29
Mar
10

Bukan Salah Kopiah/Lebai

Terjemahan perkataan ‘Lebai’ mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua adalah gelaran bagi orang yang mengetahui hal-hal agama atau orang yang taat kepada agama.  Manakala terjemahan ‘Kopiah’ dari Kamus yang sama pula bermaksud tutup kepala (untuk orang lelaki) yang dibuat daripada kain tebal, baldu dan sebaganya.

‘Lebai’ lebih dikenali di negeri-negeri sebelah utara Malaysia manakala negeri-negeri sebelah Pantai Timur Malaysia lebih popular dengan panggilan kopiah.  Malah ada juga yang memanggil KETAYAP. Kaitan bagi ketiga-tiga perkataan ini adalah ianya menjadi satu nama bila mana seseorang yang memakai atau menutup kepala dengan kopiah secara konsisten (tidak lekang di kepala) ia kebiasaanya boleh dianggap seorang yang berilmu.

Biasanya lebai/kopiah ini tidak terhad kepada warna putih sahaja kerana trend mutakhir diperagakan dengan warna warni samada dibuat di dalam negeri atau diimport dari luar seperti China, Filipina, India malah juga dari negara Timur Tengah. Harganya juga pelbagai dan penggunaanya bergantung kepada penampilan si pemakai.  Bukan bermakna yang ‘alim’ atau berilmu dari sudut ugama memakai yang mahal tetapi menjurus kepada kemampuan dan ‘niat’ seseorang yang kononnya kelihatan lebih gah jika memakai jenama yang berkualiti yang tentu mahal harganya.

Fokus sebenar pembicaraan topik ini adalah bukan untuk membeza-bezakan jenama, harga dan buatanya tetapi lebih kepada ‘kenapa ianya dipakai dan bila waktu yang popular ianya dipakai oleh individu masyarakat.

Tujuan Dipakai

Pada dasarnya lebai/kopiah ini dipakai ketika bersolat dengan tujuan supaya juntaian rambut di dahi tidak menghalang dahi dari mencecah lantai ketika bersujud.  Di luar solat, hukum pemakaiannya adalah sunat kerana menutup kepala waima dengan apa sekalipun melainkan topi yang bersudu kerana ada riwayat yang mengharamkan. Jika sipemakai memakai kerana ikut-ikutan pun masih mendapat pahala sunat dan jika seseorang yang memakai dengan pengetahuan (ilmunya) maka dapat lagi satu pahala.

Hasrat sebenar penulis membicarakan topik ini adalah kerana ramai di kalangan masyarakat kita yang berugama Islam memakainya dengan gaya dan gelagat yang tersendiri (walaupun penulis tidak tahu niat sebenar si pemakai) namun dari pergaulan seharian, tidak susah untuk meneka atau mengklasifikasikan keperibadian mereka-mereka yang memakainya.

Adapun pada lazimnya pemakaian lebai/kopiah ini selain daripada untuk bersolat adalah tertumpu kepada beberapa situasi:

-Memakai ketika kerana menghadiri majlis-majlis keugamaan seperti ceramah ugama, tahlil dan sebagainya.

-Memakai ketika menziarahi orang mati atau orang sakit.

-Memakai ketika berkenduri atau menghadiri jemputan kenduri.

-Memakai sepanjang masa kerana untuk menyatakan keinsafan kemungkaran masa lampau (walupun umurnya masih muda).

-Memakai sepanjang masa kerana bertitle HAJI setelah menunaikan Fardhu Haji atau Umrah di Mekah.

-Memakai sepanjang masa kerana untuk menyatakan keinsafan setelah mencecah umur yang dikategorikan tua seperti 50an ke atas.

Fenomena Yang Mendukacitakan

Pada dasarnya penulis tidak merasa skeptikal langsung terhadap orang-orang yang memakai lebai/kopiah ini selagi ianya berdasarkan ilmu dan amalan seharian mereka yang menjaga dan menjunjung kemurnian lebai/kopiah di kepala mereka sebagai syiar Agama Islam.  Namun apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang ‘membudayakan’ pemakaian  lebai/kopiah ini langsung tidak peka bahawa syiar yang dijunjung di kepala mereka tidak selari dengan amalan atau perbuatan-perbuatan seharian mereka yang merosakkan nama baik Islam keseluruhannya.  Sebagai contoh:

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi kelibat mereka tidak pernah nampak berjemaah di surau/mesjid malah ada yang tidak bersolat 5 waktu apatah lagi berjumaat.

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi tidak segan silu menjadi pelanggan kedai nombor ekor.

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi bersembang di kedai kopi dengan isi kandungannya mencarut, mengumpat dan sebagainya.

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi menipu orang melalui kerjaya yang mereka lakukan.

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi gagal mentadbir anak-anak ke arah kehidupan yang lebih ‘sopan’ di mata masyarakat apatah lagi ugama.

-Lebai/kopiah tidak lekang di kepala tetapi hutang orang tidak berusaha untuk dilangsaikannya sehingga menjadi buah mulut masyarakat. Lebih malang lagi yang berlebai kopiah ini memang arif dalam ilmu ugama.

Kesimpulanya apa yang digambarkan secara zahir tidak melambangkan kemurnian hati yang betul-betul jujur dengan Agama. Dengan kata lain,  mereka mengkhianati ugama dengan tindak tanduk mereka membuatkan masyarakat skeptical dengan syiar kopiah/lebai dan masyarakat yang ‘kurang alim’ akan menjauhinya. Dakwah menjadi semakin sukar di dalam masyarakat yang lebih ramai yang jahil dari yang alim kerana mereka sering membandingkan dengan ‘perosak-perosak’ yang dilakunkan saban hari di depan mata mereka.  Wahai si pemakai kopiah lebai, tunjuklah contoh dan teladan yang terbaik kepada masyarakat supaya kopiah/lebai tidak disalahertikan kepada pemakai yang betul-betul mencari pahala sunat yang sentiasa diberkati Allah. Allahuallam.


0 Responses to “Bukan Salah Kopiah/Lebai”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: