22
Sep
09

sms raya terpilih

EVOLUSI  UCAPAN HARI RAYA RAYA

 Teman saja nak berkongsi dengan kome, di saat-saat menjelang hari raya ramai rakan taulan teman yang menghantar sms semata-mata untuk ucap selamat hari raya. Zaman IT ni serba mudah jika disbanding dengan dulu-dulu, segala ucapan akan dizahirkan melalui kad raya. Itupun berapa la sangat boleh hantar kerana renyah dengan nak beli kad pastu nak tulis, nak cari setem baru boleh pos.  Kalau terlewat POS tak mau terima pulak dah…Jadi keutamaannya hanya tertumpu kepada yang special sahaja.

Dengan teknologi IT dan telekomunikasi, pengguna boleh menghantar dengan cepat dan boleh perbagaikan ucapan mengikut kreativiti masing-masing.  Kalau yang tak reti nak bermadah seloka atau yang malas nak menulis sms, ambil jalan mudah dengan memfowardkan sahaja sms yang kreatif orang lain kepada yang dituju. Cara ini lah yang teman buat kerana teman juga tersenarai dalam golongan orang yang malas nak menaip sms panjang-panjang kerana kecepatan menaip teman macam kura naik tebing.  Walaupun teman terima sms ucapan dengan pantun seloka yang panjang, teman cuma mampu reply dengan “sama2”. 

Dalam banyak-banyak sms ucapan yang teman terima, di bawah ini adalah di antara sms-sms yang teman pilih yang agak kreatif untuk sama-sama kita hayati.  Ayat yang sama juga teman terima dari banyak individu yang berlainan. Maknanya konsep forward ini sangat mudah dan cepat.  Siapa yang mula-mula create tak tahu la pulak teman… lantak la asalkan deme bahagia.

handset ke 3 dengan simcard yang pertama.
handset ke 3 dengan simcard yang pertama.

 http://en.wikipedia.org/wiki/Motorola_SLVR_L7#SLVR_L7_Phone_specifications_and_features

 

SMS 1 – versi peringatan

Pejam celik pejam celik dah 29 hari pose. 

Makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa.

Sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala.

Sebelum pejam tak celik-celik, harap maaf jika tersalah kata terlanjur bicara.

 

SMS 2- Versi perumpamaan

SAHABAT bukan macam papan skate

Belum main gilap, dah main pijak

SAHABAT bukan macam bola sepak

Belum dapat kejar, dah dapat tendang

SAHABAT bukan macam Bulu Tangkis

Belum main pegang, dah main pukul….

SAHABAT ibarat macam Bola Ragbi,

Belum dapat rebut, dah dapat lindungi

SHABAT macam Jari,

Lukanya sembuh sendiri tapi hilangnya tiada ganti…

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Maaf Zahir Batin.

 

SMS 3- Versi perumpamaan

Biar kulit segelap AMOND LONDON, asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT

Biar iman sekental DODOL, jangan senipis REMPEYEK

Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA

Senyumlah semanis WAJIK, asalkan aidilfitri yang disambut lebih bermakna.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..

 

SMS 4- versi merendah diri

Dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI

Dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA

Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

 

SMS 5 versi merendah diri

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa

Dalam bergurau mungkin terlanjur senda

Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa

Jika ada…

Kemaafan jualah yang aku pinta

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

Minal aidil walfaizin

 

SMS 6 versi merendah diri

Tersilap KHILAF dalam candaku

Tergores LUKA dalam tawaku

Terselit PILU dalam tingkahku

Tersinggung RASA dalam bicaraku

Semuga segalanya diampuni

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir Batin

 

SMS 7- versi alasan

Tungu-tungu rayo dah dokek

Baka lomang robuh ketupek

Nak anta kat rayo dah tak sompek

Anta sms jo yang copek

SELAMAT HARI RAYA

Maaf Zahir Batin

Apa pun variasi sms yang mike terima atau hantar, semuanya adalah menjurus kepada ingatan tulus ikhlas walaupun cuma berhubung setahun sekali.  Bermakna silaturrahim sebenarnya masih wujud walaupun berjauhan. So pesan teman kepada mike semua, kalau tukar nombor telepon tu, khaborkan la nombor yang baru supaya di masa memerlukan kita tak teraba-raba mencari.  Mana la tau kan kot-kot nak panggil makan kenduri senang.

Kalau mike ada lagi vesrsi-versi sms ucapan raya yang agak kreatif nak kongsi dengan pengunjung, sila-sila le post kat ruangan komen. Ok jumpa lagi di lain entry….


0 Responses to “sms raya terpilih”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: