tahan Lama

Org kata pakai line lagi save dari prepaid..tp korg mesti terperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
Top-pup RM 10 tp blh tahan sampai 1 bulan tak kira la kalau korang bergayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
mungkin rezeki aku aritu,pegi la jumpa makcik bau2 bacang ngan aku, dia ajar camne nak crossing account, coz dia keje kat bahagian System Development Telecom.

Kengkadang aku tolong gak member terdekat topup, tapi amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korang, tapi INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korang.

Timingnya, korang boleh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keatas. Coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. Kene try & error.

1) Beli topup RM 10…gesek & ready.
2) Korang type <**REC 10 >
, then send to 09901
3) Tunggu reply, kat skrin akan kuar satu serial number 6 digit, korang salin tau.
4) Pastu korang type <**REC 10><><123456> masukkan 6 digit tadi, send 09902
5) Pastu diorang akan reply “insert ur topup num”, so korang type 14 digit topup number yg korang beli contohnya ; <01234567891> send to 09903
6)Tak lama pastu diorg akan reply ;

“tengkorak kau berjambul.. ingat ni
company hengko yg punya? Masuk
toilet pun kene byr 20sen, ni kau nak
topup 10 hengget nk pakai seumur idup
plak!! banyak cantik muka kau”

02
Nov
09

Check wheel

Baru ada kesempatan  menulis  dan membuat entry di atas sebab-sebab kesibukan dan masalah teknikal personel computer.

Bila membaca berita di akhbar  tentang Pegawai Memerintah kapal selam pertama Negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dinaikkan pangkat ke kepten baru-baru ini, teringat penulis pada satu ketika bersama beliau di KD KASTURI sekitar tahun 80an. Waktu itu beliau  masih Pegawai Kadet Kanan (PKK). Tahniah tuan.

Semasa saya on radar watch di dalam CIC di dalam suatu pelayaran di laut lepas.  Beliau juga on watch sebagai 2nd officer on the watch (OOW) di anjungan.  Tiba-tiba beliau menerjah masuk ke CIC dengan ketawa macam nak pecah perut.  Saya dan beberapa orang CIC crew terpinga-pinga dengan gelagat beliau.

“Apa kena tuan ni?” saya ingin tahu.  Bila gelihati nya hilang baru dia mula bercerita tentang apa yang berlaku di anjungan sebentar tadi.

Dalam pelayaran di laut lepas (open sea), dengan sesuatu course yang panjang sebenarnya tidak banyak pengendalian wheel dilakukan maka dikala itu OOW sering terlupa haluan yang sedang dipandu.  Tindakan yang paling mudah ialah dengan terus bertanya kepada Quarter Master (pengendali Wheel) bertugas apa haluan yang sedang dipandu berdasarkan arahan terakhir OOW. Untuk bertanyakan haluan yang dipandu, adakalanya OOW suka menggunakan control order dalam naval term.

“Quarter master !. CHECK WHEEL!” Tanya OOW kepada Zainal PJT yang sedang bertugas sebagai QM.  Zainal tanpa berfikir panjang terus menggoncang wheel yang sedang dikawal.

“Wheel ok tuan!”… Zainal memberi respon.

“Maksud saya, berapa haluan yang sedang kamu pandu sekarang!… bukan saya suruh kamu periksa steering kapal tu!”…… apa lagi, seluruh anggota yang berada di anjungan, masing-masing ketawa bagai nak rak.  Manakala PKK Zulhelmi terus menerjah CIC untuk berkongsi cerita kelakar dengan kami .  Kalau di CIC nak gelak guling-guling pun boleh kerana Cuma anggota RDP sahaja yang ada di masa normal rutin pelayaran .

Moral of the storynya ialah samada PJT Zainal sememangnya tidak tahu control order tersebut atau dia sedang berhayal semasa bertugas.

Catatan:

Quarter Master – semasa dalam pelayaran ia bertindak sebagai jurumudi dan semasa di pelabuhan mereka menjaga gangway kapal.

Bosun Mate- semasa pelayaran ia bertindak sebagai lookout dan semasa di pelabuhan sebagai pembantu QM.

29
Aug
09

BUDAK KEDAH NGAN BUDAK TERENGGANU

Kisah ni takde kena mengena dengan aku pun hehehe… cuma ada terkebetulang sket je. Terima kasih kepada anakanda yang menghantar emel
Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun Tua. Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik. Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah. Double decker la katakan…

Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah.

Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG. Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up… .

Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan di hujung minggu… Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana taknak bagi Lam Paka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok…

Sampai di dorm, Azril terus membasuh pakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, da melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas,

“AZRIL, NOK UJANG TUUU!”.

Azril menjawab, “NANTISAT, AKU BARU BACA”.

Lam Paka sound lagi, “AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!”

Hoh! Azril pun benggang, “BISING LA HANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!”lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.

“AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?” sound Azril pulak.

“OTOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!”

“LA… HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI. HAMPEH!”




Hijrah Untuk Kesejahteraan

Kalendar Kehidupan

June 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Tetamu dihati

  • 23,849 hits

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.