23
Nov
12

Operasi Menyelamat Tuah…

Sedang aku berpeluh-pelai menggali ubi kayu yang aku tanam di belakang rumah pagi tadi tiba-tiba aku menerima panggilan telefon daripada rakan blogger aku iaitu Mej Nor Ibrahim untuk penjelasan beberapa perkara tentang Operasi Menyelamat Perdana Menteri dan delegasi semasa beliau menyertai satu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN ke3  di Manila pada 14-15 Dis 1987.

Sebenarnya tiada pengalaman menarik pun yang aku boleh kongsi untuk khalayak membacanya kerana penglibatan kami sebagai krew kapal yang berlabuh jauh di laut.  Melainkan  pengalaman menempuh gelombang yang agak sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

Namun begitu pembaca agak bertuah kerana satu peristiwa penting dalam sejarah negara dapat dicatat dengan baik oleh sahabat kita yang terlibat secara rapat detik demi detik yang agak cemas  dan mencurigakan sepanjang operasi tersebut.

Cerita berkaitan beliau sebagai Pilot Nuri Yang bertugas dalam operasi tersebut boleh dikuti melalui coretan beliau sendiri pada Bahagian 1 di capaian… http://xnuripilot.blogspot.com/2012/11/ops-selamat-bhg-1_23.html  dan bahagian 2 di capaian  http://xnuripilot.blogspot.com/2012/11/ops-selamat-bhg-2.html

KD KASTURI banyak terlibat dalam misi-misi penting negara-kredit gambar PRO FOC

Bila aku membaca apa yang telah dicoretkan dalam blog beliau baru terdetik di nubari aku untuk berkongsi pengalaman yang aku alami dalam konteks kami yang berada di atas KD KASTURI pada waktu itu tetapi suasananya tidak sama seperti mana yang dialami oleh Mej Nor.

 Dalam pelayaran untuk operasi khas tersebut selain daripada crew tetap KASTURI, anggota-anggota Pasukan Khas iaitu PASKAL, GGK dan HANDAU (masa tu PASKAU belum lagi ditubuhkan) juga ditumpangkan untuk tujuan tersebut.

Pelayaran pada masa itu agak mencabar juga kerana gelombang terlalu kuat menghempas bahtera.  Pendek kata pewai juga kami dibuatnya sebelum nak sampai ke destinasi.  Anggota-anggota tumpangan lagi lah kerana mereka tidak biasa terdedah dengan gelombang laut waima mereka itu anggota Pasukan Khusus.

Sebenarnya tidak banyak maklumat aku boleh ingat semasa menyertai operasi ini melainkan beberapa perkara yang bersifat domestik dalam kapal  KD KASTURI yang hanya bersauh di Teluk Manila lebih kurang seminggu juga rasanya sebelum tiba hari sebenar persidangan tersebut.

Dalam operasi ini aku cuma ingat KD KASTURI dan KD MAHAWANGSA telah terlibat di dalam satu Operasi menyelamat Perdana Menteri dikehendaki bersauh di Teluk Manila kerana suasana keselamatan di Manila pada waktu itu tidak baik dan memerlukan recovery action jika keadaan keselamatan tidak terkawal dan mengancam nyawa Perdana Menteri waktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir.

Hanya KD MAHAWANGSA  yang alongside di jeti Pelabuhan Manila  kerana atas beberapa faktor pemunggahan logistik seperti kenderaan delegasi dan sebagainya yang memerlukan kapal itu merapat di dermaga.  Tentera Laut negara lain juga turut melaksanakan bentuk operasi yang sama dan memerlukan kapal mereka juga merapat di dermaga.  Untuk mengurangkan kesesakan dan faktor keselamatan, maka limitasi dikuatkuasakan.

Kami yang berada di lokasi bersauh cuma mampu mendengar perlaksanaan latihan persediaan operasi dan hari sebenar di antara unsur-unsur yang terlibat (kapal-kapal dan helicopter) melalui UHF communication.

Lokasi bersauh kami sebenarnya agak jauh iaitu beberapa batu notika dari pelabuhan.  Walaupun kawasan berteluk menjanjikan ketenangan laut namun begitu keadaan laut waktu itu boleh dikatakan kurang tenang  kerana kebetulan Taufan (lupa dah nama taufan) telah melanda Filipina dan dan kawasan pantai Timur Sabah turut  tidak terkecuali dari mendapat tempias penangan taufan tersebut.

Apa yang aku masih ingat ialah Teluk Manila ini mempunyai banyak ikan Tenggiri kerana pada suatu malam ada seorang nelayan tempatan sedang menghayutkan pukatnya yang sangat panjang di kawasan berhampiran lokasi bersauh.

Apa yang telah terjadi, pukat tersebut telah tersangkut pada kabel sauh kapal kami.  Dari atas dek kapal pun kami boleh nampak memutih Tenggiri yang sudah mengena pukat.

Kami cuba memanggil nelayan tersebut supaya clearkan pukatnya yang terbelit di sauh namun gamaknya dia takut kami mengambil apa-apa tindakan dan dari jauh dia memberi isyarat supaya kami memotong pukat tersebut.

Aku teruja tengok Tenggiri yang memutih di pukat lantas aku volunteer jadi boat crew untuk melaksanakan ‘tugas khas’ yakni tugas memotong pukat kerana keesokan harinya kapal akan membongkar sauh.  Berpuluh ekor jugak Tenggiri berjaya ‘diselamatkan’ dan di bawa naik ke kapal dan masih banyak lagi Tenggiri yang melekat di pukat tetapi CO dah sound supaya jangan ambil Tenggiri yang berbaki malah beliau juga mengarahkan supaya Tenggiri yang dah didaratkan juga dipulangkan kepada tuan empunya.  Mana nak cari tuan dia kat tengah laut tu!!!!

Itulah karakter Pegawai memerentah kami Kepten Engku Zainal Abidin bin Engku Ngah (bersara Dato Laksda – Terkini beliau adalah Penaung Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Islah).  Beliau orang Kuala Besut… Orang kampong aku lah tuu…!!.  Beliau seorang yang warak dan sentiasa menekankan solat jemaah setiap waktu kepada warga kapal di mana beliau sendiri bertindak sebagai Imam.  Malah semua anggota Laskar Kelas 1 ke bawah dikehendaki menjadi muazzin secara giliran.  Pendek kata setiap masuk waktu solat akan kedengaranlah azan bergema melalui broadcast kapal.

foto Pak Engku 2012

Setelah Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN selesai, Operasi ini turut ditamatkan.  Kapal membongkar sauh untuk belayar tetapi ramalan cuaca telah memfokuskan Taufan sedang melalui kawasan di mana kami berada ketika itu justeru Pemerentah Kapal mengambil keputusan mencari kawasan berlindung sementara waktu untuk mengelakkan dari terserempak dengan taufan tersebut.

Langkah yang diambil adalah tepat di mana kapal terselamat dari bertembung dengan taufan tersebut namun begitu kesannya masih terasa yang mana laut bergelora agak luar biasa yang terpaksa kami harungi  sewaktu kami belayar balik ke Labuan.  Aku sempat bertanya kepada rakan-rakan dari Pasukan Khusus iaitu terutamanya GGK dan HANDAU tentang pelayaran ini… Kata mereka, ” kalau boleh tak mau dah ikut navy”…

Setiba kapal di Labuan, kami dapat melihat kesan kemusnahan taufan yang melanda dan media massa turut melaporkan sebuah kapal persiaran turut tenggelam di laut Filipina. Ekspressi.


0 Responses to “Operasi Menyelamat Tuah…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: