13
Mar
13

Milenge Milenge

milenge

Sebenarnya aku sudah lama tidak menonton cerita Hindi secara khuyuk dengan menghayati keseluruhan cerita, mungkin sudah lebih 10 tahun.  Bukan kerana aku tidak minat tetapi kekangan masa dan ruang masa yang panjang untuk melangut didepan TV sudah tidak ada.  Jika ada pun menonton hanya sekadar melayan sambil buat kerja-kerja lain yang pastinya tidak faham perjalanan cerita.

Pada 9 Mac (Sabtu), aku menaiki bas ekspress Cahaya Matahari dari Jitra untuk ke kuala Lumpur dan destinasi musafir sebenarnya adalah untuk ke Besut Trengganu.

Apa yang ingin aku ekspresikan dalam entri kali ini ialah synopsis sebuah cerita Hindi yang sempat aku hayati semasa dalam perjalanan bas ke KL yang mana ditayangkan dalam slot TV3 jam 2 petang.

Ceritanya ialah MILENGE MILENGE mengisahkan tentang sebuah TAKDIR pertemuan 2 orang pelakun utama yang bernama Priya dan Immy (Nama sebenar kedua-dua pelakun tersebut aku tidak tahu).

Menggambarkan masa lampau siapa Priya melalui nujum seorang makcik yang berupaya membaca nasib Priya dengan menggunakan daun terup dan seterusnya Priya teruja untuk mengetahui nasibnya di masa depan.

Dalam tenun nasibnya, Priya akan bertemu jodohnya dengan seorang jejaka yang memakai pakaian 7 warna di tepi pantai sebuah negara lain pada 7 haribulan pada jam 7 pagi.  Jejaka yang bakal ditakdirkan menjadi buah hati Priya ialah seorang yang tidak merokok dan tidak minum minuman keras.

Priya seakan tidak percaya kerana mana mungkin dia boleh pergi ke luar negara namun makcik nujum telah menyakinkan bahawa Priya akan ‘dibawa’ ke luar negara pada waktu itu.

Apa yang dinujumkan oleh makcik itu menjadi kenyataan di mana Priya di antara pelajar Kolej yang terpilih untuk menyertai satu program yang di adakan di Bangkok.

Immy merupakan seorang anak orang kaya yang manja dan menjadi kesayangan bapanya.  Beliau merokok dan minum arak secara curi-curi kerana takutkan ayahnya.  Immy adalah seorang pelajar yang berpengaruh dalam kalangan kawan-kawannya yang juga terpilih untuk menyertai rombongan Kolejnya ke Bangkok.

Dalam suatu majlis harijadi pelajar di penginapan wanita yang dibuat secara tertutup, Immy dan kawan-kawannya telah menyelinap masuk dengan menyamar memakai pakaian wanita telah mencuri diari Priya yang mana kandungan diari tersebut ada menceritakan tentang apa yang yang bakal berlaku kepada Priya pada esok hari.

Immy telah mencuri diari tersebut dan membuat salinan sebelum diari itu diletak kembali tanpa pengetahuan Priya. Pada jam 7 pagi 7 haribulan, Immy berpura-pura dan berada di tempat yang dimaksudkan seperti yang tercatat dalam diari Priya.

Priya sangat teruja bila sesuatu yang bakal ditakdirkan kepadanya telah menjadi kenyataan.  Jejaka yang bakal menjadi suaminya sudah berada didepan mata dan tidak dilepaskan peluang itu untuk mengenalinya dengan lebih dekat.  Maka bermulalah cinta Priya kepada Immy dengan kepercayaan bahawa TAKDIR yang telah diramal oleh makcik nujum benar-benar menjadi kenyataan.

Episod seterusnya….

Priya datang ke bilik Immy semasa ketiadaannya dan sementara menunggu Immy datang, Priya telah terbaca salinan diarinya yang dicuri oleh Immy.  Lantas Priya terus ke dewan pelajar di mana Immy dan kawan-kawannya sedang minum.  Immy yang telah mula mencintai Priya telah bernekad dan berjanji dengan kawan-kawannya untuk menjadikan tabiat minum arak dan merokok itu sebagai yang terakhir dalam hidupnya.

Namun sebelum habis tegukan terakhir itu Priya datang dengan marah dan memutuskan perhubungan cintanya dengan Immy dan juga beranggapan TAKDIR yang dinujumkan oleh makcik itu adalah satu pembohongan dan dirancang.

Immy yang sangat cinta kepada Priya telah sedaya upaya memujuk Priya supaya meneruskan hubungan cinta mereka namun, Priya yang sangat kecewa dengan keadaan itu telah menolak cinta Immy.

Oleh kerana kesungguhan Immy  memujuk, lalu Priya mencabar TAKDIR dengan menulis nombor telefon Immy pada sekeping wang kertas dan wang itu dibayar kepada pekedai bagi membayar sebuah buku yang berjodol ‘Miracle of Numerology’.  Di dalam buku itu Priya telah menulis nombor telefonnya sendiri dan buku itu akan dijual kembali kepada penjual buku terpakai setelah habis membacanya.

Kata Priya…”JIKA BETUL TAKDIR JODOH DIA DENGAN IMMY SEPERTI MANA YANG DI KATAKAN OLEH MAKCIK NUJUM ITU, SATU HARI PASTI DIA  AKAN DAPAT KEMBALI NOMBOR TELEFON IMMY YANG DITULIS PADA WANG KERTAS DAN IMMY JUGA PASTI AKAN JUMPA NOMBOR TELEFON PRIYA YANG TELAH DITULIS DALAM BUKU TERSEBUT”…

Selepas itu mereka berpisah…..

Tiga tahun kemudian, Immy ditunangkan dengan seorang gadis pilihan bapanya sedangkan Immy masih berusaha untuk menjejaki Priya dengan pelbagai cara termasuk menjejak buku  ‘Miracle of Numerology’ untuk memungkinkan ia berjumpa nombor telefon Priya untuk dihubungi.

Manakala Priya juga telah bertunang dengan jejaka pilihannya yang bernama Jatin….

Apa yang berlaku selepas itu, korang yang menonton cerita itu habaq mai la kat aku sebab aku tak sempat habis menonton kerana bas sudah sampai ke destinasi..  hahahahaha.

Apapun aku pasti dalam cerita itu mereka akan bertemu jodoh kerana pada kepercayaan yang diterjemahkan oleh makcik nujum itu bahawa TAKDIR AKAN BERUBAH JIKA MEREKA TERUS BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MERUBAHKANNYA.  Itulah pegangan mereka yang berpegang kepada falsafah.

Namun kita sebagai orang Islam, kita disuruh berharap, berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang didamkan dan di akhir masa yang disasarkan samada dapat atau tidak itulah yang dikatakan TAKDIR dan kita harus redho dengan ketentuan Allah. Allahuallam.


0 Responses to “Milenge Milenge”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: