07
Jan
10

Suatu pagi di warung kopi

lokasi: kampong paya chegar, Jitra

Mereka dari kalangan petani. Warung kopi adalah tempat mereka beriadah, bersembang sambil bersarapan pagi.

Di wajah mereka tiada gusar bergelak ketawa bila dicuit dengan senda gurau.

Di hati mereka hanya tuhan yang tahu.  Untung nasib padi musim ini sejauh mana akan menjadi setelah bersusah payah menentang musuh gondang emas durjana sampai ada yang menabur dua kali.

Padi hampir masak kala ini setelah memerah keringat dan wang untuk membaja, meracun dan membisik kepada musuh-musuh padi seperti tikus, bena perang.

Rehat pagi dan petang mereka datang lagi berulang-ulang kali, minum adalah semesti namun membayar belum pasti antara sempat atau tidak.  Rata-rata mereka ini pemurah dengan senyuman dan wang ringgit.  Membayar semuanya yang sedang di meja menjadi terbiasa.  Wang ringgit apa nak berkira kata mereka.  Bersedekah akan ada ganjaran lebih banyak dari Allah.  Itu i’tiqad mereka.

Warung ini adalah warung orang kampong.  Harga murah adalah sedekah. Biarpun untungnya tidak mewah tetapi mudahnya sepadan dengan kudrat.

Dapur ini adalah harapan mereka, mengharap seteguk air setelah penat di sawah.  Bila buka mereka megah. Bila tiada mereka marah. Tanpa dapor ini mereka tiada idea untuk bermuzakarah.  Tea tarik, tea ais, kopi sudah menjadi lumrah…

Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuewteow goreng adalah juadah. mereka sental sebelum atau selepas ke sawah. Pasal harga depa tak kisah. Janji ada sudah..

Kampong ini lubuk kuih muih tradisional.  Jiran tetangga punya kerja.  Cucuq keria, cucuq badak, karipap, buah melaka, donat, abuk-abuk, tepung talam, pulut sekaya, kuih proton, kuih  sagu dan macam-macam lagi. Asalkan anda ada selera, semuanya sedap-sedap belaka.

Bukan sekadar untuk hidangan kedai kopi malah untuk tempahan pun diterima.

Sekian adanya.


9 Responses to “Suatu pagi di warung kopi”


  1. 08/01/2010 at 3:50 pm

    tudia…..buat telioq la tgk mee goreng mama tuh..tringat laksam mama yg mebelesss…..
    mama…tunggu kami balik!

  2. 23/01/2010 at 8:20 pm

    nak kueh coq badak…favourite tuuuu

  3. 4 azmi
    01/04/2010 at 11:07 pm

    mana aci…! muka aku x dak pun… aku pun reguler coustemer juga kat warung mak lang & pak lang ni. tapi apa-apa pun, tempat ni memang ‘port’ yang baik… selagi ahli-ahlinya berlaku baik, bercakap dan berbincang perkara yang baik-baik.. insyaallah

    • 5 hamzah
      02/04/2010 at 10:35 am

      woit skot… hang ada berukband tu jangan la buat pekasam. manfaatlah internet untuk silaturahim dengan skot2 yang berada di serata dunia tu..

  4. 6 nyamm..
    16/04/2010 at 5:26 pm

    malay delicacy😀 yumm..🙂

    salam dari Indonesia🙂

  5. 7 ainan
    12/06/2010 at 12:04 am

    kuih proton??kuih tradisi ke kuih moden..kuih toyota or kuih nissan xda ka…:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: