02
Nov
09

Check wheel

Baru ada kesempatan  menulis  dan membuat entry di atas sebab-sebab kesibukan dan masalah teknikal personel computer.

Bila membaca berita di akhbar  tentang Pegawai Memerintah kapal selam pertama Negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dinaikkan pangkat ke kepten baru-baru ini, teringat penulis pada satu ketika bersama beliau di KD KASTURI sekitar tahun 80an. Waktu itu beliau  masih Pegawai Kadet Kanan (PKK). Tahniah tuan.

Semasa saya on radar watch di dalam CIC di dalam suatu pelayaran di laut lepas.  Beliau juga on watch sebagai 2nd officer on the watch (OOW) di anjungan.  Tiba-tiba beliau menerjah masuk ke CIC dengan ketawa macam nak pecah perut.  Saya dan beberapa orang CIC crew terpinga-pinga dengan gelagat beliau.

“Apa kena tuan ni?” saya ingin tahu.  Bila gelihati nya hilang baru dia mula bercerita tentang apa yang berlaku di anjungan sebentar tadi.

Dalam pelayaran di laut lepas (open sea), dengan sesuatu course yang panjang sebenarnya tidak banyak pengendalian wheel dilakukan maka dikala itu OOW sering terlupa haluan yang sedang dipandu.  Tindakan yang paling mudah ialah dengan terus bertanya kepada Quarter Master (pengendali Wheel) bertugas apa haluan yang sedang dipandu berdasarkan arahan terakhir OOW. Untuk bertanyakan haluan yang dipandu, adakalanya OOW suka menggunakan control order dalam naval term.

“Quarter master !. CHECK WHEEL!” Tanya OOW kepada Zainal PJT yang sedang bertugas sebagai QM.  Zainal tanpa berfikir panjang terus menggoncang wheel yang sedang dikawal.

“Wheel ok tuan!”… Zainal memberi respon.

“Maksud saya, berapa haluan yang sedang kamu pandu sekarang!… bukan saya suruh kamu periksa steering kapal tu!”…… apa lagi, seluruh anggota yang berada di anjungan, masing-masing ketawa bagai nak rak.  Manakala PKK Zulhelmi terus menerjah CIC untuk berkongsi cerita kelakar dengan kami .  Kalau di CIC nak gelak guling-guling pun boleh kerana Cuma anggota RDP sahaja yang ada di masa normal rutin pelayaran .

Moral of the storynya ialah samada PJT Zainal sememangnya tidak tahu control order tersebut atau dia sedang berhayal semasa bertugas.

Catatan:

Quarter Master – semasa dalam pelayaran ia bertindak sebagai jurumudi dan semasa di pelabuhan mereka menjaga gangway kapal.

Bosun Mate– semasa pelayaran ia bertindak sebagai lookout dan semasa di pelabuhan sebagai pembantu QM.


0 Responses to “Check wheel”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: