08
Sep
09

Menggeledah trawler

Sebenarnya di dalam melakukan evolusi-evolusi di laut samada sebenar atau latihan, banyak bahaya-bahaya yang sedang menanti. Sebagai contoh semasa operasi menggeledah dalam keadaan laut bergelora. Pernah berlaku kaki anggota tersepit di antara tepian bot/kapal yang hendak digeledah.

Semasa di KD SRI SARAWAK khususnya skuadron PC14 yang berpangkalan di Tanjong Gelang Kuantan secara umumnya, memang masak dengan operasi menggeledah ini. OPS CABUT adalah pada asalnya operasi menangkap/menyelamatkan pelarian Vietnam semasa negara mereka dalam krisis sekitar tahun 70an.  Selepas era itu operasi seumpama menjurus kepada pembenterasan pencerobohan nelayan-nelayan asing terutama nya.

Sepanjang pengalaman saya, saban kali keluar beroperasi, mesti akan jumpa bot-bot nelayan Thai yang berada dalam peraiaran Malaysia. Samada sedang menangkap ikan atau sedang ‘survey’, ianya tetap menjadi satu kesalahan.

Kesudahannya setelah di geledah, mereka akan di serahkan kepada pihak Perikanan untuk aduan.  Tetapi sebelum itu ramai orang tidak tahu bagaimana susahnya untuk membuatkan bot-bot tadi menyerah. Ada yang menyerah dengan senang, tapi kalau yang susah, terpaksa berhempas pulas berjam-jam lamanya.

Pernah kami terpaksa menembak ke arah mereka bertujuan untuk menakutkan mereka tetapi jarang berlaku. Sedaya upaya kami kepung sehingga diorang menyerah.  Bila menyerah baru proses boarding berlaku. Evolusi ini agak merbahaya, bukan sahaja keadaan gelombang malah juga awak-awak bot yang digeledah itu bertindak balas semasa kita berada di bot mereka. Memang kita bersenjata tetapi perut pedal orang yang terdesak maklum sajalah.

Satu fakta kenapa mereka sanggup melawan untuk tidak di tangkap oleh pihak berkuasa Malaysia adalah kerana bukan sahaja bot dan hasil tangkapan di rampas bila di dapati bersalah di mahkamah, malah bila keluar dari penjara nanti, tekong bot akan dipersalahkan oleh tauke dan akan menerima ‘habuan’.  Adakalanya tekong yang menyusahkan tauke akan ditamatkan riwayatnya.

Kes ini terbukti dan pernah terjadi ke atas boarding party yang mana semasa mengiringi bot-bot yang ditahan ke Pelabuhan Cendering, mereka bertindak balas sehingga melibatkan kehilangan nyawa.  Untuk sampai ke Chendering mengambil masa yang agak lama tentunya mereka letih dan lalai dan kerana itu memberi peluang kepada OKT bertindak nekad.  Semasa pergelutan, ada krew yang tercampak ke laut, ditawan dan nasib baik dilepaskan bila mereka tiba di negara mereka.  Sejarah ini agak memalukan TLDM tetapi siapa menyangka insiden ini akan berlaku walaupun ‘berpengalaman’ begitu lama dalam operasi ini.  Betul kata perpatah “ Pelandok selalu lupakan jerat tapi jerat tidak pernah lupakan pelandok”.  Sekali lalai dan tidak mengikut standard operation procedure (SOP) semasa melakukan evolusi, maka padahnya memberi kesan seumur hidup.

Hakikatnya semua krew PC14 sependapat mengatakan, kalau keluar OPS CABUT akan membosankan jika tidak kelihatan bot-bot nelayan Thai menceroboh kawasan.  Dengan kata lain jika tidak ada operasi menggeledah, pelayaran akan membosankan sekali untuk menghabiskan masa selama 7-10 hari di laut.  Kalau mengiringi OKT, ada jugak peluang untuk stand off sehari dua.  Boleh mandi dan berehat dari alun yang menyakitkan kepala.

 Sekadar ini dulu….


1 Response to “Menggeledah trawler”


  1. 21/04/2015 at 9:48 am

    Nice post. I used to be checking constantly this blog and I am impressed!

    Extremely helpful info specifically the remaining phase 🙂 I take care of such information a lot. I used to be seeking this certain information for a very lengthy time.
    Thanks and good luck.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: