15
May
09

Mawilla 1

Kursus naik pangkat

Semasa di KD Sri Sarawak jugalah saya dikehendaki melapor ke sekolah Navigasi untuk menjalani kursus kenaikan ke Laskar Kanan (LK RDP ‘Q’). Sebenarnya setakat ini sedar tak sedar RDP intake 146 sudah berkhidmat 11 tahun lebih (jan 1993) baru dipanggil untuk berkursus. Didapati hanya lebih kurang 10 orang sahaja dari intake 146 yang hadir untuk berkursus. Yang lain telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan 13 tahun kerana ada yang tak tahan dengan beban kerja dan ada yang kecewa kerana lambat naik pangkat. Untuk mencukupkan jumlah satu kelas seramai 20 orang, intake junior yang baru berkhidmat lebih kurang 6 tahun mendapat peluang untuk berkursus bersama kami.

Kejohanan Mini Olimpik 1993 merupakan aksi saya yang terakhir dalam sukan sepak takraw kerana semasa perlawanan akhir inter regu, saya mendapat kecederaan kedua-dua belah lutut yang menjurus kepada saya membuat keputusan untuk bersara dalam sukan ini. Walaupun saya terpaksa bersara awal, namun saya tetap merasa bangga kerana persaraan saya semasa saya berada di kemuncak prestasi permainan.

Setelah tamat kursus, saya kembali bertugas di KD Sri Sarawak hingga Januari 1994. Bertugas di bawah 3 orang Pegawai Memerintah iaitu Lt Kdr Othman, Lt Kdr Arif dan Lt Kdr Abdul Hamid (sekarang semuanya berpangkat Kdr).

Relax sekejap

Bertugas di Bilik Gerakan Mawilla Satu selepas itu adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu untuk meredakan ketegangan mental dan fizikal semasa bertugas di kapal. Malangnya keseronokan bertugas di pangkalan selalunya tak lama iaitu selama 9 bulan berbanding 2 tahun di kapal. Selepas disahkan disahkan ke pangkat LK RDP saya menerima panggilan telefon dari Pusat Pertukaran Anggota (PPA) untuk meminta persetujuan untuk menukarkan saya ke Kapal yang berpangkalan di Lumut. Samada KD handalan (FAC M) atau KLD Tunas Samudera. Saya memilih KLD Tunas untuk menerima cabaran seterusnya.


2 Responses to “Mawilla 1”


  1. 1 achern
    07/05/2011 at 12:52 pm

    best letak la gambar kat tunas samudera tu sikit…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: