26
May
09

makan angin di eropah

Terbang lagi ke Eropah

Bulan September 1995 kami berlepas ke Munich German untuk kursus IFF MK 10A Intrerrogator/Transponder System dan disusuli oleh kursus-kursus peralatan yang lain di sekitar England dan transit kami ialah di Pejabat Tim Projek di Yarrow Shipyard, Glasgow sehingga November 1995. Oleh kerana kursus berikutnya adalah dijadualkan pada Januari 1996, maka kami dikehendaki pulang ke Malaysia kerana prosedurnya anggota tidak boleh ‘pending’ di luar negara melebihi 1 bulan kerana melibatkan kos yang tinggi.

Bulan Oktober 1995, skot saya menjalani kursus Bintara Muda RDP (BM RDP ‘Q’) yang mana akan melayakan seseorang menyandang pangkat Bintara Muda (setaraf sarjan) yang juga banyak keistimewaan yang membezakan antara anggota ‘junior rate’ dengan ‘senior rate’. Oleh kerana saya terikat dengan perjanjian untuk ke luar negara maka kursus BM ‘Q’ RDP terpaksa saya abaikan. Walau apapun saya tidak menyesal dengan pilihan saya. Pada saya, kursus kenaikan pangkat boleh dibuat selepas ini tapi peluang berkunjung ke Negara-negara Eropah tidak mudah diperolehi. Walaupun saya banyak belayar ke luar negara namun ke Eropah tak pernah ada kapal TLDM yang akan pergi kesana.

Kursus yang sepatutnya berlaku pada bulan januari 1996 di Scotland ialah ‘intergrated Nautis System’. Semasa persiapan akhir untuk kami bertolak, kami terima maklumat bahawa kursus tersebut ditunda kerana masaalah ‘intergrated Nautis system’. Kesan daripada masalah tersebut, program membawa balik kapal Jebat dan Lekiu telah tergendala selama beberapa tahun. Nasib baik masih lagi menyebelahi saya kerana pada bulan April 1996 saya sempat menghadiri dan menghabiskan kursus BM RDP ‘Q’ dengan jayanya dan menyandang pangkat BMRDP pada tahun yang sama.

sea girafe -molndal sweeden

sea girafe -molndal sweedenazani & idris (arwah)

coursemate IFF aeromaritime german

coursemate IFF aeromaritime german

munich german

munich german

kasim apai norwich england

kasim apai norwich england

london

london

british midway domestik

british midway domestik

di belakang tu hotel penginapan kat glasgow

di belakang tu hotel penginapan kat glasgow

Menolak peluang

Setelah kenaikan pangkat berlaku, bermakna saya tidak diperlukan lagi untuk meneruskan kursus kelengkapan untuk Frigate 2000 kerana perjawatan sudah berubah. Saya juga sekali diberi tawaran secara lisan untuk menjadi krew kapal ‘Laksamana Class’ di Italy. Oleh kerana Kapal jenis ini (sizenya kecil) bukan ‘taste’ saya, maka saya menolaknya.

Dua lagi kursus yang saya menolak secara baik untuk tidak menyertainya ialah Kursus Lanjutan ‘Principal Radar Instructor’ (PRI) dan Kursus ‘Helicopter Approach Control’ (HAC). HAC adalah satu kerja tambahan yang hanya diperuntukan kepada anggota yang berkepakaran RDP (LK RDP ke atas) sahaja untuk mengendalikannya. Mengawal helicopter wasp yang ‘tidak bermata’ (tiada radar) pada waktu malam adalah satu kerja yang agak merbahaya jika tidak dikawal dengan betul. Dalam satu-satu keadaan wasp boleh kekeringan minyak jika tersesat untuk kembali ke kapal Induk. Tambahan lagi adalah kerana perjuangan pegawai-pegawai yang terlibat untuk mendapatkan elaun HAC tidak tercapai, maka saya mengambil keputusan untuk menolak tawaran (arahan) tersebut yang dibuat melalui kawat sebanyak 3 kali.

Manakala Kursus Lanjutan ‘Principal Radar Instructor’ (PRI) pula yang memakan masa selama 9 bulan sebenarnya bercanggah dengan perinsip perkhidmatan saya. Walaupun saya pernah ditawarkan untuk berkursus samada di Pakistan atau dalam negara, namun ianya tidak dapat membuka hati saya untuk menyertainya kerana dengan memiliki kepakaran lanjutan ini akan memendekkan langkah seseorang anggota untuk bertugas di merata-rata tempat walaupun ianya menawarkan skim gaji band 4.


1 Response to “makan angin di eropah”


  1. 02/08/2010 at 3:44 am

    Jemput jalan2 makan angin di eropah bersama perantauholidays http://www.perantauholidays.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: