18
Jun
13

isteriku encik…

pw

“Tut… Tut ….Tut… Tut… Assalamualaikum , selamat petang… Encik Normahaili bercakap tuan.!”…. spontan aku mengenali nama itu malah tuannya sekali sejak beliau Junior Able lagi.  Beliau adalah seorang wanita.  Aku memperkenalkan diri dan menyatakan  tujuan aku menalifon ke Pejabat Perhubungan Awam Markas Tentera Laut petang tadi.

Aku tidaklah terkejut  kerana suasana ini lebih 20 tahun aku juga turut mengamalkannya cuma mungkin jika aku orang awam yang tidak pernah kenal secara terperinci protokol tentera umumnya mesti tertanya-tanya kenapa seorang wanita membahasakan dirinya encik sebentar tadi?.

Jawapanya ialah panggilan kepada Pegawai Waran ATM ialah ‘Encik’ kepada penyandangnya meskipun beliau seorang wanita tulin dan tidak pula dipanggil ‘tuan’ kepada Pegawai Wanita.

Tradisi ini masih diguna pakai sehingga sekarang.  Walaupun dalam konteks TLDM, Pegawai Waran 1 dan Pegawai  Waran 2 sudah transisi dari pemakaian ‘jam pekak’ di tangan kanan kepada pemakaian ‘appaulet’ yang berbentuk huruf ‘w’ di bahu sudah sekian lama.

Pegawai Waran  ( PW) adalah ubah suai dalam proses membahasamalaysiakan amalan bahasa yang asalnya PW ini adalah MCPO (Master Chief Petty Officer) mengikut budaya Royal navy.  Dalam amalan Royal Navy sendiri panggilan kepada MCPO ini ialah SIR tetapi dalam konteks bahasa Malaysia , ATM menselaraskan dengan panggilan Encik.

Persoalannya… sesuai kah panggilan Encik ini terus diguna pakai untuk gantinama wanita?  Kalau lambang yang melibatkan kos penukaranya boleh di tukar, kenapa panggilan yang hanya melibatkan dokumentasi tidak boleh ditukar?  Jika ingin ditukar kepada panggilan yang feminin tentunya perkataan itu ialah ‘CIK’ tetapi nanti akan ada bantahan yang mengatakan ‘CIK’ itu adalah khusus untuk wanita yang belum kahwin.

Jawapan yang ada dalam kepala penulis cuma satu dalam persoalan  ini iaitu panggilan ‘PUAN’ boleh di guna pakai atas dasar ‘Pegawai’ Waran itu dan mengambil kira panggilan Tuan/Puan juga telah diaplikasikan kepada Pegawai Kadet Kanan yang juga belum di tauliahkan.

Apapun ekspresi ini cuma sekadar sembang santai yang bukan bertujuan untuk  memberi tekanan kepada mana-mana pihak.  Terlanjur TLDM sudah pun mempunyai  jabatan HELWA (hal ehwal wanita) yang ditubuhkan khas untuk menjaga kemaslahatan wanita-wanita TLDM, maka adalah wajar jika ekspresi ini menjadi  satu bahan untuk di seminarkan untuk difikirkan bersama. EKSPRESI


0 Responses to “isteriku encik…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: