30
Dec
14

2014 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 11,000 times in 2014. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

14
Sep
14

Dapat Menantu

Di saat-saat keberangkatan kami untuk menunaikan haji pada Sept 2013, kami mendapat ‘signal’ dari anak sulung kami tentang suatu hajat untuk memanjangkan silaturrahim kekeluargaan melalui ikatan perkahwinan. Bermakna pihak perempuan sudah bersedia untuk berbincang untuk gerak usaha langkah pertama iaitu proses pertunangan.

Sekembalinya kami dari mengerjakan haji, persetujuan dicapai untuk melakukan majlis pertunangan di rumah pihak perempuan di Sungai Besi Kuala Lumpur. Niat yang baik di sertai dengan usaha yang teratur maka berlangsunglah majlis pertunangan anak lelaki kami dengan pasangannya dalam satu majlis yang penuh istiadat tradisi melayu yang penuh gemilang pada tanggal Dis 2013.

DSC_0731

Hantaran peminangan pihak lelaki

Rombongan Peminangan

Rombongan Peminangan

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju majlis pernikahan akan berlaku dalam jangka masa setahun. Diringkaskan cerita ketetapan telah dibuat bahawa majlis pernikahan akan dilangsungkan pada malam 29 Ogos 2014 dan majlis resepsi pada 30 Ogos 2014 di rumah pengantin perempuan.

Hantaran utusan pernikahan

Hantaran utusan pernikahan

Pengiring pengantin ke majlis pernikahan

Pengiring pengantin ke majlis pernikahan

Jamuan selepas majlis ijab kabul

Jamuan selepas majlis ijab kabul

 

Persembahan Gamelan UPNM mengiringi majlis resepsi

Persembahan Gamelan UPNM mengiringi majlis resepsi

Satu lagi majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak pengantin perempuan pada 07 Sept 2014 bertempat di Dewan Felda Jalan Semarak Kuala Lumpur.

bumbung 534

Antara tetamu dari pihak keluarga lelaki

bumbung 539

Menunggu Majlis bermula

Suasana majlis makan malam dalam dewan felda

Suasana majlis makan malam dalam dewan felda

bumbung 547

Majlis sambut menantu pula diadakan pada 13 Sept 2014 di rumah keluarga pengantin lelaki. Walaupun pada sebelah paginya hujan namun sedikit pun tidak mengganggu kelancaran majlis.

persiapan dalaman

persiapan dalaman

Persiapan oleh anggota PAKATAN

Persiapan oleh anggota PAKATAN

bumbung 603

28
Jul
14

Hari Raya Aidilfitri 2014

1 syawal 1435h tahun ini jatuh pada hari isnin 28 Julai…. Macam biasa le suka-suka nak kongsi suasana raya seperti mana yang saya lakukan sebelum- sebelum ini. Tangkap gambar tetamu-tetamu dan share di sini untuk berkongsi rasa kegembiraan ….

Tuan rumah sekeluarga

Tuan rumah sekeluarga

geng satay

geng satay

geng parit Buntar dan Kulim

geng parit Buntar dan Kulim

Kulim mari

Kulim mari

Keluarga Ridhwan dan keluarga Rashid

Keluarga Rashid dan Ridwan

Keluarga Zainol/Kamariah-Manjong mari

Keluarga Zainol/Kamariah-Manjong mari

Geng Pendang

Geng Pendang

terima kasih kerana datang beraya

terima kasih kerana datang beraya

kakcik aina sweet dan keluarga

kakcik aina sweet dan keluarga

2014731182351

Kuching mari

anak anak sedara la ni

anak anak sedara la ni

22
May
14

Ekspresi via Foto

Ekpresi boleh diterjemahkan melalui gambar-gambar.  Tepat seperti kata orang, gambar boleh  menterjemahkan ribuan perkataan.  Walaupun apa gambar yang diperlihatkan semestinya mempunyai maksud dan tujuan yang tersendiri.  Lain orang yang memandang tentunya lain maksud dan tafsiran yang terlahir.

Namun bagi aku, gambar adalah satu kenangan.  Di mana dan apa yang aku rakam adalah merupakan kenangan aku kepada sesuatu objek yang di kala itu menarik perhatian samada gambar potret, panorama, flora dan fauna dan macam-macam peristiwa yang aku lalui sepanjang kehidupan.

Gadget terpenting untuk merakam gambar adalah kamera. Samada kamera kompak, DSLR atau pun kamera yang menjadi tren terkini ialah kamera pada telefon mudaalih.

Dalam sejarah hidup, aku  pernah memiliki kamera kompak Kodak, Sanyo dan juga DSLR Canon 500D.  Dalam masa yang sama kamera handphone Eksperia Neo (5 megapixel ) mampu memberi gambaran yang sangat memuaskan . Dan terkini dengan kamera handphone Lenovo s930 (8 megapixel) sangat mengujakan….

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian gambar-gambar yang ku abadikan yang di ambil dari pelbagai sudut alam menggambarkan kebesaran Allah swt.

 

Darulaman golf club

Darulaman golf club

Waktu azan maghrib masjid Tanjong Pauh

di kala azan maghrib berkumandang

kampong paya chegar

sunset kampong paya chegar

kampong paya chegar

sun set kampong paya chegar

kampong paya chegar

sunset kampong paya chegar

 

sun set paya chegar

sunset paya chegar

sunset paya chegar

sunrise paya chegar

rmhsaari

pulau saari

pulau saari(edited)

padi sedang membesar

padi sedang membesar

Rama-rama liar

Rama-rama liar

malam 14 ramadhan

malam 14 ramadhan

musim membajak

musim membajak

25
Apr
14

TLDM Bersama Media 2014

Rupanya dah lama aku tak kemaskini  my Ekspresi maklumlah di waktu muthakir ini agak sibuk dengan urusan harian dan menulis artikel untuk Majalah Perajurit serta berintraksi dengan kawan-kawan lama dan kawan baharu di laman sosial sehinggakan lupa (malas kot) untuk merakam semula peristiwa-peristiwa semasa yang boleh diketengahkan sebagai bahan-bahan kenangan di suatu hari mendatang.

Pada 23 dan 24 April yang lepas seperti sebelum ini pun bila menjelang Hari Ulang Tahun  (HUT),TLDM akan menjemput pengamal-pengamal media tempatan untuk bersama TLDM yang lokasinya tertakluk kepada perancangan penganjur.  Tahun ini Hari Bersama Media (HBM) adalah ditaja oleh Unit Komunikasi Koperat (UKK) Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TLDM Lumut selaku local host.

IMG_0691

KD HANG TUAH sudah banyak berbeza berbanding dahulu.

Mortar Mark 10 sudah dibuang dari lokasi ini

Mortar Mark 10 sudah dibuang dari lokasi ini

sebahagian daripada 36 orang peserta sedang mmenunggu untuk mendengar taklimat dari pihak kapal

sebahagian daripada 36 orang peserta sedang mmenunggu untuk mendengar taklimat dari pihak kapal

Pada 231200H peserta-peserta dari  pelbagai media melapur diri di KD HANG TUAH sebagai tempat penginapan kami sepanjang 2 hari ini.  Sebahagian besar peserta menaiki bas penaja dari Kuala Lumpur untuk ke Base Lumut dan selebihnya datang dengan kenderaan sendiri terutamanya paserta media dari sebelah utara.

Tim UKK ....terima kasih bagi mini ipad

Tim UKK ….terima kasih bagi mini ipad

Kunjungan aku kali ini seolah-olah reunion aku dengan KD HANG TUAH kerana sebenarnya aku merupakan krew HANG TUAH pada tahun  1984.  Selepas menamatkan perkhidmatan dengan TLDM kali terakhir aku menjejak kaki di KD HANG TUAH adalah pada Hari Terbuka Armada 2010 (kalau tak silap). Masa tu Pegawai memerintahnya ialah Kdr Syafie Badarudin (NO aku di KD SERI SARAWAK.

bergambar selepas majlis barbeku bersama  FOC dan peg2 Kanan TLDM

bergambar kenangan bersama FOC dan peg2 Kanan TLDM

Ringkasnya, pada petang 23 Apr kami di bawa ke Lumut Yacth Club dan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk  berregata dengan 2 buah  bot layar TLDM iaitu UTARID dan ZUHRAH.   Perlumbaan santai kami bermula di Lumut Yatch Club hingga ke South East Point dan berpatah balik ke Lumut.

Sebenarnya trip kali ini sebagai pelengkap kehidupan aku dengan bot dan kapal layar TLDM kerana pada suatu ketika dahulu aku pernah berguru dengan pelayar negara Puasa Selamat dalam Kelas Laser, Aman Tulus juga pelayar negara dalam Kelas Enterprise dan pernah bertugas dengan Kapal Layar TUNAS SAMUDERA.  Tak sangka pulak Bot layar UTARID dan ZUHRAH yang aku sambut ketibaan mereka semasa LIMA’11 dapat aku ‘merasai’ walaupun aku sudah berada dalam dunia persaraan.

suasana perlumbaan

suasana perlumbaan

enjoyed time

enjoyed time

Sebelah malam acara barbeku diadakan di geladak penerbangan KD HANG TUAH.  Makan malam dihadiri oleh Laksdya Abdul Hadi Rashid (Panglima Armada)serta pegawai -pegawai Kanan TLDM.  Majlis diserikan dengan nyanyian  oleh Kombo Gelombang Biru serta cabutan bertuah.

IMG_0784

Kambing, ayam dan daging bakar…

hidangan chef TLDM ala hotel 5 bintang

hidangan chef TLDM ala hotel 5 bintang

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

barbeku di atas geladak penerbangan KD HANG TUAH

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

sejarah dalam hidup dapat cabutan bertuah yang agak mahal

sejarah dalam hidup dapat cabutan bertuah yang agak mahal

Early Morning exercise (EMA) bersama krew KD HANG TUAH di atas jeti Air dalam mengisi program pagi kami.  Selepas sarapan pagi, kami di bawa melawat ke Penyelaku Anjungan WASPADA,  Galeri PTL dan Penyelaku DCFF  TANGKAS.

Program kami berakhir selepas makan tengahari di Wisma Samudera. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya staff UKK serta pegawai-pegawai perhubungan yang telah memberi sepenuh komitmen terhadap program pada kali ini.

01
Apr
14

Hormati suami anda

Sumber utusan Malaysia

Sebenarnya, siapapun anda dengan jawatan yang tinggi di pejabat, mahupun tegas dan garang di tempat kerja, sebagai isteri apabila berada di rumah, anda mesti mempunyai sifat dan tingkah laku yang taat dan setia kepada suami.

Sentiasalah mengetahui keinginan suami yang mahu mendapat tempat di dalam hati, meminta agar anda menghormati dirinya dan sentiasa rasa diperlukan. Usah melakukan sesuatu perkara itu tanpa mendapatkan nasihatnya terlebih dahulu.

Apa yang paling penting jangan sesekali membelakangkan suami, terutama bagi wanita yang pendapatannya jauh melebihi suami sendiri.

Ungkapan wanita hari ini maju ke hadapan dan pandai melakukan apa sahaja memang kena dengan gaya golongan ini, kerana mereka sentiasa berdikari, namun dalam urusan rumah tangga perlunya ada perbincangan antara anda berdua.

Selalulah meminta nasihat daripadanya biarpun anda mempunyai pengetahuan untuk mengelolakan situasi berkenaan, namun pertimbangkan jua nasihat daripadanya selaku ketua keluarga.

Sudah tentu pada waktu itu dia akan menjadi insan yang sangat bangga untuk meluahkan ideanya berdasarkan pengalaman yang dia ada.

Jangan terlalu nampak ‘berdikari’ sehinggakan suami anda merasakan dia tidak pernah dihargai dalam hidup anda.

Ini tentunya menimbulkan sedikit kesukaran kepada isteri terutama yang terlalu sibuk dengan kerjaya, tetapi sesekali apa kata ingatkan permintaan suami anda.

Mungkin dia mahukan sesuatu yang mengujakan dirinya seperti masakan daripada hasil tangan anda sendiri.

Cuba juga puji suami anda ketika berada di khalayak teman-teman agar dia merasa sangat terhibur dan berbesar hati. Pujian juga boleh dilakukan di hadapan anak-anak agar mereka sentiasa menghormati suami anda yang juga ayah mereka.

Selalulah memahami kerjayanya dan mengambil berat mengenai kerjanya dan memberikan segala perhatian kepada dirinya. Nyatakan kepadanya semua pekerjaan di dunia ini amat berguna untuk mencari rezeki buat keluarga. Ini merupakan sebagai satu sokongan buat dirinya.

Sebagai isteri, jadilah seorang yang berfikiran terbuka terutama kepada keputusan yang telah dinyatakan oleh suami.

Rela dan reda dengan keputusannya dan hormatilah sikap kepimpinannya.

Ikhlas

Apa yang penting, ikhlas dengan apa yang anda ingin perkatakan dan jangan sesekali berahsia atau berselindung dalam apa jua keadaan agar tidak memudaratkan hubungan anda dan suami sehingga dia mengesyaki sesuatu.

Anda juga dinasihatkan untuk menyokong apa jua yang ingin dicapai ke arah matlamatnya kerana dia berhak untuk melakukannya (dengan tujuan yang baik).

Biarpun anda tidak begitu menggemarinya sebagai contoh kegiatan suami anda dalam bidang sukan, namun dengan sokongan, mungkin memberikan dia kecemerlangan dalam bidang berkenaan.

Mintalah keampunannya selalu kerana apa jua yang anda lakukan perlulah mendapat restu daripada suami.

Mungkin kadangkala kita akan berasa sukar untuk menyatakan kesalahan kita, tetapi ayat ‘maafkan saya’ itu sebenarnya amatlah bernilai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140401/ke_03/Hormati-suami-anda#ixzz2xcWU369h
© Utusan Melayu (M) Bhd

26
Nov
13

Alfaatihah untuk Ibu

ibu

Ibuku Hajjah Meriam bte Haji Mamat telah kembali ke rahmatullah pada hari selasa jam lebih kurang 10.00 pagi 26 November 2013.  Jenazah arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampong Baharu Pengkalan Nangka Besut Trengganu.

Arwah meninggal dunia adalah kerana sakit tua yang mana umur beliau waktu itu ialah 90 tahun berdasarkan kelahirannya  pada kad pengenalan pada tahun 1924.  Namun begitu, kebiasaan orang dulu-dulu mendaftarkan kelahiran takkala sudah besar.  Maka anggaran sebenar umur ibu sewaktu meninggal adalah lebih kurang 100 tahun.

Arwah masa mudanya menjadi guru mengaji Al-quran kepada anak-anak kampong secara sukarela.  Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al- faatihah.




Tetamu dihati

  • 51,951 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

top

Surat Khabar


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.