25
Jun
09

ors kasturi

Kembali ke KD Kasturi
ors kasturi tidak begitu mencabar

ors kasturi tidak begitu mencabar

 Saya mengambil kesimpulan untuk bertukar ke KD Kasturi sebagai ‘Operation Room Supervisor’ (ORS) yang juga merupakan ‘Head of Navigation Department’. Permohonan saya berjaya.

Masuk kekuatan kapal semasa kapal berada di dockyad untuk program slipping. Bermakna untuk pengoperasian semula kapal memerlukan tumpuan rapi terhadap perpindahan barang-barang department navigasi terutamanyanya permanent loan list (PLL) yang menjadi ketakutan semua HOD sewaktu menjaganya. Jika hilang sesuatu item maka pemegangnya akan didebit dengan jumlah harga barang atau lebih.

Keduanya kebanyakan anak-anak buah adalah anggota baru, maka tanggungjawab ORS untuk menjadikan mereka kompeten dalam segala segi termasuk aspek navigasi, AIO dan combat sistem. Oleh kerana saya pernah menggunakan sistem yang sama sebelum ini, maka tidak menjadi suatu masalah untuk menurunkan ilmu-ilmu yang ada kepada anak-anak buah. 

Oleh kerana ini adalah kali kedua berada di kapal yang sama, maka semua kerja menjadi lebih mudah. Namun suatu kerja yang paling susah ialah bagaimana nak menentukan anak-anak buah mahir dalam kepakarannya.

Di kapal sebenarnya kami tak cukup masa untuk membuat latihan/ulangkaji kerana dalam satu hari agak sukar nak bahagikan antara kerja-kerja P.O.S dengan memahirkan diri dalam kerjaya RDP. Itu belum diambil kira dengan duty, arahan-arahan am dan sebagianya. Dengan ‘compliment’ maksima iaitu 7 orang (1xPO, 2xLK dan 4x LK 1/11) adalah satu kekuatan yang tak munasabah untuk mengendali bahagian Navigasi yang dibahagikan kepada dua tugas besar iaitu Panduarah dan AIO. Saya pernah bertanya dengan seorang ORS Royal Navy yang mana kekuatan yang RN Navy amalkan dalam sesebuah kapal yang bertaraf Frigate ialah 2 kali ganda iaitu 14 orang anggota RDP. Beliau melihat sendiri bagaimana kami bekerja semasa beliau ditumpangkan di kapal sebagai penilai semasa ‘Ex Flying Fish’ dengan angkatan FPDA.

img_20160922_121048

ASRL- Telah ditamatkan perkhidmatannya

Beliau tersenyum sinis dan ‘salute’ kerana kami boleh bekerja dengan kekuatan anggota yang minima. Ini adalah bertepatan dengan apa yang kami belajar. Kami masih menggunakan Buku Rujukan yang sama dengan navy Negara-negara komanwel. Pada saya inilah satu kesilapan pada peringkat awal pembinaan kapal yang mana kononnya bila semua kerja banyak dibantu oleh peralatan canggih, maka kekuatan anggota mesti dikurangkan. Kekuatan yang ada hanyalah memadai untuk satu awasan sahaja. Bila ‘defence station’ memerlukan 2 awasan yang berlanjutan hingga berhari-hari. Satu rahsia atau ilmu yang sampai sekarang masih saya simpan tentang antara muka (interface) ‘daisy system’ yang mana jika diaktifkan akan mengakibatkan ‘fired system’ tidak berfungsi tanpa menunjukkan ‘fired system failure’. Bermakna penembakan secara ‘remote’ tidak akan berjaya dan teknisyen tidak dapat mengesan apakah puncanya. Pengetahuan ini diperolehi secara tidak sengaja semasa ujian penembakan dan ‘trouble shooting’ juga saya mengetahui dari seorang pakar yang sedang membaiki peralatan tersebut.

Unfit for Sea

Satu peristiwa yang merupakan faktor penyebab yang mentakdirkan nasib saya kurang baik dalam TLDM dan mungkin keseluruhan kehidupan saya yang berbaki. Semasa kapal beristirehat di Labuan, satu pertandingan bola sepak dalaman antara mes. Atas dasar ingin membantu anggota mes bintara yang tak cukup pemain, maka saya membuat keputusan untuk menyertai sedangkan saya sedar bahawa kecederaan masa lalu pada kedua-kedua belah lutut saya tidak mengizinkan saya bermain.

Ekoran daripada itu, kedua-dua lutut saya membengkak dan sukar dipulihkan walaupun beberapa tindakan mengubati telah diambil. Setelah pemeriksaan lanjut dengan doctor pakar, mengesahkan lutut saya mengalami kehausan tulang rawan (Meniscus tear) .yang serius yang juga kesinambungan daripada kecederaan yang sama semasa saya menyertai Kejohanan Mini Olimpik 1993. Tanpa kompromi, pakar orthopedic HAT Lumut telah menurunkan gred kesihatan saya bertaraf ‘Base everywhere’ (BE) atau dengan kata lain ialah ‘unfit’ yang mana saya tidak boleh lagi bertugas di kapal dan tidak layak untuk menjalani kursus dan tidak boleh disokong untuk kenaikan pangkat mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh TLDM.

Ini memberi satu tamparan kepada saya, tambahan lagi doctor pakar juga menegaskan supaya saya berhati-hati semasa membuat pergerakan kerana beliau tidak bercadang untuk membuat pembedahan di sebabkan faktor-faktor tertentu.

 

jamuan hari raya KD KASTURI

jamuan hari raya KD KASTURI

 

CO- Kdr Rosland Omar (Laksma)

XO- Lt Kdr (Kept)

NO- Lt Yusne

P/s: Pada 1 januari 1998 kami dianugerah seorang lagi zuriat ketiga , Nur Syafiqah Haifaa yang dilahirkan di HAT Lumut.


0 Responses to “ors kasturi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: