30
Dec
09

Awas !!! tipu daya alam siber.

Saya sebenarnya tidak selalu membuka emel kerana kadang-kadang tidak mempunyai kepentingan sangat  maka ada kalanya segala berita yang dihantar kepada saya tidak akan mendapat perhatian segera.

Berdasarkan emel di bawah yang saya terima pada 11 Nov 2009 oleh seorang teman yang saya kenali (Mej Nor Ibrahim) tetapi saya mengetahui berita ‘kesusahan’ beliau setelah membuka emel tersebut pada pertengahan bulan Dis 2009.  Saya agak terkejut tetapi tidak terus menghubungi beliau kerana pada anggapan saya beliau sudah pun kembali ke tanah air setelah selang masa hampir sebulan daripada tarikh emel yang saya terima.

Hari ini (30 Dis), hati saya tergerak untuk bertanyakan keadaan sebenar peristiwa yang berlaku lantas saya terus menalipon beliau di rumah.

Sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku ke atas Mej Nor seperti mana yang dinyatakan di dalam ‘emel’ beliau.  Beliau tidak pernah pun ke luar negara pada masa tersebut dan sudah tentu ‘peristiwa’ tersebut tidak berlaku.

Apa yang berlaku ialah….. emel yang saya terima tersebut adalah dari hacker yang menyamar sebagai Mej Nor dan ‘mereka cipta’ scenario tersebut untuk keuntungan peribadi.  Dia telah menghantar ‘permintaan’ ini kepada semua kenalan Mej Nor yang tersenarai di dalam list emel beliau.

Akibatnya ramai kenalan dan saudara mara Mej Nor menghubungi beliau untuk bertanyakan keadaan sebenar. Rupa-rupanya ini kerja  hacker.  Bagaimana hacker ini boleh access emel Mej Nor?  Sedangkan paswordnya hanya beliau seorang saja yang tahu?  Untuk mengetahuinya kita tunggu respon dari Mej Nor apa yang dia telah buat sebelum ini terhadap emel beliau.

Semuga semua pembaca dapat pengajaran dari peristiwa ini untuk lebih berhati-hati di alam siber.

Terima Kasih.

………………………………………………………………….

It’s Urgent…

11/11, 11:29 AM

From: nor ibrahim sulaiman <nibsny@yahoo.com>
To: nibsny@yahoo.com

Assalamualaikum,
Hope you get this on time? Sorry I didn’t inform you about my trip to the UK  for a program. I am having some difficulties here because i misplaced  my

wallet on my way to the hotel which contained some cash and some other valuable things. Presently, my passport and my things are been held down by the hotel

management pending when i make payment.

I will like you to assist me with a loan of $1,615 to sort-out  my hotel bills and to get myself back home. I will appreciate whatever you can afford to

assist me with, I will Refund the money back to you as  soon as i return, let me know if you can be of any help? ASAP.
I currently don’t have a phone where i can be reached.

please let me know immediately.

Regards,
Mej Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B)


2 Responses to “Awas !!! tipu daya alam siber.”


  1. 31/12/2009 at 2:21 pm

    Pembaca,

    Awaslah apabila anda menerima e-mel dari ‘Yahoo’ untuk mengemaskini butiran e-mel anda. Saya menerima notis yang memberitahu bahawa akaun saya dengan Yahoo akan ditutup dalam masa seminggu sekiranya saya tidak mengemaskinikan butir-butir peribadi saya, seperti kata laluan (password).

    Memikirkan ini bukannya akaun bank dan tidak terbayang oleh saya apa yang akan terjadi, saya telah melakukan sepertimana yang dikehendaki. Selang dua tiga hari, saya tiada akses kepada Yahoo- e-emel, dll. Tanpa pengetahuan saya, kesemua ‘contacts’ e-mel saya menerima ‘SOS’ dari saya yang kononnya saya terkandas di London. Saya hanya mengatahui ‘kesusahan’ saya ini apabila adik menalipon dari Taiping. Malah, pak saudara dari Tokyo dan sahabat di Singapura menalipon menanyakan apa yang saya perlukan.

    Saya terpaksa membuka akaun dengan gmail untuk memberitahu kenalan yang saya ingat alamat e-mel mereka.

    Apa yang anda perlu awasi…Janganlah memberitahu password anda. Dan, ‘delete’ semua e-mel sampah, seperti menang berjuta-juta US$. Sekiranya ada klik untuk melihat e-mel tersebut, anda telah ‘mengekposkan’ butir peribadi anda.

    “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010”

    • 2 hamzah
      31/12/2009 at 3:03 pm

      Terima kasih saudara Nor Ibrahim kerana sudi berkongsi pengalaman berkaitan fraud di alam siber. Saya sendiri pun banyak kali menerima emel kononnya drp yahoo service supaya menukar pasword ‘konon’nya untuk security. Jangan lupa jika anda juga mempunyai akaun internet banking seumpama maybank 2u perlu berhati2 apabila menerima emel supaya melakukan sesuatu. Lebih baik rujuk kepada pihak bank terlebih dahulu sebelum anda kehilangan wang dalam sekelip mata….
      SELAMAT TAHUN BARU 2010.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: