25
May
09

makan angin di kapal layar

Belayar dengan Kapal Layar

Bulan Januari 1995, saya sekeluarga berpindah lagi ke Pangkalan TLDM Lumut dan menetap di Blok A25 Unit 302. Menerima kawat untuk temuduga pemilihan krew Frigate 2000 adalah satu penghargaan buat saya dalam perkhidmatan. Dari 10 orang LK RDP yang ditemuduga, saya di antara 4 orang yang berjaya untuk menerima cabaran sebagai krew KD Jebat dan KD Lekiu yang sedang dalam pembinaan di Yarrow Shipyard Glasgow. Justeru itu pada bualan Mac 1995 kami berempat bersama 2 orang lagi pegawai yang berpangkat Lt dan Lt Kdr terbang ke Molndal Sweeden untuk kursus teori ‘Radar Sea Girrafe’.

Pegawai Memerintah KLD Tunas Samudera ialah Kdr Mohamad Siron adalah salah seorang pegawai yang bermula dari anggota LLP cawangan RDP. Apa yang membanggakan saya ialah beliau telah membuktikan bahawa Pegawai Tugas-tugas khas juga boleh menjadi Pegawai Memerintah Kapal. Semasa beliau menjadi Pegawai Latihan Penyesuaian Laut, beliau cukup gemar membuat latihan siri ‘Q’ kepada kapal-kapal yang sedang ‘work up’ dengan latihan ‘bagaimana nak menyelamatkan orang jatuh laut yang patah tulang belakang’. Oleh kerana soalan tu dah bocor, senanglah anggota bertugas membuat persiapan. Caranya ialah dengan menggunakan ‘grating’ kayu sebagai pengalas (menggantikan strectcher) semasa kerja-kerja ‘recovery man over board’.

Sekembalinya saya dari Sweden, beliau menasihatkan saya supaya bertukar keluar dari KLD Tunas Samudera kerana katanya masa depan saya dalam ‘combatant ship’ lebih terserlah. Justeru itu saya ditempatkan di Bilik Gerakan Markas Armada setelah berada di kapal layar selama 6 bulan.

kalau sakit pinggang tak boleh keje kat kapal layar

kalau sakit pinggang tak boleh keje kat kapal layar

Anggota tumpangan

Walaupun bertugas di Bilik Gerakan sebagai anggota tumpangan tapi saya membuat kerja-kerja harian dan ‘duty’ seperti biasa. Tumpangan di sini bermaksud bersedia bila-bila sahaja untuk dipanggil menjalani kursus yang telah diperuntukan sebagai krew frigate 2000. Satu tugas sampingan yang saya mengambil risiko pada awalnya ialah menjadi ‘slide operator’ kepada Panglima Armada semasa beliau memberi taklimat operasi kepada delegasi-delegasi Tentera Asing atau pembesar-pembesar dalam negara yang setiap datang membuat kunjungan hormat. Menyelaras teks ucapan dengan ‘slide power point’ sepatutnya diberi tanggungjawab kepada Penyelia Bilik Gerakan (Senior rate), tetapi oleh kerana ‘Senior rate’ yang ada pada masa itu buta IT maka saya yang celik IT ni terpaksa memikul tanggungjawab. Walaupun pada masa itu keupayaan sistem operasi komputer hanya ada window 3.11 namun persembahan sudah dikira bagus di sulam dengan kreativiti operator.


0 Responses to “makan angin di kapal layar”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: