15
Sep
09

perniagaan kenduri

Antara Dua Budaya Kenduri Perkahwinan

Pada 30 Jun 2009, ada kenduri kahwin depan laman di hati tapi bukan  saya yang empunya kenduri.  Jiran sebelah tu kahwinkan anak dia tapi oleh kerana rumah dia dah tak ada ruangan, maka saya tawarkan supaya khemah tetamu tu dipasang depan rumah saya.  Korang layan je la gambar-gambar ni.

100_3952100_3963

100_3964raja sehari

Kenduri di Kedah

Cerita pasal kenduri kahwin ni, ada beberapa perkara saya nak kongsi terutamanya pasal budaya. Lain negeri lain budayanya.  Kesempatan kali ini saya cuma nak bagitau perbezaan antara budaya perkahwinan dalam konteks pemberian duit daripada tetamu kepada tuan kenduri.  Amalan yang dilakukan di Kedah terutamanya di sekitar Jitra/Alor Setar,  ‘hadiah’ wang tunai yang dimasukkan ke dalam sampul adalah antara RM 2 hingga RM 3 sahaja. 

Budaya ini sebenarnya tidak berganjak mengikut sosio ekonomi semasa yang sudah jauh berubah.  Walaupun harga barang sekarang ini sudah naik berkali ganda namun tidak mempengaruhi masyarakat di sini.  Dia orang “tak apa kita buat kenduri niat sedekah”.  Seperkara lagi panggilan  tetamu tidak terhad kepada ayah/ibu sahaja malah meliputi semua anak-anak yang mana anak-anak cuma makan free sahaja.  Jika ada tetamu luar yang bertandang pada hari tersebut pun turut dijemput sama.  .  Ironinya, bila ibu bapa dah pergi majlis kenduri, memang tidak patut untuk balik memasak kepada anak-anak atau tetamu di rumah. Di sinilah keindahannya amalan ini.

Walau pun koleksi tidak seberapa ( jauh sekali untuk mendapat balik modal) namun majlis ini makin kerap dilakukan samada dengan khidmat PAKAT (persatuan khusus untuk kenduri) maupun sudah ramai yang beralih kepada khidmat catering yang kosnya berlipat kali ganda tingginya. 

Berkaitan belanja hantaran pula, negeri Kedah memang terkenal dengan ‘mahalnya’ (bergantung juga kepada status jawatan si gadis) dan sangat berbeza dengan negeri-negeri lain sejak dari dulu turut transisi mengikut sosio ekonomi semasa.

Kenduri di Besut/Kelantan

Lain pula budaya ini di Besut/Kelantan. Zaman ‘hadiah’ 2/3 ringgit sudah lama berlalu.  Sekarang hadiah kenduri sudah menjangkau sekurang-kurangnya RM 10 untuk ssesuatu kenduri.  Kalau kena musim cuti sekolah sehari ada 3 kenduri…. Parahhhh!!!.  Bila ditanya masyarakat di sini, mereka kata harga barang dah naik, so hadiah juga patut juga ditransisikan.  Pendek kata, di daerah Besut dan yang sewaktu dengannya, kenduri perkahwinan ada kalanya beroleh untung kerana jika ramai dalam kalangan panggilan itu orang yang tidak bermasalah dengan duit, maka ‘hulur’nya akan lebih besar lagi apatah lagi tuan punya kenduri adalah kenalan rapatnya.  

Sebenarnya perkara ini tiada siapa yang menaik atau menurunkan cuma perkara ini di fahami dengan sendiri kemudian menjadi ikutan atas dasar ‘malu alah’ di dalam masyarakat dan seterusnya menjadi satu budaya.  Saya juga difahamkan bahawa panggilan juga tertumpu kepada ibu/bapa sahaja dan tidak menyeluruh kepada semua anak pinak yang ada. Lain padang lain belalang sekali air bah sekali pasir berubah.

Apapun natijahnya adalah untuk menyatukan dua jiwa menjadi satu ikatan yang dinamakan perkahwinan yang turut sama melibatkan dua keluarga yang mana jika dijaga pertaliannya menjadi satu empayar yang besar. Inilah hikmah perkahwinan dalam Islam.

PS:/Jika anda ada input tentang budaya kenduri dinegeri masing-masing boleh kongsi melalui ruangan komen. Terima kasih.


5 Responses to “perniagaan kenduri”


  1. 1 ainan
    16/09/2009 at 11:42 am

    kalu nak wat kenduri kawen ni 10ribu-15ribu perlu stanby

  2. 2 cikgu eaizan
    16/09/2009 at 10:25 pm

    masa nak kahwin dulu…awal-awal saya dah bagitau mama saya taknak ‘ngele’. saya memang taknak memberatkan orang yang hadir ke majlis saya. dan semua adik-beradik saya pun begitu setakat ni. memang sebenarnya ada baiknya amalan ‘ngele’ ni – menifestasi semangat tolong menolong dalam masyarakat kampung pada asalnya. kalau tak silap saya, pada asalnya dulu-dulu kalau ada keluaga dalam kampung tu nak adakan kenduri kahwin maka berpakatlah penduduknya membawa bahan-bahan masakan sumbangan masing-masing. kemudian, zaman berubah, lebih senang sumbangkan wang sahaja. Tapi dari satu segi yang lain pula, sekarang ni, mungkin membebankan jemputan pula terutamanya jika musim orang berkahwin.

  3. 29/09/2009 at 12:46 am

    skrg ni majoriti dah ramai org tak buat sistem ‘ngele’ ni…sbb tu la apabila dapat je kad jemputan kahwin, orang akan tanya…. “majlis kesyukuran” or ” majlis perkahwinan”……tp bg kuarga yg agak ‘susah’…mmg akan ‘ngele’ walaupun anak ada 10 or berkali2 kenduri…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: