24
Jan
10

Tak tumbuh tak melata

Penambahbaikan sistem di dalam pengendalian kaunter-kaunter pelanggan jabatan kerajaan nampaknya sudah banyak berubah dan ada yang berkesan namun masih ada yang kurang berkesan dari segi kepantasan proses.

Bukan salah sistem atau pelanggan terlalu ramai tetapi kadangkala sikap pengendali kaunter itu sendiri yang tidak peka dan ambil mudah .  Mungkin dengan menampal ungkapan ” Bersabar itu sebahagian daripada iman” akan mengendurkan keresahan pelanggan menunggu giliran yang tidak muncul-muncul.

Jam 0944 giliran  elektronik saya bernombor 4028 . Kaunter penyerahan KP menunjukkan angka yang sedang dilayan adalah 4026.  Dalam saya menunggu sudah setengah jam berlalu kaunter 4 tidak digunakan untuk penyerahan KP tetapi membuat proses membuat KP baru.  Sedangkan di kaunter 4 (penyerahan KP) ada pelanggan yang menunggu untuk mengambil KP  yang jika di buat hanya memakan masa beberapa minit sahaja. Tidak salah untuk menggunakan kaunter tersebut untuk urusan lain tetapi pastikan tiada pelanggan yang menunggu untuk urusan yang cuma memerluakn beberapa minit saja.

Akhirnya saya berjaya juga mendapatkan KP anak  saya setelah menunggu lebih kurang satu jam padahal cuma ada satu no pelanggan sahaja sebelum saya.

Di mana silapnya sistem ini.?


2 Responses to “Tak tumbuh tak melata”


  1. 25/01/2010 at 9:32 pm

    Sila baca coretan saya bertajuk “Kerenah Birokrasi”.

  2. 03/03/2010 at 11:59 pm

    sy penah alami perkara yg sama, cuma di kaunter di jabatan yang berbeza…menunggu sehingga 2 jam lamanya hanya kerana nak mendapatkan satu perkhidmatan sahaja..dari kesabaran yg hampir pudar …walaupun dok dalam aircond terasa bahangnya sampai ke kepala..erm..bila agaknya perkara ni boleh berubah dan diubahkan?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: