25
Apr
14

TLDM Bersama Media 2014

Rupanya dah lama aku tak kemaskini  my Ekspresi maklumlah di waktu muthakir ini agak sibuk dengan urusan harian dan menulis artikel untuk Majalah Perajurit serta berintraksi dengan kawan-kawan lama dan kawan baharu di laman sosial sehinggakan lupa (malas kot) untuk merakam semula peristiwa-peristiwa semasa yang boleh diketengahkan sebagai bahan-bahan kenangan di suatu hari mendatang.

Pada 23 dan 24 April yang lepas seperti sebelum ini pun bila menjelang Hari Ulang Tahun  (HUT),TLDM akan menjemput pengamal-pengamal media tempatan untuk bersama TLDM yang lokasinya tertakluk kepada perancangan penganjur.  Tahun ini Hari Bersama Media (HBM) adalah ditaja oleh Unit Komunikasi Koperat (UKK) Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TLDM Lumut selaku local host.

IMG_0691

KD HANG TUAH sudah banyak berbeza berbanding dahulu.

Mortar Mark 10 sudah dibuang dari lokasi ini

Mortar Mark 10 sudah dibuang dari lokasi ini

sebahagian daripada 36 orang peserta sedang mmenunggu untuk mendengar taklimat dari pihak kapal

sebahagian daripada 36 orang peserta sedang mmenunggu untuk mendengar taklimat dari pihak kapal

Pada 231200H peserta-peserta dari  pelbagai media melapur diri di KD HANG TUAH sebagai tempat penginapan kami sepanjang 2 hari ini.  Sebahagian besar peserta menaiki bas penaja dari Kuala Lumpur untuk ke Base Lumut dan selebihnya datang dengan kenderaan sendiri terutamanya paserta media dari sebelah utara.

Tim UKK ....terima kasih bagi mini ipad

Tim UKK ….terima kasih bagi mini ipad

Kunjungan aku kali ini seolah-olah reunion aku dengan KD HANG TUAH kerana sebenarnya aku merupakan krew HANG TUAH pada tahun  1984.  Selepas menamatkan perkhidmatan dengan TLDM kali terakhir aku menjejak kaki di KD HANG TUAH adalah pada Hari Terbuka Armada 2010 (kalau tak silap). Masa tu Pegawai memerintahnya ialah Kdr Syafie Badarudin (NO aku di KD SERI SARAWAK.

bergambar selepas majlis barbeku bersama  FOC dan peg2 Kanan TLDM

bergambar kenangan bersama FOC dan peg2 Kanan TLDM

Ringkasnya, pada petang 23 Apr kami di bawa ke Lumut Yacth Club dan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk  berregata dengan 2 buah  bot layar TLDM iaitu UTARID dan ZUHRAH.   Perlumbaan santai kami bermula di Lumut Yatch Club hingga ke South East Point dan berpatah balik ke Lumut.

Sebenarnya trip kali ini sebagai pelengkap kehidupan aku dengan bot dan kapal layar TLDM kerana pada suatu ketika dahulu aku pernah berguru dengan pelayar negara Puasa Selamat dalam Kelas Laser, Aman Tulus juga pelayar negara dalam Kelas Enterprise dan pernah bertugas dengan Kapal Layar TUNAS SAMUDERA.  Tak sangka pulak Bot layar UTARID dan ZUHRAH yang aku sambut ketibaan mereka semasa LIMA’11 dapat aku ‘merasai’ walaupun aku sudah berada dalam dunia persaraan.

suasana perlumbaan

suasana perlumbaan

enjoyed time

enjoyed time

Sebelah malam acara barbeku diadakan di geladak penerbangan KD HANG TUAH.  Makan malam dihadiri oleh Laksdya Abdul Hadi Rashid (Panglima Armada)serta pegawai -pegawai Kanan TLDM.  Majlis diserikan dengan nyanyian  oleh Kombo Gelombang Biru serta cabutan bertuah.

IMG_0784

Kambing, ayam dan daging bakar…

hidangan chef TLDM ala hotel 5 bintang

hidangan chef TLDM ala hotel 5 bintang

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

barbeku di atas geladak penerbangan KD HANG TUAH

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

kolaborasi media dan TLDM sangat penting bagi menyebarkan maklumat TLDM kepada rakyat

sejarah dalam hidup dapat cabutan bertuah yang agak mahal

sejarah dalam hidup dapat cabutan bertuah yang agak mahal

Early Morning exercise (EMA) bersama krew KD HANG TUAH di atas jeti Air dalam mengisi program pagi kami.  Selepas sarapan pagi, kami di bawa melawat ke Penyelaku Anjungan WASPADA,  Galeri PTL dan Penyelaku DCFF  TANGKAS.

Program kami berakhir selepas makan tengahari di Wisma Samudera. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya staff UKK serta pegawai-pegawai perhubungan yang telah memberi sepenuh komitmen terhadap program pada kali ini.


0 Responses to “TLDM Bersama Media 2014”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,686 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: