22
Jan
10

Khatib tidak membaca ‘Ittakullah’ – Rukun Khutbah

Senario

Hari ini 22 Jan 2009 bersamaan 06 Safar 1431 hijriah ,seperti biasa (jika tiada hal di luar) saya akan bersembahyang di sebuah mesjid yang saban minggu saya hadiri malah sering juga menjadikan mesjid ini tempat menimba ilmu.  Saya pilih mesjid ini sebagai tempat saya berjumaat (walau pun bukan kariah saya) adalah bukan bersangkutan dengan fahaman politik tetapi lebih menjurus kepada khatibnya yang saban minggu bertukar ganti yang pastinya membawa mesej dan rentak yang berlainan dan tentunya tidak jemu dan tidak mengantuk semasa mendengarnya.

Sepanjang bertahun-tahun saya berjemaah di sini tidak pernah berlaku situasi seperti hari ini di mana selesai sahaja Khatib membaca khutbah, tidak semena-mena meluru seorang jemaah menggunakan mikrofon dan mengumumkan khutbah sebentar tadi tidak sah kerana tidak menepati rukun khutbah.  Alasan beliau ialah khatib telah tidak membaca “Ittakullah” semasa khutbah kedua.  Lantas beliau menganjurkan supaya Solat Jumaat ini digantikan dengan Solat Zohor.

Dalam pada itu mendengar suara kedua di mikrofon “ Memang khatib tidak menyebut ‘Ittakullah’ tetapi kahtib ada menyebut ‘takut kepada Allah’ yang memmbawa maksud yang sama di dalam bahasa Malaysia. Kita bertawakkal kepada Allah dan teruskan solat Jumaat”

Akhirnya solat Jumaat diteruskan dengan berimamkan seorang jemaah yang lain.  Menurut jemaah yang berada berhampiran, jemaah yang menegur tadi mufarrakah dalam jemaah ini.

Tujuan

Tujuan saya menyiarkan senario ini adalah supaya jika ada di antara pembaca blog ini yang arif tentang pemasalahan ini boleh berkongsi komentar demi maslahat umah.

Tidak terniat di hati saya untuk mengaibkan sesiapa dalam siaran ini. Allahuallam.


4 Responses to “Khatib tidak membaca ‘Ittakullah’ – Rukun Khutbah”


  1. 1 hamzah
    22/01/2010 at 5:52 pm

    sudah ada isu seumpama di malysia. sila ikuti apa kata penulis blog di bawah.

    http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/12/ittaqullah-bukan-rukun-khutbah-jumaat.html

  2. 22/01/2010 at 5:59 pm

    Salam saudara.. hanya menurut pandangan serta ilmu cetek saya ini. “ittakullah” bermakna takutlah (kamu) kepada Allah. tidak salah andai dipetuturkan walau dalam bahasa apa jua.

    Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila umatku telah membuat 13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka itu:

    1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
    2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
    3) Zakat dijadikan hutang.
    4) Suami yang taat pada isteri.
    5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
    6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
    7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
    8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
    9) Ramai lelaki memakai sutera.
    10) Artis-artis disanjung tinggi.
    11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
    12) Banyak jenis muzik dimainkan.
    13) Dan generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu”

    – riwayat At-Tirdmizi

  3. 04/02/2010 at 9:57 am

    persoalan anda telah dijawab oleh saya di laman saya, terima kasih mengunjungi blog saya dan bertanya masalah agama

  4. 4 hamzah
    04/02/2010 at 10:37 am

    terima kasih saudara bujang dan juga ustaz nor amin dengan respon tuan. semuga setiap ilmu sama2 memfaatkannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: