26
May
12

Khao Nam Khang Historical Tunnel

26 Mei 2012.Satu perkara yang telah lama ku idamkan kini telah dimakbulkan Allah.  Keinginan ku untuk melawat tempat ini bukan kerana kesempatan untuk aku melawat negara Thailand tetapi lebih kepada ingin mengumpul maklumat tentang perjuangan PKM sebagai bahan penulisan.

Peluang  untuk menjejaki  sebahagian  daripada sejarah kewujudan Parti Komunis Malaya (PKM) (1930-1989) sangat mengujakan aku tambahan lagi lokasi yang hendak di lawati ialah penempatan  bekas anggota PKM yang terletak di Tombon Khlong Khwang, Amphoe Nathawi , 92 km dari Hatyai.

Di lereng atau di celah-celah bukit ini juga dibina  terowong sepanjang 1 km. Terowong yang lebarnya lebih kurang 3 kaki dengan ketinggian lebih kurang 7 kaki mengandungi 3 tingkat dengan 16 lorong dan terdapat banyak ruang-ruang berbilik seperti bilik tidur, ruang pejabat, ruang mesyuarat, lapang sasar dan sebagainya.

Kem ini pernah diserang oleh Pasukan Renjer ATM pada tahun 1977 dalam Operasi Daoyai Musnah 1 dan Daoyai Musnah 2.

Biar gambar-gambar yang menceritakan…..

welcome to Thailand via Danok with Dato Saad Man, Haji zainol dan lain-lain

jalan masuk ke perkampongan

Salah satu pintu terowong

Bahan-bahan seperti buku,dokumen,senjata masih boleh didapati di penempatan ini.

Ruang memasak ini berada di permukaan namun asapnya dijaga supaya tidak kelihatan dari pandangan udara.

ruang bertingkat boleh dilalui dengan selesa

Hanya sebahagian daripada gambar yang dimuatkan bagi menceritakan suasana di Kem penempatan bekas-bekas anggota PKM yang tidak menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya kembali ke Malaysia semasa persetujuan meletak senjata dalam Perjanjian Hadyai.

seafoods ala-carte

Selesai lawatan kami meneruskan perjalanan ke Songkhla . Lebih kurang pukul 1700G baru kami sempat mencari makan. Masing-masing ‘menyimpan perut’ untuk menikmati seafood di tepi pantai Songkhla.  8 course ala-carte terhidang. Apa lagi kami sesah hingga tersadai..

Tulis SONGKHLA la gamaknya.

Duyung-duyung yang terdampar di pantai songkhla..

Lepas makan tu ronda-ronda jap kat tepi pantai.  Lawatan singkat ini tidak menemukan apa-apa yang menarik di kawasanPantai Songkhla.

Balik ikut jalan feri…

Menjelang senja kami memulakan perjalanan balik melalui feri dan pulau-pulau yang aku sendiri ‘kebingungan’ persekitarannya.  Semuanya dato punya plan. Terima kasih dato untuk segalanya.


0 Responses to “Khao Nam Khang Historical Tunnel”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: