25
Jul
09

relaxnya rmn ssc

Persediaan tamat perkhidmatan

Julai 2000, mengisi kekosongan perjawatan Assisten Pegawai Ayunan Kompas di RMN Ship Silencing Centre (dulu Degaussing Range). Unit ini berperanan untuk mengurangkan kesan-kesan magnetik yang ada pada badan kapal yang terhasil dari pergeseran arus air, ketukan yang berlaku dalam kapal dan lain-lain. Implikasi daripada tersimpannya magnetic pada badan kapal ialah semasa kapal melalui kawasan yang mempunyai periuk api yang mana bahan ini amat sensitif pada magnet. Magnetik ini juga memberi kesan negatif kepada peralatan elektronik di kapal. Di antara peranan lain unit yang tidak begitu diketahui umum ini ialah Penyeyapan Akustik iaitu mengurangkan getaran, kehingaran di bawah permukaan dan tekanan.

Ayunan Kompas atau ‘compass swing’ adalah satu gerak kerja di mana untuk memperbetulkan dan mencari perselisihan (error) terhadap magnetic kompas dan mengeluarkan ‘deviation card’ untuk rujukan navigasi. Tanpa rujukan ‘deviation’, pengiraan untuk mencari ‘true/compass course’ tidak akan terhasil dengan tepat. Kompas adalah satu peralatan yang terpenting untuk panduarah kapal di samping ‘gyro compass’ yang menjadi elemen utama semasa pemanduan kapal kerana ianya mempunyai ketepatan yang tinggi dan boleh dibaca melalui ‘repeater’. Walau bagaimanapun magnetic kompas ini tetap digunakan sebagai perbandingan dengan gyro kompas atau ketika mana gyro tidak berfungsi. Perselisihan yang tinggi pada magnetic kompas ini terjadi juga dipengaruhi oleh magnet.

Lt Kdr Adam bersama senior rate SSC

Lt Kdr Adam bersama senior rate SSC

Di RMN SSC juga saya terlibat dengan ‘Process Action Team’ (TQM) yang merupakan satu acara tahunan yang mana TLDM cukup mengambil berat. Saban tahun pertandingan dari peringkat jabatan diadakan bagi memberi galakan dan pendedahan kepada anggota-anggota TLDM membiasakan diri dalam budaya penambahbaikan. Tim RMN SSC yang saya wakili telah berjaya dua tahun berturut-turut mewakili formasi Markas Bantuan ke pertandingan TQM Anugerah Panglima Tentera Laut yang mana kami hanya mendapat sagu hati.

Pencapaian Perkhidmatan Cemerlang ATM 2001, saya diberi penilaian ‘melintang’, pertama kali dan terakhir seumur perkhidmatan walaupun penilaian kecekapan dalam perkhidmatan saya ‘cemerlang’ sejak dari 1995 dengan menggunakan format penilaian yang sama. Pendapat peribadi saya, penilaian untuk anugerah perkhidmatan cemerlang (SSB/SSM) ini adalah bergantung kepada sejauh mana serasinya seseorang anggota dengan pegawai bahagian yang menilai.

Pada tahun 2002, setelah membuat rayuan dan berdasarkan konsiderasi doktor pakar, maka taraf kesihatan saya dinaikkan ke LE (Light everywhere) dan dengan sokongan Pegawai Memerintah tentang prestasi kerja, saya dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan dan berhak menerima gaji maksima P2 sebelum menamatkan perkhidmatan. Bulan februari 2003 saya memulakan kursus peralihan selama 6 bulan di sebuah pusat pelancongan dan rekreasi di daerah Manjong.

Dari seramai 40 orang anggota RDP dari pengambilan 146, hanya tinggal 7 orang sahaja yang dapat menghabiskan perkhidmatan selama 22 tahun. Lima orang berjaya kekal dalam kepakaran RDP dan 2 orang menukar cawangan kepada Juragan (JGN).

CO- Lt Kdr Tan Wan Hock

XO- Lt Kdr Adam Aziz (kept maritim)


0 Responses to “relaxnya rmn ssc”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: