06
Oct
09

trend tema bertema

TREND TEMA BERTEMA

Saya suka memerhati gelagat masyarakat sekeliling dari pelbagai gaya hidup samada dari segi berpakaian dan segala aktiviti kemanusiaan yang lain yang mana transisi dari satu keadaan kepada suatu keadaan mengikut zaman.

Jika coretan saya yang lepas berkisar kepada budaya kenduri kahwin, kali ini masih dalam suasana yang sama tetapi dalam dalam skop yang berbeza.  Kali ini nak bersembang sedikit tentang pakaian pengantin dan ahli keluarga. Diperhatikan sejak beberapa tahun yang lalu, masyarakat kampong juga sudah mula menerima satu perubahan yang pada mulanya sering dibuat oleh golongan berada iaitu majlis yang bertema atau berkonsepkan sesuatu.

Biasanya hanya pengantin sahaja yang berpakaian sedondon dengan tema warna pilihan hati tetapi mutakhir ini tema bertema dalam berpakaian ini sudah menular kepada kaum keluarga yang mengadakan majlis.  Biasanya kaum keluarga yang rapat-rapat ini akan memakai fabric dan warna yang sama mengikut tema majlis. Dari semua hiasan seperti lansir, hiasan pelamin dan lain-lain menjurus kepada warna yang serupa. Jadi tanpa diperkenalkan pun pengunjung sudah tahu individu yang memakai warna sekian-sekian yang menyerupai dalam kalangan mereka, sudah tentu ada kaitan kekeluargaan.

Cuma agak berbeza kemugkinan kostum yang bertema khusus dengan majlis itu ditaja oleh seseorang atau tidak adalah bergantung kepada kantong empunya majlis.  Ada yang semuanya ditaja dan ada yang kena keluar duit sendiri.  Walau apapun caranya, mereka kelihatan gembira kerana dapat sama-sama menjayakan majlis walimatulurus dengan satu semangat kekeluargaan.

Konsep ini sudah mula diterima pakai secara meluas bukan sahaja dibandar malah juga di kampong-kampong.  Ini bermakna masyarakat kita amat peka kepada perubahan dan jika diikut perubahan maka akan dikatakan kolot dan tidak mengikut perkembangan zaman.

Kesimpulannya apa yang saya nak kongklusikan ialah sebenarnya masyarakat kita sudah ada duit dan mampu untuk berkenduri samada secara gotong royong dan sudah ramai menerima catering dan mampu bertema-tema dan berkonsep-konsep lagi.

Sekarang sudah sudah ada yang mulakan trend baru iaitu pakaian untuk menyambut hari raya pun sudah bertemakan warna-warna tertentu.  Jadi semua keluarga akan memakai fabric yang berwarna serupa dalam suasana beraya….

P/s: Aku baju raya pun tak beli, mana mungkin boleh ikut trend tema bertema ni…. aduhai….


2 Responses to “trend tema bertema”


  1. 1 cikgu eaizan
    07/10/2009 at 7:27 pm

    pakaian bertema tapi bukan pasal kenduri…tapi pasal berkaitan raya (hehehehe)

    bila fikir sikit, orang macam pakcik ni beruntung juga pasal kahwin ngan orang jauh dari kampung laman pakcik. dan kerana jauh tu maka raya puasa memang ikut giliran.

    jadi apa kaitan ngan pakaian bertema ni? ye lah, macam tahun ni pakcik sekeluarga beraya giliran sebelah makcik, jadi pakai aja pakaian bertema raya tahun lepas tu (raya tahun lepas kat kelantan). orang sini memang tak tau pun baju raya kitaorang sekeluarga yang bertema hijau tu sebenarnya baju raya tahun lepas. so, baju raya bertema baru valid untuk 2 kali raya…hahahahahaha

    sapa kata susah kahwin ngan orang jauh-jauh ni? itulah antara kelebihan yang berkaitan ngan pakaian bertema ni….hehehehe

    • 2 lamandhati
      14/10/2009 at 9:35 am

      apapun pakcik adalah adalah seorang yang mengikuti perkembangan zaman. tema bertema la jugak. jika dibandingkan dengan saya yang keseluruhannya TANPA tema.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: