30
Apr
09

sri sarawak

Bermain Ombak Gila Laut China Selatan

banyak kenangan di kapal ini

banyak kenangan di kapal ini

Disember 1991 Perintah Pertukaran Anggota TLDM (PPTLDM) mengarahkan saya bertukar lagi. Kali ini ke KD Sri Sarawak (P3145) dari skuadron ke 14 Patrol Craft yang berpangkalan di Tanjong Gelang Kuantan. Secara kebetulannya kapal ini sedang menjalani ‘work up’ atau latihan penyesuaian laut di Markas Armada Lumut. Selesai kapal menjalani ‘work up’ saya dan keluarga berpindah ke rumah sewa di kampong Sungai Karang Darat sementara menunggu kekosongan kuarters.

Rutin skuadron PC 14 adalah membuat rondaan berterusan secara bergilir-gilir di Perairan Pantai Timur sehingga ke Pelantar Carigali Minyak. Cabaran menghadapi gelombang sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Satu tanggungjawab TLDM semasa aman ialah membantu membenteras kegiatan nelayan asing yang banyak menangkap ikan di Perairan Malaysia. Menggeledah ‘Thai trawlers’ adalah satu proses yang agak sukar dan mencabar, namun dalam masa yang sama juga menjadikan aktiviti ini satu hiburan setiap kali keluar membuat operasi. Mengiringi ‘trawler’ yang ditangkap di kawasan pelantar minyak memakan masa 8 hingga 12 jam untuk tiba di Pelabuhan Chendering sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan atau Polis Marin amat membosankan. Malah mempunyai risiko yang tinggi jika lalai atau mengabaikan ‘standard operation procedure’ yang sepatutnya. Salah satu contoh kejadian yang berpunca dari kelalaian dan pengabaian ‘SOP’ ini ialah peristiwa yang mana membawa kepada penjenamaan ‘Al Haimi’ pada dewan serbaguna Markas Panglima Wilayah Laut 1.

Allahyarham LK PPP Al Haimi Alip yang saya kenali seorang ‘marriage bachelor’ yang menghuni sepenuh masa di Mess hadapan KD Sri Sarawak. Seorang yang berperinsip, penyabar dan patuh pada arahan pegawai atasan. Pada satu ketika di musim tengkujuh, Sewaktu kapal keluar dari Jeti Perikanan Chendering Terengganu menuju kawasan rondaan, sebuah rakit keselamatan yang di bahagian hadapan kapal hampir terlucut dihentak gelombang. Beliau sebagai ‘2nd buffer’ ketika itu berusaha untuk membetulkan ikatan tapi tak berjaya kerana keadaan terlalu gawat dan sangat merbahaya. Banyak kenangan saya bersamanya yang menggamit kepiluan…. alfaatihah…

Pulau Bidong adalah sebuah pulau terletak di Perairan Terengganu yang mana mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu penempatan pelarian Vietnam sewaktu Negara mereka dilanda krisis. Setelah pendatang tersebut dipindahkan ke Negara ketiga maka penempatan sementara yang kaya dengan buah betik dan kelapa peninggalan anggota pelarian itu telah dijaga oleh pasokan Askar Wataniah dari Rejimen AW yang berpangkalan di Kelantan.

Satu ketika di musim tengkujuh KD Sri Sarawak di’task’kan untuk membawa trup AW dari Pulau Bidong ke Jeti Perikanan Cendering. Hari yang dijadualkan, kami berlepas pada jam 1500H dari Pulau Bidong tapi selepas setengah jam Pegawai Memerintah membuat keputusan berpatah balik ke Pulau kerana gelora terlalu kuat. Saya pada waktu itu sudah mengambil tempat di ‘provision stor’ (dalam keadaan gelora, tempat tidur tidak menjadi perkiraan kepada saya, asalkan boleh melayan mabuk laut) bangun membuat persiapan untuk merapat kembali ke Pontoon Pulau Bidong. Dua hari tergendala di Pulau Bidong membuatkan kami meneroka di atas pulau mencari khazanah yang tertinggal namun apa pun tak ada. Pasokan AW yang sudah kehabisan Ransum membuatkan Pegawai Memerintah (Lt Kdr Arif) mengambil keputusan untuk meneruskan pelayaran ke Cendering yang memakan masa selama 2 jam. Tiba di Kuala Chendering pada jam 1700H dengan suasana langit yang gelap dan hujan beserta laut bergelora, PM tidak berani untuk masok ke Basin Cendering. Maka bersauhlah di Sekitar Pulau Kapas sehingga ke esok pagi. Penumpang-penumpang AW bergelimpangan di merata tempat kerana sudah tidak berdaya mengurus diri kerana mabuk laut selama lebih 15 jam. Kesan muntah berteraburan di sekeliling dek kapal dengan baunya ….. Setelah mendarat di Cendering, saya sempat berbual dan bertanya kepada anggota AW. “Mana lebih teruk jika nak dibandingkan navy dengan army”?. Mereka sepakat menjawab, “Biarlah kami panjat 4 atau lima buah bukit satu hari pun tak apa, kalau penat boleh berhenti, lapar boleh makan. Tapi dok atas kapal ni, makan tak lalu, tidur tak lena dok saja-saja pun sakit, macam mana nak buat kerja.” Justeru itu juga segala buah-buahan yang mereka ambil di pulau kononnya nak buat buah tangan kepada keluarga semuanya ditinggalkan bersepah di atas kapal. Saya berkata kepada mereka “Ini lah keadaannya yang kami tanggong selagi bergelar navy.” . 

CO – Lt Osman/Lt Arif Osman (UPNM)/ Lt Hamid/Lt Adam(kept Maritim)

XO – Lt Dya Azeman/Lt Dya Roslim (CDO)/ Lt Dya Syafie


0 Responses to “sri sarawak”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: