15
Mar
15

Kenangan LIMA’15

Lama membiarkan ruangan ini tidak berekspresi…sebenarnya bukan tidak rajin tetapi tiada imput yang agak sesuai untuk disimpan sebagai kenangan nanti. Apa pun hari ini ada sedikit kekuatan untuk mencoret sebuah perjalanan yang ku kira wajar dijadikan arkib untuk tatapan di kemudian hari.

Sepatutnya jadual berlepas feri yang membawa kenderaan dari Kuala Perlis dijadualkan pada jam 1200H tapi semalam dapat sms dari syarikat Langkawi Auto Services menyatakan jadual telah dipinda kepada 0900H dan proses check in  selewat-lewatnya jam 0800H.

Feri berlepas jam 0915H dengan kelajuan -+ 10 knot dan selamat merapat  dermaga Tanjong Lembong pada jam    1100H. Jika dikira kelajuan dan masa tiba bolehlah dianggarkan  jarak dari Kuala Perlis ke Tanjong Lembong adalah +- 10 batu notika bersamaan 18 km( 1 batu notika= 1.8km).

Langkawi...am coming to you

Langkawi…am coming to you

Perjalanan melalui bot disambut dengan suasana keindahan yang tak jemu mata memandang

Perjalanan melalui bot disambut dengan suasana keindahan yang tak jemu mata memandang

Setiba di langkawi aku terus ke kawasan Pantai Cenang dan makan tengahari di kampong Temoyong sehingga masuk waktu zohor aku ‘berehat’ di Masjid Kg. Temoyong yang sudah tidak asing bagi ku. Waktu itu satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di mana Tim aerobatik Jupiter dari Indonesia telah terlibat dalam satu  kemalangan udara semasa menjalani latihan untuk LIMA. Sambil berehat di masjid, aku mengikuti perkembangan terkini kemalangan tersebut melalui Whatapps dengan rakan-rakan groups.

Pukul 6.30 petang menuju ke hotel Langkasuka Kuah untuk bermalam bersama sahabat seperjuangan Jamil yang kini ditukar lantik ke APMM.

16 Mac 2015

Jam 10.00 pagi ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) untuk mengambil Pass Media untuk LIMA edisi ke 13 yang bermula secara rasminya pada 17 Mac hingga 21 Mac 2015. Selepas makan tengahari di Press Centre MIEC aku terus ke Jeti Star Cruise World Resort untuk sesi Hi-tea bersama Menteri Pertahanan Datuk seri Hishamuddin pada jam 4.00 petang.

0000000000001

PC Menteri Pertahanan on board KD JEBAT.

Pemain Kombo Gelombang Biru

Pemain Kombo Gelombang Biru- Bila jumpa mesti merakam kenangan

Banyak kenanagn dengan mereka

Banyak kenangan bersama mereka suatu ketika dahulu

17 Mac 2015

Perasmian LIMA’15 pada kali ini dengan pertunjukan aerobatik dan lintas hormat aset terbaharu TUDM Airbus A400M.

Dengan kereta sendiri pilihan tempat untuk mengambil gambar menjadi lebih mudah kerana boleh menyusup ke lokasi-lokasi strategik untuk mendapat sudut fotografi yang lebih menarik.

Gimik perasmian

Gimik perasmian

IMG_1908

Airbus A400M mendarat sebaik sahaja selesai membuat lintas hormat Perasmian LIMA’15

Rakan NGO Panggilan Pertiwi

Rakan NGO Panggilan Pertiwi yang sama-sama membuat liputan LIMA

Rakan-rakan forum Mymill

Rakan-rakan forum Mymill juga antara peminat-peminat pertahanan yang aktif

Kawad Senyap TLDM antara daily show di seksyen maritim

Kawad Senyap TLDM antara daily show di seksyen maritim

Jam 6.30 ptg wakil-wakil media pilihan menghadiri majlis cocktail di restoren Bonton  anjuran BAE System.

BAE belanja makan

BAE belanja Cocktail

Tim Adj & Perajurit ...BAE belanja Cocktail di Restauran Bon Ton.

Tim Adj & Perajurit …BAE belanja Cocktail di Restauran Bon Ton.

18 Mac 2015 (Rabu)

Meluangkan masa untuk mengambil gambar pertunjukan aerobatic di Tarmac.. berpanas le sebab matahari terpacak atas kepala..

Tim aerobatic Al-Fursan UAE Airforce with armachi

Tim aerobatic Al-Fursan UAE Airforce with armachi

Sukhoi TUDM beraksi cemerlang setiap kali mengadakan pertunjukan

Sukhoi TUDM beraksi cemerlang setiap kali mengadakan pertunjukan

Demonstrasi melawan keganasan oleh elemen-elemen pasukan khusus di hadapan World Resort jam 4.00 petang.

Elemen APMM dan TLDM sedang beraksi untuk tontonan VIP

Elemen APMM dan TLDM sedang beraksi untuk tontonan VIP

19 Mac 2015 (Khamis)

Program untuk petugas media pada pagi ini ialah Photo Op.  Jam 06.30 pagi, kami dah bersedia untuk masuk ke Tarmac untuk mengambil gambar kapal terbang sekitar Tarmac berlatar cahaya subuh hening.

Tarmac waktu subuh

Tarmac waktu subuh

Inilah hasilnya

Inilah hasilnya

inilah hasilnya

inilah hasilnya

Tarmac seleppas naik matahari

Tarmac selepas naik matahari

Jam 10.30 pagi aku sudah berada di World Resort Porto Malai untuk berhabis masa dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di seksyen maritim.   Boat show dan pertunjukan menyelamat  adalah di antara acara  yang dipertontonkan yang merupakan acara ‘wajib’ setiap kali LIMA dianjurkan.

Sebuah bot TLDM sedang beraksi

Sebuah bot TLDM sedang beraksi

Aktiviti lain yang ada di seksyen maritim ini ialah kapal-kapal dibuka untuk lawatan serta boat trip percuma untuk pengunjung melihat kapal-kapal yang terlibat dengan LIMA bersauh dengan lebih dekat.

Banglades ship dibuka untuk orang ramai

Banglades ship dibuka untuk orang ramai

Selepas lunch di World Resort aku dan editor Perajurit menuju ke Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) untuk membuat liputan acara penutup Multination Counter Terrorism Exsecise (MNCTX).Istilah keganasan telah berkembang dengan ketara pada era 1970an hingga 1980an yang mana dunia dikejutkan oleh gerakan puak Tentera Merah Rakyat Jepun dan The Baader Meinhof yakni kumpulan militan Jerman Barat. Kemudian berakhirnya era perang dingin menyaksikan kemunculan ancaman asimetrik atau perang non militer yang cirinya lebih lembut dan lebih murah dari segi kerugian dan kemusnahan berbanding perang konvensional.
Namun begitu perang asimetrik juga menyaksikan perubahan mendadak dan tindak tanduk kemasyarakatan telah mencetus peningkatan suasana ancaman global yang tidak dapat dijangka. Keadaan ancaman-ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional telah berkembang dengan pesat sehinggakan mengatasi keupayaan sesebuah negara dalam mencari jalan yang sesuai bagi mengatasinya.

Aksi menyelamat tebusan oleh Pasukan Khusus ATM dan PDRM

Aksi menyelamat tebusan oleh Pasukan Khusus ATM dan PDRM

Menteri Pertahanan sentiasa memberi komitmen terbaik kepada pasukan keselamatan

Menteri Pertahanan sentiasa memberi komitmen terbaik kepada pasukan keselamatan

Jam 8.00 malam Asean Food Festival anjuran TLDM yang mana pengisiannya berupa makan malam diiringi dengan pertunjukan kebudayaan oleh anak-anak kapal negara-negara partisipasi di dewan World Resort. Chef-chef  kapal tentera laut dari beberapa negara terlibat telah menyediakan juadah-juadah popular bagi negara mereka di gerai-gerai yang dibina khas untuk festival ini.

Food fest adalah acara santai makan sambil berhibur dengan persembahan tradisi negara2 partisipasi

Food fest adalah acara santai makan sambil berhibur dengan persembahan tradisi negara2 partisipasi

Acara anjuran TLDM setiap LIMA

Acara anjuran TLDM setiap LIMA

20 Mac 2015 (Jumaat)

Jam 8.30 pagi – membuat liputan perasmian Multination maritime security exercise bertempat di dewan Tun Rahah di dalam kawasan perumahan anggota dan pegawai TLDM Langkawi.

MNMSX adalah suatu usaha dan pendekatan bagi mempromosi keamanan dan kestabilan serantau dan mempamerkan kepada khalayak dan negara-negara dunia yang mana Malaysia mampu dan sentiasa mencari pendekatan realistik untuk bekerjasama dalam memastikan negara-negara serantau aman dan stabil.

PTL membuat ucapan perasmian

PTL membuat ucapan perasmian

21 Mac 2015 (Sabtu)

Pagi lepak di TLDM press centre sementara menunggu waktu untuk bergerak balik.  Jam 1.00 tengahari JMB dermaga Tanjong Lembong menuju ke dermaga Kuala Perlis.

Masa balik muatan kenderaan penuh

Masa balik muatan kenderaan penuh

Dipendekkan cerita tamatnya sebuah perjalanan untuk kesekian kalinya setelah selamat sampai ke destinasi kampong halaman pada  + – jam 5.00 petang.


0 Responses to “Kenangan LIMA’15”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: