26
Jun
09

Skipper bot panglima

Kembali ke Markas Armada

Setelah bertugas di KD Kasturi hanya 11 bulan, maka atas nasihat doktor, saya ditukarkan sekali lagi ke Bilik Gerakan Markas Armada pada hujung 1998.  Memandangkan pada masa itu ramai Bintara yang ditempatkan di Bilik Gerakan maka setelah berunding secara dalaman, saya di tugaskan ke satu jabatan lain yang di bawah naungan Markas Armada iaitu Bosun Armada yang bertanggung jawab dalam pengendalian Jeti Operasi dan persekitarannya. Pada masa itu Pegawai Bosun diterajui oleh Lt Sarkinin (Pegawai Tugas khas dari kepakaran PJT).  Tawaran saya menerima respon positif daripada beliau kerana sememangnya Bosun Armada memerlukan seorang Bintara yang tahu selok belok navigasi untuk penugasan bot dan lancang di sekitar perairan lumut.  Jabatan ini keseluruhan keanggotaannya adalah dari cawangan kelasi campuran dan beberapa orang anggota teknikal sebagai mekanik dan elektrikal bot.

bot panglima dan crews

 Saya diperjawatkan sebagai Bintara Bahagian kepada sektor Bot dan Lancang juga bertindak sebagai Juragan kepada Bot Panglima dan Bot Selar yang digunakan sebagai bot rekreasi. Pengendalian bot adalah satu subjek yang tidak diajar semasa dalam kursus kepakaran dan pengalaman sebagai Juragan Bot adalah sangat berguna kerana dapat memahirkan diri dalam bidang ini.

Sepanjang berada di Jabatan ini, saya berkesempatan menyertai Pameran Laut dan Udara LIMA untuk tahun 1999 dan 2001. Saya cukup berterima kasih kepada Pegawai Bahagian saya iaitu Lt Kdr Low Mee Choy (sekarang maritim) yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bertindak sebagai perancang dalam Perkhidmatan Darat dan Laut yang di bawah arahan beliau. Saya merasa suatu kepuasan daripada maklum balas dari bekas anak-anak buah yang masih dalam perkhidmatan yang mengatakan format yang saya rancang masih diguna pakai pada LIMA’03 dan LIMA’05. Semasa LIMA’01 sebenarnya saya sudah pun bertukar ke RMN SSC tetapi Lt Kdr Low memberi tawaran kepada saya untuk jadi pembantu beliau sekali lagi..

langkawi-bot jalur gemilang dato mansur

langkawi-bot jalur gemilang dato mansur

 

 


0 Responses to “Skipper bot panglima”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: