18
Jul
10

Teringat Kawan Sekolah

Dah agak lama aku tidak mengemaskinikan blog peribadi . Sebenarnya banyak kekangan yang menjadikan mood aku tidak begitu stabil untuk berkarya dengan sempurna.  Kebetulannya artikel untuk isu Ogos sudah pun dihantar ke meja editor Majalah Perajurit, maka ruang untuk memberi tumpuan berkarya agak terluang tetapi masanya yang sesuai adalah di sebelah malam kerana tiada gangguan dengan tugas-tugas hakiki seharian.  Isu Ogos juga merupakan kesinambunagn kepada Misi Merentas Waktu 1 yang sudah menemui pembaca pada bulan Julai.  MMW2 juga masih memberi focus yang sama yakni berkisar kepada Battles of Jitra.  Kepada anak-anak muda yang ingin mengikuti aktiviti Misi Merentas Waktu siri-siri akan dating, boleh mendaftarkan diri ke dalam komuniti Forum Panggilan Pertiwi  (http://panggilanpertiwi.forumotion.net/) dan boleh dapatkan maklumat dari sana.

Berbalik kepada tajuk, tidak semena-mena fikiran aku teringat rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Aku menduduki persekolahan menengah rendah di Sekolah Nasiruddin Shah Besut Trengganu pada 1974 hingga 1978. Dari tingkatan 1 hingga 3 aku berada dalam aliran Perdagangan (Tingkatan 1B-3B). Tingkatan 4-5 aku berada dalam kelas aliran sastera.  Di antara rakan-rakan yang akrab ialah:

– Arifin Kerandang (sekarang IO di IPK Ampang) pernah date dengan dia 2 tahun lepas di Kampong Raja.

– Mat Copong (Renjer Perhutanan). Last sekali jumpa masa dia ikut Saleem Iklim masuk pertandingan di Dewan Sg Pinang Pulau Pinang awal 80an. Masa tu akau bertugas di RNO Penang area Padang Kota Lama.

– Mazlan Pengawas . Last jumpa masa aku buat dokumentasi akhir di JRP Mindef pada akhir 2003. Rupanya dia masuk askar selepas gagal mendapatkan pekerjaan tetap dan bertugas di JRP. Itu pu aku yang tegur dia dulu.  Dia haram tak ingat aku…

– Zahari Seberang Jerteh – yang Cuma joint kami semasa di tingkatan 4 juga di antara sahabat yang sama-sama bersusah senang.  Tapi membawa hal masing-masing setelah membina kerjaya masing-masing.

Yazid Ngah.  Dia Join pegawai Tentera Darat,  last jumpa dia kat Jalan tuanku Abdul Rahman KL. Masa tu akau baru habis rekrut TLDM dan dia baru abis Kadet TD sekitar lewat 1981.

Ada beberapa orang yang sama-sama ‘tercampak’ ke Lubuk TLDM malah ada yang sampai ke penghujung perkhidmatan dan ada juga yang tersadong di tengah jalan.

Ramai lagi yang aku masih ingat nama-nama mereka seperti Zakaria Abdullah, Mahasan, Latif, Deraman Yong, Tuan Ali, Rashidi dan lain-lain termasuk kawan-kawan dari biasiswa Yayasan Sabah seperti Bandar Andawai, Rahman, Lusiau Lantarah, Lamigan Amat, Ramlan dan lain-lain.

Manakala kawan-kawan wanita pula seperti Wan Nisah dan kakaknya Wan Hazimah, Zainab, Rohani, Azizan, Saadiah Mokhtar dan ramai lagi yang dah blurrr nama-nama mereka. Cuma Wan Kuntum dan Saleha sahaja yang pernah aku jumpa kerana mereka ini berniaga dan senang dikunjungi di Jerteh dan Kampong Raja. Aku yakin ramai yang berkerjaya hebat dan cemerlang dalam hidup .

Tidak mudah untuk bertemu mereka kerana sudah mempunyai kerjaya dan ntah berada di mana-mana.  Sedangkan Wan Ali kawan sekampong pun sukar untuk bertemu walaupun aku selalu balik kampong.  Apatah lagi kawan-kawan wanita yang sudah bersuami tentunya sukar untuk bertemu dan kalau berselisih pun sudah berubah fizikalnya.

Apa pun gerak hati ini terlalu kuat untuk bertemu mereka walau pun sekadar bertanya kabar.  Kenangan-kenangan semasa di Asrama A kembali mengundang nostalgia. Di denda warden kerana merokok, ponteng sekolah dan segala aktiviti yang sihat dan kurang sihat semasa berada di rumah sewa. Namun ‘kenakalan’ kami tidak pernah sampai ke peringkat apa yang dikatakan vandalisma maupun jenayah yang menggangu gugat keselamatan negara.

Ingatan kepada kawan-kawan dan peristiwa-peristiwa lama ini hakikatnya telah menyedarkan aku betapa ‘kenakalan’ zaman remaja dengan mengabaikan peluang-peluang akademik telah mentakdirkan aku tidak berjaya dalam akademik sekali gus mencampakkan aku kepada suatu kerjaya yang aku minati sedangkan semasa di sekolah dahulu, untuk terpilih sebagai anggota kadet sekolah pun aku tidak layak.

Aku bersyukur dengan takdir ini dan menjadi sebahagian daripada warga ATM selama 22 tahun telah mematangkan aku erti kehidupan.

Kepada kawan-kawan yang membaca coretan ini dan masih mengingati aku, harap dapat memberi respon untuk silaturrahim.

…mereka di sini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: