Salam lebaran untuk semua pengunjung laman ini.
Kolek berlabuh di Kuala Pari
Muatan diisi sehingga sarat
Maaf dipohon di aidilfitri
Kekal muhibbah dunia akhirat
EVOLUSI UCAPAN HARI RAYA RAYA
Teman saja nak berkongsi dengan kome, di saat-saat menjelang hari raya ramai rakan taulan teman yang menghantar sms semata-mata untuk ucap selamat hari raya. Zaman IT ni serba mudah jika disbanding dengan dulu-dulu, segala ucapan akan dizahirkan melalui kad raya. Itupun berapa la sangat boleh hantar kerana renyah dengan nak beli kad pastu nak tulis, nak cari setem baru boleh pos. Kalau terlewat POS tak mau terima pulak dah…Jadi keutamaannya hanya tertumpu kepada yang special sahaja.
Dengan teknologi IT dan telekomunikasi, pengguna boleh menghantar dengan cepat dan boleh perbagaikan ucapan mengikut kreativiti masing-masing. Kalau yang tak reti nak bermadah seloka atau yang malas nak menulis sms, ambil jalan mudah dengan memfowardkan sahaja sms yang kreatif orang lain kepada yang dituju. Cara ini lah yang teman buat kerana teman juga tersenarai dalam golongan orang yang malas nak menaip sms panjang-panjang kerana kecepatan menaip teman macam kura naik tebing. Walaupun teman terima sms ucapan dengan pantun seloka yang panjang, teman cuma mampu reply dengan “sama2”.
Dalam banyak-banyak sms ucapan yang teman terima, di bawah ini adalah di antara sms-sms yang teman pilih yang agak kreatif untuk sama-sama kita hayati. Ayat yang sama juga teman terima dari banyak individu yang berlainan. Maknanya konsep forward ini sangat mudah dan cepat. Siapa yang mula-mula create tak tahu la pulak teman… lantak la asalkan deme bahagia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Motorola_SLVR_L7#SLVR_L7_Phone_specifications_and_features
SMS 1 – versi peringatan
Pejam celik pejam celik dah 29 hari pose.
Makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa.
Sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala.
Sebelum pejam tak celik-celik, harap maaf jika tersalah kata terlanjur bicara.
SMS 2- Versi perumpamaan
SAHABAT bukan macam papan skate
Belum main gilap, dah main pijak
SAHABAT bukan macam bola sepak
Belum dapat kejar, dah dapat tendang
SAHABAT bukan macam Bulu Tangkis
Belum main pegang, dah main pukul….
SAHABAT ibarat macam Bola Ragbi,
Belum dapat rebut, dah dapat lindungi
SHABAT macam Jari,
Lukanya sembuh sendiri tapi hilangnya tiada ganti…
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Maaf Zahir Batin.
SMS 3- Versi perumpamaan
Biar kulit segelap AMOND LONDON, asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT
Biar iman sekental DODOL, jangan senipis REMPEYEK
Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA
Senyumlah semanis WAJIK, asalkan aidilfitri yang disambut lebih bermakna.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..
SMS 4- versi merendah diri
Dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI
Dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SMS 5 - versi merendah diri
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa
Jika ada…
Kemaafan jualah yang aku pinta
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
Minal aidil walfaizin
SMS 6 - versi merendah diri
Tersilap KHILAF dalam candaku
Tergores LUKA dalam tawaku
Terselit PILU dalam tingkahku
Tersinggung RASA dalam bicaraku
Semuga segalanya diampuni
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir Batin
SMS 7- versi alasan
Tungu-tungu rayo dah dokek
Baka lomang robuh ketupek
Nak anta kat rayo dah tak sompek
Anta sms jo yang copek
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir Batin
Apa pun variasi sms yang mike terima atau hantar, semuanya adalah menjurus kepada ingatan tulus ikhlas walaupun cuma berhubung setahun sekali. Bermakna silaturrahim sebenarnya masih wujud walaupun berjauhan. So pesan teman kepada mike semua, kalau tukar nombor telepon tu, khaborkan la nombor yang baru supaya di masa memerlukan kita tak teraba-raba mencari. Mana la tau kan kot-kot nak panggil makan kenduri senang.
Kalau mike ada lagi vesrsi-versi sms ucapan raya yang agak kreatif nak kongsi dengan pengunjung, sila-sila le post kat ruangan komen. Ok jumpa lagi di lain entry….
Kepada semua semua pengunjung blog ini terutamanya kawan-kawan seperjuangan samada yang masih berkhidmat atau yang sudah bersara .

kad raya buatan sendiri
Komentar