kerani sekolah navigasi

Melangkah keluar dengan kekuatan baru

Bulan Januari 1990 saya dikehendaki melapor ke Sekolah Navigasi KD Pelandok sebagai staf pejabat. Kesimpulan dari kesusahan yang saya hadapi di KD Kasturi adalah pemangkin kepada kekuatan yang saya rasai sewaktu bertukar keluar. Saya merasa tidak perlu risau untuk terus berada dalam kepakaran RDP kerana saya sudah menguasainya. Saya tahu ada pegawai yang tidak sanggup melepaskan saya keluar kerana bimbang akan berlaku kepincangan dalam CIC tetapi atas dasar kebajikan beliau terpaksa melepaskan saya.

xpdc
aktiviti pelatih–XPDC Kuala Woh

Di sekolah navigasi, saya pernah bertugas di bawah 3 orang ketua sekolah iaitu Lt Kdr Tan Eng Seng (sekarang Laksamana Pertama dan menjadi Panglima Pendidikan dan Latihan), kedua ialah Lt Rusli Ramli dan yang ketiga ialah Lt Ridzuan Abdul Rahman.

Di sekolah Navigasi, saya bersama seorang lagi skot saya iaitu LK1 RDP Misnan membuat tugas-tugas am. Kami berdua adalah sebagai pembantu kepada jurulatih-jurulatih dalam menyediakan nota-nota kepada semua pelatih di semua peringkat latihan kepakaran dalam bentuk buku. Bermula dari kerja-kerja mencetak dan membukukannya. Di samping menjaga dan mengemaskinikan sistem fail pejabat. Satu takdir yang saya cukup bersyukur kepada Ilahi di mana pejabat sekolah Navigasi merupakan perintis kepada penggunaan komputer peribadi di mana kami belajar bermula dari Word Star 7 dengan sistem operasi DOS. Boleh dikatakan kami di antara generasi celik komputer lebih awal daripada anggota-anggota lain.

staf
Bersama Kelas PO Q RDP

KSN- Lt Kdr Tan Eng Seng (Laksma)/ Lt Roslee Ramli dan Lt Kdr Ridzwan

J/L – PW1PRI Ideris/BK PRI Osman Md Ali/BKPRI/Arsyad/BKPRI Ahmad/BMPRI Razak/LK Hamid/LK Abdullah

 

P:s/ Bulan Disember 1990 kami dikurnikan anak lelaki yang kedua. Muhamad Syarqawi Hafizi.

Advertisements

2 comments

  1. ‘jong (john), pinjang (pinjam) disket DOS mung sementa (kejap)’ tu la zaman dulu punye kelas komputer. tanpa disket DOS tu, alamatnya tak berfungsi la komputer kita…hehehe

    memang bersyukur betul ya encik hamzah. sesiapa yang celik IT masa zaman sebelum windows, insyaAllah, kalau takda mouse pun boleh je guna keyboard tu (kalau ingat lagi la key nya tu).

    Tahniah juga sebab tak ramai rakan sebaya encik hamzah kita ni yang terus mengITkan dirinya.

    terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman yang pada saya begitu berharga ini. baru sampai siri ke berapa ni ha….ada masa sambung lagi baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s