28
Aug
09

Rumahku syurgaku

Laman dihati – rumahku syurgaku

Masa dalam navy rumah disediakan oleh kerajaan, bila dah bersara suka tak suka terpaksa cari rumah sendiri untuk perlindungan keluarga.

Aku terpaksa menulis fakta ini kerana biasanya kawan-kawan yang bertandang ke rumah buat pertama kalinya akan bertanya berapa kos pembinaan rumah ini.  Untuk menentukan faktanya tidak berubah, maka elok juga aku rakamkan naratif tentang rumah aku ini dari mula pembinaan.

Setahun sebelum bersara, aku bernasib baik kerana kebetulannya ada orang nak jual  tanah dengan harga RM 30,000 hampir serelong. Selepas harga rundingan maka aku dapat dengan harga RM 24,500 yang sebahagian dari keluasan tersebut adalah tanah berpaya rumbia.  Bermakna untuk buat rumah, aku kena tambak setinggi 3 kaki lagi.

Kos menambak dengan menggunakan tanah bendang yang dikorek semasa musim timur adalah sebanyak lebih kurang RM 3,000 (RM 15.00 selori 2 tan) untuk keluasan tapak rumah dan halaman.

Setelah rumah baru (walaupun tidak siap sepenuhnya) sudah boleh diduduki dengan selesa maka pada 5 Mei 2004 (13 muharram 1425H) kami menduduk rumah baru dengan rasminya.  Dalam pada itu aku belum berkerja dengan kata lain kerja yang mampu memberi pendapatan bulanan.  Ketika aku berada dalam kategori ‘makan pencen’ sebenarnya itu disengajakan kerana untuk mempersiapkan persekitaran rumah baru supaya kelihatan lebih kondusif.

Pembinaan fasa 1 (tanpa porch) ini sudah menelan kos RM 63,145.00 dengan keluasan rumah 60 x 30 kaki persegi. Ini dikira ‘save budget’ kerana design yang ringkas (separuh moden) tetapi tidak berkompromi kepada kualiti bahan dan binaan.  Ini disebabkan oleh ingin cepat siap untuk tidak menumpang di rumah orang terlalu lama semasa menunggu pembinaan yang memakan masa selama 5 bulan. Sepatutnya ianya boleh siap lebih cepat tetapi banyak terberhenti kerana faktor cuaca dan kelalaian tukang.

Sebenarnya masa dalam service aku dah beli sebuah rumah murah di Balok Kuantan dengan harga RM30,000 pada awal tahun 90an. Akhirnya pada tahun 2004 aku telah menjualnya dengan harga RM52,000.

Dari lebihannya aku meneruskan pembinaan rumah aku untuk fasa ke 2 iaitu tambahan  porch dengan keluasan 30×18 kaki persegi dan siap pada Ogos 2004 dengan kos lebih kurang RM 6,000.

Nafsu aku boleh tahan jugak!!… . Bila ada duit sikit mula la pasang angan-angan. Ruang porch yang agak luas itu, sebahagiannya aku jadikan ruang tamu bermakna ianya kelihatan berasingan dari ruang keluarga. Penambahan fasa ke 3 ini dilakukan pada Disember 2006 dengan kos lebih kurang RM 5,000.

Jan 2009, angan-angan ku termakbul lagi. Rumah yang asalnya 3 bilik dan 2 bilik air akan ku jadikan 4 bilik dan 3 bilik air. Ruang keluarga yang asalnya keluasan 30×15 kaki persegi telah dikecilkan untuk dijadikan bilik tambahan. Ianya menelan kos lebih kurang RM 3,000.

Kesimpulannya kos pembinaan keseluruhannya adalah lebih kurang RM 77,145.  Setakat ini ada sedikit lagi yang outstanding …. Selagi ianya masuk dalam kotak angan-angan samada aku atau bini aku, cepat atau lambat akan berlaku juga renovasi…. Insyaallah.

Imej 2004

renovasi ruang tamu

depan

Imej 2007- setelah renovasi

Pertengahan 2010 sekali lagi teratak ini dibuat penambahan di ruang hadapan dan diberi sentuhan cat warna hijau.

imej 2010

Jom kita masuk ke dalam….

Ruang Tamu

Ruang keluarga

Sebuah kedai kampong juga dibina untuk aktiviti mengisi masa lapang bersama masyarakat.


1 Response to “Rumahku syurgaku”


  1. 1 jasni
    04/11/2010 at 10:00 am

    cantik rumah, ceria sungguh berwarna warni.
    menepati dengan tema.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: