11
May
10

Kenangan Di Lateda

Semasa di Ops Room Mawila 2, nama aku naik untuk berkursus Bahasa Ingeris selama 2 bulan di Pusat Latihan Tentera Darat (LATEDA) Port Dickson.  Masa tu aku baru pakai pangkat Laskar Kanan setelah tamat berkursus dengan jayanya di KD PELANDOK.  Oleh kerana aku dalam golongan top 5 maka pakai pun kira cepat dari orang lain.

Tanpa menoleh kebelakang lagi aku terima tawaran itu dan mula berkursus pada 9 mei  hingga 29 Julai 1994.  Kami yang melapor diri lebih kurang 20 orang mengikut pecahan 1 TLDM, 1 TUDM dan yang lain-lain mewakili kor-kor perkhidmatan  di dalam TD.  Dalam kelas kami meawkili pelbagai pangkat LLP dari prebet hinggalah ke Pegawai Waren.

Kursus Bahasa Inggeris siri… yang dikendalikan oleh Cawangan Kor Pelajaran.  Nama-nama juru latih yang aku masih ingat ialah Mej Mohamad, Pw1 Alias, Pw2 Jamaluddin(ex Navy).Barisan Jurulatih dan peserta kursus dari pelbagai kor TD, TLDM dan TUDM

Kami yang dari Koperal ke bawah menginap di bangunan lama yang mana satu ketika dulu pernah dijadikan lokasi penggambaran filem lakonan  P. Ramli iaitu Sarjan Hassan. Kondisinya agak teruk dan tidak terurus.  Hanya itu peruntukannya, kami hanya mampu berkata-kata dalam hati sajalah.  Lagipun di tempat orang takkan nak banyak songel.  Manakala classmate yang berpangkat sarjan, mereka tinggal di Mess Sarjan iaitu Sarjan Fajeri (Kor Ubat) dan Sarjan Ustaz Amran (KAGAT).  Peg. Waren Osman  (Arti) dan Sarjan Zamri (kerani) berulang dari rumah sendiri kerana unit mereka berdekatan.Berdiri- Sjn Zamri dan Pbt Nordin. Duduk- Kpl Azizan.  Dimanakah mereka sekarang?

Setiap hujung minggu aku balik rumah di Balok.  Tumpang kereta Sjn Fajeri yang kebetulan tinggal area Kuantan.  Dari situ agak familiar jugak la jalan-jalan dan nama-nama tempat di negeri Sembilan nih. Dari Port Dickson  lalu Serting, Bahau dan melintasi Bandar Muazam Pahang.  Jemu jugak le berulang seminggu sekali.

Satu masalah yang agak ketara semasa berada di sini adalah bekalan air yang sering terputus.  Alternatifnya kami terpaksa mandi air kolam (ala-ala bendang yang tidak diteroka yang masih asli dengan rumput rampai dan ikan darat). Cedok yang mana jernih untuk gosok gigi dan basuh kepala.  Apa nak buat… redah juga lah. Nama pun tentera.

lateda

geng ni semua sporting…

Walupun aku hanya seorang dari TLDM, tetapi aku tidak terkecuali daripada tersenarai di dalam giliran bertugas. Walaupun agak kekok dengan prosedur TD, aku redah jugak walaupun dalam keadaan sumbang terutamanya semasa membuat pergerakan di dalam kawad senjata.  Oleh kerana aku anggota TLDM, maka Pegawai Bertugas buat-buat tidak nampak aje lah kerana banyak perkara yang TD buat kami tidak memperaktikkannya.  Kalau nak pick-up pun nanti buang karen je.  Aku rasa ada satu perkara yang tak betul dalam system TD kat LATEDA tu.  Untuk kawad pukul 6 petang tu, kita orang ambil senjata di armoury dan terus masuk padang kawad.  Dalam baris petang tu Duty officer periksa senjata dan salahkan kita orang bila barel tak bersih.  Lain la kalau senjata tu kita guna untuk menembak.

Kpl Kamaruzzaman orang kelantan yang suka berniaga barang2 perhiasan wanita dari Labuan.  Sjn Ustaz Amran menjadi penceramah jika tiada subjek di dalam kelas.

Walaupun secara umumnya ATM berkongsi prosedur yang sama namun banyak prosedur dan amalan dalaman yang berbeza.  Ini memberi satu pengalaman baru di dalam memperkayakan pengalaman dari pelbagai sudut dan budaya sesam anggota keselamatan.

Sebagai contoh, satu perkara yang pada aku agak melucukan telah berlaku semasa berada di bilik semasa Pegawai Bertugas sedang membuat pemeriksaan harian.  Dalam banyak katil, Cuma katil aku sahaja yang tidak memasang kelambu.

“Ni katil sapa ni?…. Pegawai Bertugas menyoal kami.

“ Saya punya encik”!!.. aku member respon.

“Kenapa kamu tak pasang kelambu”?… soal PB itu lagi.

“ Nyamuk tak ada encik!. Buat apa nak pasang kelambu”.  RSM merangkap Pegawai Bertugas memandang aku atas bawah maca ada yang tak kena dengan jawapan aku tadi.

“Kamu dari unit mana”.

“Navy encik!… room mate aku menjeling dan member isyarat supaya jangan menjawab. Itu tradisi mereka gamaknya.  Navy ni lain sikit. Setiap soalan mesti ada jawapan.  Perkara ini habis begitu saja. Moralnya adalah pentadbiran navy dengan army banyak berbeza.  Sesuatu peraturan pada TD tidak semesti menjadi peraturan pada TLDM.  Sebab tu PB tersebut tidak mahu panjang-panjangkan pada hemat aku.  Mengikut kata kawan-kawan dari TD, kalau diorang yang buat macam itu, sudah pasti akan diambil tindakan.

Ujian Akhir

Masa untuk tamat sudah hampr.  Untuk kursus bahasa Inggeris ini ada 2 fasa ujian iaitu dan praktikal.  Aku risau jugak sebab tak banyak ulangkaji dibuat berbanding dengan Koperal Mohamad dari Unit RAMD di Sarawak.  Dia asyik dengan buku je.  Esok nak periksa, geng koperal Khalid lain pulak cerita.  Habis exam baru dia pecah rahsia.  Masa fitiq depa selongkar tong sampah maka dapatlah karbon paper soalan untuk ujian esok.  Patutla aku nampak depa komfiden je menjawab soalan.

Sebenarnya classmate aku dari kalangan TD ni agak risau jika depa gagal atau dapat peratus rendah kerana menurut kata depa, unit akan Tanya dan nak kena jawab dengan bos.  Navy pulak tak ada sapa yang nak kisah pun.

Seperti biasa mana-mana kursus dalam ATM, habis kursus ada jamuan dan hadiah saguhati. Duit kena collect le..

Akhirnya aku dapat Gred C++. Pada aku cukup makan dan memadailah sebab malas nak study.  Member yang lain cukup-cukup makan dan walaupun depa dapat soalan bocor, depa masih tak boleh bit aku.  Aku pun tak tau depa jawab macam mana.  Maknanya aku la best student untuk siri tersebut.

Kepada kawan-kawan yang masih mengingati kisah ini jika terbaca coretan ini harap korang helo-helo lah ye!!.

Sekian sedikit coretan asam garam semasa dalam perkhidmatan dulu.


2 Responses to “Kenangan Di Lateda”


  1. 1 812740 PW 2 Mohd Nor
    17/04/2016 at 11:40 am

    Assalamualaikum Tuan Hj hamzah , apa kabar dmna sekarang ? sy sja scrol cerita tn ni. hi..hi hi kelakau gak statemen dia.
    dulu ms service dok qtrs blok A 24 x silap sy dan ada anak th hj sebaya dgn ank sy yg masuk MTD,

    sy doakan semuga kehidupan tn hj d berkati Allah d permudahkn segala urusan, salam

    • 2 hamzah
      17/04/2016 at 11:11 pm

      Waalaikumussalam tuan… terima kasih kerana sudi mencoret ingatan di blog hamba. Hamba menetap di Jitra Kedah. Ya betul…block A24-404. Alhamdulillah. Terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: