22
Sep
09

Laksam – juadah trade mark

Laksam – Juadah trade mark di Aidilfitri

Bila ada rumah sendiri pastu duduk di kampong pulak tu kena buat la sikit sebanyak juadah untuk tetamu-tetamu datang beraya.  Juadah merupakan ‘seri’ iringan untuk tetamu-tetamu samada berupa variasi biskut ataupun menu special. 

Menjadi tradisi di kampong kami, bagi sesetengah jiran tu ada trade mark sendiri di dalam menyediakan menu ujtama ( buffet) setiap tahun seperti laksa, nasi beriani, bihun sup, nasi tomato, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya tertakluk kepada budaya masakan negeri masing-masing. Bagi tetamu-tetamu yang ‘terasa’ ingin menjamu juadah kegemaran, mereka akan memilih rumah mana yang akan mereka kunjungi terlebih dahulu.

Bagi kami yang baru bermastautin di kampong ini, terpaksa mencari kelainan sebagai juadah trade mark yang mana belum lagi disediakan oleh jiran-jiran lain. Konsepnya bukanlah besar sepertimana rumah terbuka yang mana tetamu diwar-warkan terlebih dahulu.  Walaupun konsepnya adalah sederhana (first come first serve) namun agak boleh menampung untuk tetamu yang datang beraya di hari pertama yang datang secara spontan tanpa dijemput (berkunjung di hari raya tidak perlu dijemput).

Biasanya yang suka menjamu selera dengan menu utama ini adalah orang-orang dewasa atau kanak-kanak yang datang bersama keluarga.  Bagi kanak-kanak yang datang bersama kawan-kawan, mereka preferred duit raya kerana masing-masing sudah kekenyangan.

Pendek kata tuan rumah akan berada di rumah sepanjang hari pada hari tersebut untuk menanti kemungkinan kedatangan tetamu pada bila-bila masa. 

Dipendekkan cerita, tahun ini (2009), orang rumah mendapat sentuhan baru di dalam menyediakan juadah utama yang belum lagi dijadikan trade mark oleh jiran lain iaitu LAKSAM (modified).  Nampaknya menu ini boleh diterima ramai walaupun menu ini tidak begitu meluas pehidangannya di sebelah utara kerana menu ini asalnya dari pantai timur. Percampuran budaya permakanan sudah agak menular dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia membuatkan ‘selera’ kenegerian sudah mula ditransisikan. Namun masih ada lagi sebilangan yang masih ortodoks.  Kata mereka “tak reti makan”.

Walaubagaimanapun orang kata puasa sebulan, hari raya pun sebulan maka sepanjang syawal akan ada tetamu-tetamu jauh akan datang beraya.  Mereka-mereka ini akan di jamu khusus dengan juadah-juadah ala-carte. Pendek kata semangat raya tidak berseri jika tidak disertakan dengan jamuan. Allahuallam.

hidangan menunggu tatamu

dan

mar

adik

1 Response to “Laksam – juadah trade mark”


  1. 25/09/2009 at 1:44 am

    laksam?? sodap tu…semenjak ila/yuyaa mula ‘berpantang’ ni…mmg laksam la jd pilihan…laksa tu kalau dah takde laksam…leh la..itu pun yg kuah lemak la…kalau penang nye..kalau takde ‘belacan’ lam tu…makanle…tapii…ada ke kuah yg tak ltk belacan????…waaaaaaaaaaaaaaaaa

    amboiiii…gamabr tu jugak yg diletaknyer..huhuhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: