04
Feb
10

Pokok Nasi adalah senjata strategik

Nasi adalah makanan asasi rakyat Malaysia. Bermula dari bijirin yang dinamakan beras yang terbit dari pokok padi yang merupakan hasil komoditi petani yang sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan hasilnya. Bukan mereka tidak pandai mencari kerja lain tetapi pekerjaan tradisi ini adalah merupakan amanah besar yang harus dilunasi bukan sahaja untuk menyara keluarga sendiri malah negara akan menjadi huru hara dan boleh diistihar darurat jika ketiadaan beras untuk menghasilkan nasi.

Oleh kerana itu kerajaan terpaksa mengawal bekalan beras dalam negara supaya tidak kehabisan Atas dasar itu kerajaan terpaksa memberi subsidi wang, baja, racun dan sebagainya malah juga insentif kepada petani yang mendapat hasil yang tinggi.

Jika tidak dengan harga jualan padi semasa tidak mampu untuk menanggung kos penanaman sehingga penuaian. Walaubagaimana pun jika dihitung, satu golongan lain iaitu pemborong/pengilang mendapat pulangan perniagaan yang berlipat ganda hasil usaha yang dicetus oleh petani.

Natijah kepada kitaran ini petani kembali membeli hasil usaha mereka dengan harga yang berlipat kali ganda daripada peniaga. Tanah sawah merupakan tanah warisan nenek moyang yang diwarisi dari generasi kepada generasi. Tanah warisan ini tidak selamanya selamat diwarisi.

Sampai satu peringkat ianya bertukar tuan dan bertambah mengaibkan jika warisan ini bukan menjadi legasi peribumi. Tanah warisan ini juga tidak selamanya menjadi sawah malah sudah berapa banyak sudah ditebus guna untuk mendirikan bangunan-bangunan kediaman dan perniagaan. Bermakna hasil beras negara semakin kurang dan terpaksa diimport dari luar untuk keperluan domestik.

Kesimpulan dari coretan ringkas ini ialah kerana padi banyak kemungkinan-kemungkinan telah berlaku. Ada yang telah menjadi jutawan, ahli koperat dan sebagainya tetapi tuan tanah padi masih mengharapkan subsidi untuk mengerjakannya jika tidak padi tidak mungkin boleh di tanam kerana manipulasi harga jentera pembajak, meracun, menuai dan masalah serangan penyakit yang sentiasa memerluakan penjagaan rapi sepanjang masa. MAKA lihatlah sumbangan petani kepada negara supaya beras tidak menjadi senjata strategic untuk dimanipulasikan.


0 Responses to “Pokok Nasi adalah senjata strategik”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: