20
Mar
09

sepak takraw

Penglibatan  dalam  Sepak Takraw

Sebagai orang bujang, waktu petang saya banyak menghabiskan masa dengan bermain sepak takraw di tingkat bawah blok A2 pada tahun 1983. Masa tu makan tak lalu tidur tak lena kalau tak dapat main takraw.  Bulan puasa pun kami bermain seperti biasa. Minat saya cukup mendalam dalam sukan tradisional ini.  Rata-rata di pangkalan TLDM Lumut orang main takraw yang mana tempat latihan mereka di semua blok bujang dan blok-blok kelamin dan tempat bermain ini juga mempunyai ratingnya yang tersendiri. Grup ‘star’ ada tempatnya sendiri dan pastinya ramai peminat yang menonton persembahan kami.

Saya bermain di posisi apit kiri. Rupa-rupanya permainan saya setiap hari diperhatikan oleh seorang bintara. Pada suatu petang saya dipelawa oleh BM KNA Jaafar untuk membawa saya ke latihan pusat di Woodland sebagai persiapan untuk Kejohanan Sukan Mini Olimpik TLDM yang diadakan dwi tahunan. Inilah peluang yang saya tunggu-tunggu untuk terus mengembangkan bakat saya.

Kejohanan Sukan Mini Olimpik TLDM adalah satu kejohanan yang paling berprestij dalam TLDM yang banyak melahirkan jaguh-jaguh sukan TLDM. Pertandingan di antara 4 formasi iaitu Fleet Operation Command (FOC), Fleet Materiel Command (FMC), Armada dan KD Pelandok. Lumut Garisen adalah unit di bawah FMC dan Tim sepak Takraw FMC berlatih di TLDM Woodland di bawah kelolaan Ismail Atan (bekas pemain Malaysia dan sekarang beliau menjadi Jurulatih Sepaktakraw negara Brunei). Rosnan Rasul (juga bekas pemain Malaysia) yang sedang mencipta nama waktu itu juga merupakan rakan sepelatih yang bekerja di unit Teknikal Logistik TLDM Woodlands sebelum dipindahkan sepenuhnya ke Lumut.

Sebenarnya dalam kesibukan belayar, saya menggunakan segala kesempatan untuk memperbaiki mutu permainan saya dalam sukan sepaktakraw. Jika ada pertandingan diperingkat formasi, saya tidak ketinggalan menyertainya. Satu kejayaan yang amat membanggakan saya ialah, dalam kejohanan inter regu tertutup Pangkalan TLDM Lumut 1988 yang mana regu kami bermain di pertandingan akhir yang berlarutan sehingga jam 11.00 malam dan mendapat tempat pertama. Inilah kali pertama saya mengecapi hadiah hasil dari pertandingan kalah mati. Bermakna hampir 8 tahun berusaha baru menghasilkan kejayaan.

Semasa bertugas di Pangkalan, banyak masa yang boleh ditumpukan dalam memahirkan skill sebagai seorang pemain apit kanan(killer). Kesinambungan dari kejayaan 1988, boleh dikatakan setiap tahun, banyak kejayaan yang menyebelahi regu saya. Yang mendukacitakan saya ialah dalam pertandingan inter regu, jika saya mewakili pasukan Kelab TLDM, saya tidak akan mendapat kejayaan kerana pada hemat saya adalah faktor pasangan yang tak sesuai yang pihak pengurusan gandingkan dengan saya. Kerana pemain tidak diberi pilihan untuk memilih.

Apa yang bagusnya menjadi sebahagian pemain sukan ini adalah, kita ‘dikenali’ ramai. maka natijahnya segala urusan perkhidmatan ramai kawan yang sudi menolong bagi ‘memudahkan’ (tanpa rasuah pun) urusan walau di pangkalan mana pun saya bertukar kerana permainan ini menjadikan saya ramai ‘kawan’ yang menjadikan urusan gaji, setor pakaian malah logistik atas urusan kerja sangat memudahkan tanpa birokrasi.

Kalau nak stori pasal takraw ni pun panjang jugak… dipendekkan cerita saya mengalami rawan haus (miniscus tear)  dan terpaksa gantung kasut di usia 30an. Tak sempat nak bermain untuk veteran pun. Walau apapun saya bangga la jugak kerana persaraan saya dalam sukan yang sangat kawe minati ni ketika berada di kemuncak prestasi walaupun jika diimbas di peringkat awal penglibatan tidaklah sebaik mana tetapi usaha dan komitmen menunjukkan sedikit sebanyak perubahan.

Sukan ini juga berakhir dengan penglibatan saya sebagai pengadil selepas ‘bersara’ dari bermain tetapi bidang ini tidak begitu menarik minat saya seperti bermain sendiri.

 

masa aktif

masa aktif

 

 
sebagai killer harus mahir pelbagai skill

sebagai killer harus mahir pelbagai skill

libasan terkhir mini olimpik TLDM 2003
libasan terkhir mini olimpik TLDM 2003
pengadil perak

pengadil perak

 

 

 

ps:/ Sayangnya era mutakhir takraw sudah tidak lagi menjadi permainan kegemaran anggota TLDM. Gelanggang yang begitu banyak dan moden di pangkalan lumut terbiar tanpa pemain.


0 Responses to “sepak takraw”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: