20
Apr
09

Radar Plotter KD Kasturi

Penugasan baru yang lebih mencabar

kasturi banyak mengajar ilmu AIO

September 1987, menjejak kaki ke KD Kasturi. Kapal baru yang tercanggih berada dalam inventori TLDM. Saya adalah merupakan krew generasi kedua bertugas di kapal tersebut. Jika ditanya kepada semua warga TLDM, seorang pun akan berkata tak mahu bekerja disitu. Sebuah kapal yang berprestij yang masih lagi mengekalkan krew pertama untuk membimbing krew yang berikutnya. Pegawai Merintahnya ialah (Kept Engku Zainal bin Engku Ngah). Hati saya sangat tidak tenteram kerana isteri dan anak saya yang bermasalah, saya tinggalkan jauh di SK Parit kerana Quarters Lumut tiada kekosongan.

qmkasturi

duty QM

Pada peringkat awal, saya menghadapi 2 masalah yang cukup memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Pertama , masalah keluarga dan kedua masalah nak mempraktikkan ilmu RDP yang telah diajar sesuai dengan sistem teknologi kapal yang langsung tak tahu guna. Kecanggihan sistem intergrasinya yang mendahului era ICT amat mencabar keupayaan saya sebagai operator baru. Bila kapal belayar untuk program-program latihan, saya merasakan bagai satu trauma bila hendak menghadapi suasana peperangan. Combat Information Centre (CIC) bagaikan gua terapung menyaksikan hiruk pikuk ‘CIC team’ mengendalikan tugas masing-masing yang dikepalai oleh panglima perang ‘Principal Warfare Officer (PWO)’. Lt Kdr Zainal Alam (sekarang Allahyarham) ialah seorang PWO yang sangat tegas semasa bertugas tapi baik hati sewaktu di luar tugas.

aaw

as AAW compiler

Sebagai anggota dari cawangan kelasi, kesempatan untuk belajar mengenali sistem secara intensif adalah terhad kerana kerja-kerja ‘part of ship’ juga menjadi keutamaan untuk menentukan ketrampilan kapal sentiasa di tahap tertinggi. Setelah hampir setahun bergelumang barulah saya dapat menguasai permainan olah perang setelah dipertanggonjawab sepenuhnya bila ramai krew lama bertukar keluar. Bila senario latihan dapat difahami dan penguasaan terhadap sistem kombat (Daisy) juga dikuasai, saya merasakan satu keseronokan kerana tiada lagi kedengaran herdikan dan tengkingan dari pegawai atasan. Suatu perkara yang perlu diketahui oleh umum iaitu senario latihan/peperangan adalah sentiasa berubah-berubah dan tidak boleh dijangkakan. Oleh itu persediaan dan sumber maklumat amat penting di samping kesiapsiagaan peralatan berada di tahap kefungsian yang terbaik.

weapon

weapon console

Pegawai Memerintah baru Kepten Ibrahim bin Jawi (bersara Laksamana Pertama dan bergelar Dato’) mengambil alih daripada Kept Engku. Sesuatu yang istimewa dengan Kept Ibrahim, beliau cukup mengenali bekas-bekas anggota yamg pernah berkhidmat dengannya.

Banyak lawatan operasi yang dilaksanakan seperti lawatan ke Pattaya Thailand, Dumai Indonesia, Marmagoa India, Karachi Pakistan, Muscat Oman, Maldives, iaitu selepas serangan pihak pemberontak ke pulau Mali iaitu ibu negara Maldives. Manila dalam misi persediaan menyelamat Perdana Menteri jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini semasa Persidangan Chogm.

Latihan bersama Tentera Laut Negara Asing juga tak terkecuali seperti Star Fish (FPDA), Mekar (USA), Thalay Laut (Thai), Malindo (Indonesia), Adex (RMAF) dan lain-lain yang bertaraf intra TLDM. Sesungguhnya walaupun ia banyak memberi pengetahuan dan pengalaman dalam konsep peperangan 4 dimensi tetapi sebagai ‘elite team’ (CIC Crew) ianya cukup mencabar kewibawaan mental dan fizikal. Sebagai CIC tim, saya selalunya diberi tugas sebagai ‘surface picture compiler and reporter) iaitu mengumpul, monitor gambar-gambar permukaan (radar pictures), dan melaporkan kepada unit-unit lain yang mana klasifikasi kontek akan dianalisa oleh PWO.

pu-perhentian

bersauh antara pulau perhentian kecil dan perhentian besar

Sesuatu perkara yang sangat kami tidak selesa sebagai anggota RDP ialah pada event-event tertentu kami terpaksa berkhidmat kepada 3 pegawai lain selain daripada pegawai bahagian kami Pegawai Panduarah. Semasa latihan/peperangan kami bertanggungjawab kepada PWO. Semasa latihan penembakan meriam kami juga amat diperlukan oleh Pegawai Persenjataan (GO). Semasa latihan anti submarine warfare, RDP juga diperlukan oleh Torpedo anti submarine Officer (TASO) kerana semua event tersebut ada berkait rapat dengan radar dan combat sistem. Dalam masa yang sama kami juga terlibat dengan evolusi. Kalau dalam pelayaran biasa pun kami juga akan diprogramkan dengan latihan persendirian seperti plotting exercise dan sebaginya. Jangan harap kami nak bersantai kat dewan makan untuk menonton television macam kepakaran lain.

solat.jpg

khutbah aidiladha 18 july 1989 oleh ust saari semasa kapal dalam latihan FPDA Star Fish

 


3 Responses to “Radar Plotter KD Kasturi”


  1. 1 erffan
    10/09/2013 at 8:35 pm

    Salam tuan…
    Saya merupakan salah seorang warga kd kasturi 2013.
    Mohon personal contact information tuan???
    Tq

    • 2 erffan
      10/09/2013 at 8:36 pm

      Salam tuan…
      Saya merupakan salah seorang warga kd kasturi 2013.
      Mohon personal contact information tuan???
      Tq

      Saya boleh dihubungi di talian: 0104260286


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: