14
Jul
13

Juragan Bot Lancang

DSC_0018

Kiri: RCP2, KP Selar, RCP3 dan Bot Panglima

Ada lagi satu kenangan untuk aku selitkan dalam Fasa Kedua Riwayat Hidup ku yakni fasa yang menceritakan segala kenangan semasa aku berada dalam perkhidmatan TLDM antara 1 Okt 1981 sehingga 29 Sept 2003.

Kenangan ini tidaklah begitu menarik tetapi pada aku ianya turut terpahat dalam kenangan indah yang tidak mungkin diperolehi dari mana-mana sudut dunia sekali pun melainkan bila berpeluang berkhidmat di tempat ini iaitu Bahagian Bot dan Lancang TLDM pada tahun 1998-2000.

Waktu ini sebenarnya aku bertugas di Bilik Gerakan Markas Armada tetapi oleh kerana sudah lebih Bintara yang ada, aku cuba slow talk dengan Pegawai Bosun masa tu iaitu Lt Sarkinin.  Dalam masa yang sama beliau sedang ‘pening kepala’ untuk mencari pengganti macam orang mengantuk disorong bantal lah bila aku mempelawa diri untuk menjadi Juragan apatah lagi aku adalah dari kepakaran Radar Plotter.

Bot dan Lancang adalah merupakan salah satu bahagian di dalam organisasi Bosun Armada yang bernaung di bawah Unit Markas Armada bertempat di Jeti Air Cetek Armada Lumut Perak.  Bot dan Lancang mengandungi 4 buah bot iaitu KP Selar,  Bot Panglima (Mata Jerong1), RCP 2 dan RCP 3.

Tugas-tugas utama yang dimainkan oleh bahagian ini ialah bagi menyediakan bot dan Lancang untuk keperluan-keperluan tertentu Unit-unit TLDM sebagai pengangkutan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti operasi dan riadah di Perairan sekitar Lumut.

Aktiviti operasi adalah seperti sebagai platform kepada unit penyelam untuk kerja-kerja demolisi dan aktiviti penyelaman. Aktiviti riadah pula adalah sebagai platform dalam aktiviti memancing dan juga transportasi kepada VIP untuk bermain Golf di Damai Laut.

DSC_0024-1

Dr. Yasmeen, Kdr Amdan Kurish dan rombongan memancing ke Pu. Sembilan

Rutin harian bertugas di bahagian ini adalah seperti rutin biasa Markas cuma dari segi Part of Ship, kami sibuk dengan senggaraan ship husbandry bot.  Seminggu sekali setiap hari khamis, bot-bot akan keluar ke Peraiaran Pulau Pangkor untuk pemanasan jentera.

Peluang bertugas bukan datang bergolek atas dasar arahan perkhidmatan,  tetapi atas usaha sendiri mengintai peluang yang mana ketika itu berlaku kekosongan sebagai Juragan atau skipper kepada KP Selar dan Bot Panglima.

Tugas ini tentunya tidak ‘disukai’ oleh Bintara-bintara dalam Bosun Armada ketika itu kerana sebagai Juragan Bot Lancang malah juga Bintara Bahagian kepada lebih daripada 20 orang anggota akan memeningkan kepala untuk mengawal dan mengurus mereka.

DSC_0021-1

Malah ada juga yang memberi alasan tidak tahu mengendalikan bot dan alasan yang paling tragis ialah tidak berani untuk membawa VIP yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan TLDM yang kadangkala tidak menentu masa keperluannya.

Pada aku, rasa sangat bertuah dapat bertugas di bahagian ini kerana diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Pegawai Bosun untuk mengurus segala keperluan pengoperasian Bot dan Lancang serta pengurusan dan kebajikan anggota tanpa mengalami banyak masalah.

DSC_0022

Apa yang penting aku dapat memahirkan diri di dalam pengendalian bot yang mana ‘ilmu’ amali dalam bidang ini tidak dapat diperolehi dengan mudah walaupun dalam konteks TLDM sendiri.

Secara kebetulannya ia menjadi sangat bermakna kerana aku juga memiliki ticket helmsman yang aku perolehi dengan menduduki peperiksaan  secara persendirian di Jabatan Laut.  Ticket itu sekarang ini sudah dinaik taraf kepada kompetensi STCW. Ekspresi


0 Responses to “Juragan Bot Lancang”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: