23
Apr
10

Dewan Al-Haimi

Selepas draft keluar dari KD SRI SARAWAK, aku ditugaskan di OPS ROOM Markas Panglima Wilayah Laut 1 Tanjong Gelang Kuantan.  Jarak Jeti  dengan bangunan pentadbiran Markas hanya sepelaung sahaja. Menariknya di Pangkalan ini ialah kawasannya yang kecil dan segala pejabat-pejabat dan Setor masing-masing berada berdekatan.

Makanya cukup senang untuk membuat urusan kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan Cuma jika untuk urusan perubatan, kami terpaksa ke RSAT Kem batu 10 Kuantan.  Jika untuk lapur sakit biasa, Markas ini juga mempunyai  ‘Sick Bay’ sendiri yang komposisi staf dari Kor Perubatan TD Cuma dua tiga orang sahaja.

Pangkalan ini sungguhpun kecil tetapi mempunyai segala kemudahan riadah seperti  gelanggang skuasy padang  dan semua kemudahan sukan yang lain. Semua krew kapal dan anggota Markas yang ‘rajin’ bersukan dapat menfaatkan segala kemudahan ini tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran dan tanpa perlu keluar jauh.

Al-Haimi sebuah nama yang pernah berjasa kepada negara. Gambar ehsan- atreyudevil.mymil.com

Sebuah dewan serbaguna yang sebelum ini tidak mempunyai nama .  Selepas kejadian yang berlaku di kapal KD SERI SARAWAK yang meragut seorang anggota maka dewan ini telah dinamakan dengan Dewan AL-HAIMI sempena  nama anggota tersebut.

Al-Haimi Alip adalah seorang marriage bachelor yang sangat berdidikasi dalam tugas.  Berpangkat Lasykar Kanan Peperangan Paras Permukaan (LK PPP) dan diperjawatkan sebagai  Second Buffer (Serang ke 2).  Atas faktor-faktor peribadi  dan kewangan, anak isterinya dititipkan bersama keluarganya  di Muar Johor.  Mess depan SERI SARAWAK adalah menjadi tempat tinggal tetapnya sepanjang bertugas.  Mess depan kapal PC yang cuma mempunyai 6 buah bunk cuma selesa untuk tinggal semasa kapal di pelabuhan atau bersauh kerana semasa belayar, krew-krew yang ‘kebal’ sahaja yang mampu berada di situ.

Semasa kejadian yang meragut nyawa beliau, sebenarnya aku sedang berkursus di Lumut.  Secara ringkasnya peristiwa ini berlaku ketika kapal sedang melakukan operasi rutin (OPS CABUT) iaitu tugas rutin di dalam membenteras pencerobohan nelayan-nelayan asing di Perairan Malaysia.  Operasi ini biasanya dilakukan selama 4-10 hari setiap kali keluar dan boleh dikatakan setiap kapal dari Skuadron PC 14 akan keluar sekurang-kurangnya 2 kali dalam sebulan jika kapal tidak mengalami apa-apa masalah.

Laut China Selatan menjadi medan operasi kami.  Kami sudah masak dengan kerenah nelayan-nelayan asing yang tidak serik-serik menangkap ikan di kawasan Pelantar Minyak Malaysia walaupun ada yang sudah berkali-kali ditangkap dan di denda.  Setiap kali digeledah, bot-bot tersebut akan di bawa ke Pelabuhan Chendering dan diserahkan kepada Penguatkuasa Perikanan untuk didakwa.  Yang menangkap separuh mati, yang mendakwa cuma tunggu disuap.  Apapun itu sebahagian tugas TLDM semasa aman.

Operasi menngeledah tidak semudah yang disangka kerana mereka sedaya upaya berjuang dan mengelak untuk tidak digeledah. Kadang-kadang untuk menggeledah sebuah bot mengambil masa berjam-jam sebelum berjaya ditewaskan.  Jika terdapat banyak bot-bot nelayan asing di sekitar, sedaya upaya kami akan ‘angkut’  semua untuk dibawa ke muka pengadilan.

Jika keadaan ini berlaku, pilihan akan menjadi rumit kerana tugas mengiringi bot-bot yang telah ditangkap akan mengambil masa 5 hingga 6 jam (bergantung jarak lokasi penangkapan) untuk ke Pelabuhan Chendering (area Pulau Kapas).  Sedangkan krew penggeledah cuma beberapa orang sahaja.

Dipendekkan cerita, apa yang telah berlaku kepada KD SERI SARAWAK,  krew menggeledah yang terdiri dari AL-HAIMI sendiri sebagai ketua, LK 1 Jalil dan LK1 TMK Hairozali telah mengiringi bot yang digeledah untuk di bawa ke Pelabuhan Chendering untuk di hand over kepada Perikanan.  Dalam masa pelayaran tersebut, ketiga-tiga mereka ini agak lalai yang mengakibatkan Al-Haimi hilang, Jalil diselamatkan oleh sebuah kapal dagang yang kebetulan lalu dan Hairozali ditawan hingga ke Pattani dan dibebaskan di sana.  Dalam masa yang sama SERI SARAWAK sendiri mengiringi bot lain yang juga untuk di bawa ke Chendering.

Sempena nama dan peristiwa tersebut, maka Dewan ALHAIMI diberi nama. Allahuallam.

P/s: Moral daripada cerita ini adalah penubuhan APMM adalah sangat bertepatan dan mendapat kuasa mutlak untuk menangkap dan mendakwa pesalah maritime tanpa banyak birokrasi dan pertindihan tugas dengan beberapa agensi-agensi kerajaan yang telah diberi mandat sebagai penguatkuasa maritim negara


1 Response to “Dewan Al-Haimi”


  1. 07/07/2013 at 11:13 am

    Al Fatihah kepada Perwira Negara…Moga Allah menempatkan arwah dikalangan mereka yang beriman…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: