28
May
13

Utamakan Suami

Bukan senang melunaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Beban kerja yang perlu dihadapi pastinya memerlukan pengorbanan mental dan fizikal.

Sebagai isteri, memastikan kebajikan suami adalah tanggungjawab besar terutamanya dari segi pemberian kasih sayang yang tidak berbelah bahagi agar suami merasakan dia diutamakan.

Biar bagaimana sibuk pun, beri perhatian kepada suami terutama apa yang hendak dikatakan.  Ramai dalam kalangan suami yang merungut menyatakan pasangan mereka jarang mendengar apa yang mereka katakana malah mereka pula yang terpaksa mendengar kata isteri.

Samada suami anda seorang yang suka bercakap atau pendiam, sebaik dia membuka mulut, tolong dengar apa yang ingin mereka sampaikan sehingga habis sebelum anda pula menyatakan pandangan.

Perbetulkan cara berkomunikasi. Pandang wajahnya dengan ikhlas ketika ingin menyampaikan atau bertanya sesuatu kepadanya. Jangan sesekali anda bercakap dengan suami dalam keadaan anda berjauhan dan tidak memandang ke wajahnya kerana kaedah komunikasi juga adalah sangat penting bagi menzahirkan perhatian  serta mengumpamakan dirinya  sebagai suami.

Selalukah anda menyentuh suami anda?.  Ramai yang memikirkan, sentuhan hanya apabila ketika melakukan seks, tetapi sentuhan sebenarnya memberikan makna lebih daripada itu.

Pegang tangan dan bahunya, usap wajahnya dan pandang matanya.  Cari keadaan bagaimana anda boleh sentiasa rapat dengannya untuk kelihatan lebih intim.

Perkara ini juga sering berlaku dalam hubungan suami isteri.  Ramai isteri yang suka ‘mengubah’ suaminya menjadi apa yang ‘dia mahu’ dan bukannya mengekalkan sifat semulajadinya.

Perlu diingat,mengikut perintah anda mungkin menjadikan suami rasa terkongkong terutama pabila dia ingin lakukan sesuatu.  Berikan dia lebih kebebasan dalam membuat keputusan.  Cuba pastikan apa yang suami anda mahu ia dipenuhi.  Mungkin dalam soal ini anda perlu bertanya kepada suami apa yang dia perlukan dalam kehidupannya.

Sentiasa berada di sisinya ketika dia berada dalam kesedihan, berikan kata cinta dan semnagat kepada.  Jangan lupa menyokong di saat dia memerlukan anda dan berikan dia motivasi tetapi berpada-pada agar tidak dianggap sebagai bebelan pula.

Jangan kritik suami dengan kata-kata yang menghina.  Tiada siapa yang suka dicaci walaupun dalam keadaan rasa amarah yang kritikal.  Kata-kata penghinaan jangan sesekali dilepaskan kepada suami walaupun ketika anda sedang marah.  Bawa bertenang, cuba berbincang dan dapatkan kepastian.  Suami mahu anda sentiasa percayakannya dalam setiap apa yang dia ingin lakukan, kerana setiap kejayaan pastinya satu kebanggaan buat dirinya.

Jadi jangan memandang rendah kepadanya sebaliknyaberikan pujian sekiranya dia mendapatkan kejayaan.  Jika anda ingin bercakap dengan suami, berbicara dengan penuh rasa hormat.  Biarpun pandangan yang diberikan dirasakan kurang bernas, cuba nyatakan pendapat anda dengan cara yang paling bijak agar tidak menyebabkan suami rasa kecil hati.

Apa yang paling penting, sebagai isteri anda perlu sentiasa menyokong suami dalam apa jua keadaan, susah maupun senang.

Jangan hanya menyokongnya ketika dalam keadaan yang menggembirakan, apabila berlaku sebaliknya, nyatakan sokongan anda kepada suami tanpa berbelah bahagi.

Ingatlah!…syurga anda di bawah telapak kaki suami. Tanpa redha suami, jangan harap aka nada rahmat Allah menghampiri anda.  Jadilah isteri yang baik kepada suami yang baik. Allahuallam

Petikan dari Artikel asal Utusan Malaysia 28 Mei 2013


0 Responses to “Utamakan Suami”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: