Menjejak Kapal Selam Di Hari Raya

Hari ini 3 sep, Kapal selam 1 negara balik, so dalam mood kapal selam ni aku teringat satu stori semasa lampau berkaitan kapal selam ni… kalau masa tu kita dah ada kapal selam, mungkin musuh tak berani nak cuba-cuba menceroboh ye?…allahuallam.

KD Tunku Abdul Rahman sewaktu merapat jeti KD SAS- foto ihsan utusan online KD Tunku Abdul Rahman sewaktu merapat jeti KD SAS- foto ihsan utusan online KD Tunku Abdul Rahman sewaktu merapat jeti KD SAS- foto ihsan utusan online KD Tunku Abdul Rahman sewaktu merapat jeti KD SAS- foto ihsan utusan online
KD Tunku Abdul Rahman sewaktu merapat jeti KD SAS- foto ihsan utusan online

Bunyinya agak kelakar tetapi itulah hakikatnya sebagai entity kapal perang yang bersiapsiaga sepanjang masa. Ianya berlaku semasa aku berkhidmat di KD KASTURI (1987-1989).

Di dalam penugasan di Malaysia Timur semesti Gugusan Terumbu Peninjau (GSP) adalah medan rondaan semua kapal-kapal yang ditugaskan di bawah perintah Mawilla Dua.

spratly

Selepas beberapa hari meronda dan menunjuk kehadiran di GSP, maka pemerintah kapal mengambil keputusan untuk stand off di Jeti Sandakan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dari GSP ke Sandakan juga agak jauh yang mengambil masa yang lama untuk sampai (lupa dah jarak dan masa sebenar).

Remuk redam di hati anak-anak kapal agak terubat sedikit dengan keputusan ini. Maklum sajalah sudahlah beraya tanpa anak dan isteri, ditambah pula dibalun ombak dalam pelayaran.

Kedukaan berganda memang menjadi asam garam entiti petugas di kapal-kapal. Selagi kaki tidak berpijak di jeti, haluan boleh diubah bila-bila masa atas arahan Markas.

Seperti dirancang, kami sudah merapat di jeti Sandakan. (jeti lama Syahbandar).

Esoknya kami akan menyambut Hari Raya. Persiapan di geladak atas disiapkan secepat mungkin untuk kami boleh berkelepasan ke Bandar Sandakan yang sepelaung jaraknya.

Dalam keseronokan tersebut, desas desus (kami panggil radio karat) yang mengatakan kapal akan belayar balik malam ini.

Untuk menyedapkan hati kami buat dono je. Kabarnya dapat mesej dari Stesen Lima mengatakan petugas mereka sudah menjejak sebuah kapal selam timbul di kawasan berhampiran.

Nama pun kapal perang yang canggih yang mempunyai penderia yang berkaitan dan mampu mengesan objek-objek permukaan, udara dan bawah permukaan, sudahnya pemerintah membuat keputusan speed up ke GSP. Bermakna kami beraya di GSP le sudahnya.

Setelah meronda di kawasan yang dilaporkan kelihatan Kapal Selam timbul (snorkeling) sehingga beberapa waktu (malam), hasilnya tiada apa-apa yang dijumpai (rasionalnya pun takkan kapal selam tu nak tunggu kat situ kan?)

Insiden ini membuatkan CO kami terasa dipermainkan oleh warga Stesen Lima (kot kot depa jeles kami beraya di darat). Untuk memuaskan hati semua pihak dan kuasa yang ada pihak kapal (Kepten vs Lt), satu investivigasi telah dilakukan oleh pihak kapal terhadap warga Stesen Lima.

Petugas radar semasa kejadian itu kebetulan skot aku RDP Roslan (bersara PW2) telah disiasat habis-habisan bagaimana kejadian sebenar termasuk lookout yang bertugas menggunakan night vision google(NVG).

So apa yang aku cerita ini bukan dari versi siasatan oleh pihak pengurusan tetapi versi apa yang aku sembang sendiri dengan beliau selepas kami bertemu di lain ketika.

Roslan menceritakan perkara sebenar apa yang beliau jejaki melalui RADAR TM1226C (Radar yang ada pada masa tu kalau tak silap). Sememangnya beliau menjejaki satu kontek bergerak yang agak lama kemudian hilang(snorkle).

Bila dipastikan dengan NVG, ada satu bentuk seakan-akan tiang yang bergerak. So bila perkara itu dilaporkan kepada CO Stesen Lima, lalu semua warga dirapatkan kepada “Stesen Bertindak” (state one) iaitu stesen Lima bersedia menghadapi segala ancaman di samping melaporkan kejadian kepada Markas.

Dalam sesi siasatan terhadap kemampuan lookout yang menggunakan NVG, KASTURI berada dalam jarak yang sama dengan melakukan aksi-aksi tertentu (seperti jarak mereka lihat Sub malam tu), kemudian dari kapal kami menyoal beliau (lookout) apa yang beliau nampak di geladak atas.

Secara sepontan beliau menyatakan apa yang sedang dilihat sememangnya menepati apa yang aksi sebenar oleh individu yang ditugaskan walaupun suasana malam yang gelap gulita.

Suka atau tidak kami akur dan bahawa dalam tugas, tiada siapa yang main-main atau untuk mengenakan orang lain.

Roslan juga menceritakan sebenarnya dah banyak kali perkara seumpama itu mereka tempuhi dan faktanya kedalam air di GSP mampu untuk kapal selam menghampiri sedekat-dekatnya untuk tujuan perisikan mereka.

Malah pada siangnya pernah sewaktu meronda mereka pernah menjumpai torch light (buatan China) yang tercicir setelah kehadiran mereka disedari.

Diterjah dengan kehadiran kapal-kapal perang negara-negara yang terlibat dengan tuntutan bertindih Spratly adalah menjadi perkara biasa. Walaubagaimana pun mereka tetap bersedia menghadapi ancaman.

Bot-bot kecil nelayan tidak sampai ke kawasan itu melainkan kapal-kapal perikanan Tuna (China) walau bagaimana pun mereka tidak berada di kawasan larangan TLDM.

Satu fakta yang ingin saya kongsi (pengalaman sendiri) ialah berkenaan NVG yang digunakan pada masa itu sememangnya dalam jarak tertentu boleh mengenali sesuatu objek yang dilihat.

Moral of the story ialah sebagai penguatkuasa maritime, sebenarnya kami tiada pilihan untuk mengelak daripada untuk tidak menjalankan tugas bila nafiri perang ditiupkan walaupun sedang merayakan sesuatu perayaan malah.

Semua keseronokan kami tinggalkan termasuk anak isteri dalam pantang dibuaian. Keselamatan kawan-kawan di perbatasan kami utamakan demi negara juga kami rela berkorban.

Leave a comment