29
Aug
09

BUDAK KEDAH NGAN BUDAK TERENGGANU

Kisah ni takde kena mengena dengan aku pun hehehe… cuma ada terkebetulang sket je. Terima kasih kepada anakanda yang menghantar emel
Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun Tua. Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik. Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah. Double decker la katakan…

Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah.

Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG. Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up… .

Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan di hujung minggu… Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana taknak bagi Lam Paka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok…

Sampai di dorm, Azril terus membasuh pakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, da melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas,

“AZRIL, NOK UJANG TUUU!”.

Azril menjawab, “NANTISAT, AKU BARU BACA”.

Lam Paka sound lagi, “AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!”

Hoh! Azril pun benggang, “BISING LA HANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!”lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.

“AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?” sound Azril pulak.

“OTOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!”

“LA… HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI. HAMPEH!”


1 Response to “BUDAK KEDAH NGAN BUDAK TERENGGANU”


  1. 1 cikgu eaizan
    30/08/2009 at 1:19 pm

    hahahahahaha….

    1. bab tendang lantai katil atas…teringat zamang dok asrama mule (dulu). tu cara nak kejut sapa yang tido katil atas.

    2. masa mule-mule masuk sm sains dungun dulu. dalam kelas tu aku ngan mat nor je budok kelate. majoriti budak sekolah tu (dan kelas aku) budok t’ganu. tiap kali budok2 t’ganu cakak (bercakap) bahasa diorang…aku pandang mat nor, mat nor pandang aku….senyum2….rasa lucu dengo…hehehe..tapi bertahung aku dok situ…kira kalu ambik paper bahasa t’ganu buleh skor 1A la kot.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: