08
Nov
15

RDP/JTP ReUnion

rdp (1)

Warga RDP/JTP bergambar selesai jamuan

Pada 31 Okt 2015 yang lalu merupakan julung-julung kali program reunion diadakan dalam kalangan anggota kepakaran Radar Plotter(RDP) TLDM atau kini telah diberi penjenamaan semula nama  Juruplot Taktikal Peperangan (JTP) yang lebih menepati dalam konteks kerja dan penugasan yang mencabar sebagai operator perang 4 dimensi selain dari penugasan asas sebagai eyes of the fleet.

20151031204402_22831724701_o

Penganjur bertungkus lumus untuk membuat yang terbaik

Perjumpaan semula ini telah diadakan di Dewan Intan Orient Star Hotel Lumut Perak. Bandar TLDM yang sangat sinonim sebagai daerah pemastautinan warga navy people sejak akhir 1970an selepas di bawa berpindah dari Woodlands Singapura.

22752313766_42c992b150_z

Pertemuan singkat tak sempat nak bercerita panjang

Pertemuan siri pertama ini berjaya mengumpul seramai lebih 100 orang bekas RDP dan juga anggota JTP yang masih berkhidmat bertemu semula dalam suasana harmoni dan muhibah. Mereka datang dari kebanyakan negeri-negeri di semenanjong seperti Kelantan, Melaka, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Negri 9 semata-mata untuk melampiaskan rindu setelah sekian lama berpisah.

20151031204447_22402245387_o

Seronok dapat berjumpa rakan2 lama

Pertemuan kali ini  telah menemukan rakan-rakan dari pelbagai batch dan generasi dan pelbagai peringkat pangkat yakni anggota yang tertua dari batch 3 digit yang berkhidmat sejak awal 1970an.  Sesuatu yang menarik untuk digambarkan ialah bekas RDP ini  bukan sahaja dari kalangan anggota LLP malah ada juga yang sudah ditauliahkan sebagai pegawai.

Bekas2 Jurulatih

Bekas2 Jurulatih

Ada yang sangat berjaya dalam di luar perkhidmatan dalam konteks pangkat dan kedudukan di jabatan-jabatan kerajaan serta berjaya membina organisasi sendiri di bidang perniagaan dan seumpamanya. Malah tidak kurang jumlah  mereka yang tidak bernasib baik dalam pertarungan kelangsungan hidup setelah menamatkan perkhidmatan.  Pendeknya perjumpaan ini banyak merungkai kisah hidup masing-masing yang  selama ini tersimpan sebagai kisah suka duka kehidupan.

skot 146 1981

skot 146 1981

Namun begitu perjumpaan semula ini bukan perjumpaan bekas RDP tetapi merupakan perjumpaan warga RDP/JTP yang sudah menamatkan perkhidmatan dan yang masih di dalam perkhidmatan. Perjumpaan ini membawa mesej bahawa roh hubungan warga RDP/JTP sentiasa hidup walau pun mereka tidak lagi menjadi mata armada.  Realiti ini telah dizahirkan melalui komitmen  dalam program singkat dengan kehadiran warga semuda umur dua puluhan dan warga veteran setua umur tujuh puluhan dari pelbagai pangkat serendah Laskar Kelas 1 sehingga pegawai yang berpangkat Kepten. Syabas RDP/JTP!!….


6 Responses to “RDP/JTP ReUnion”


  1. 1 Ahmad Rafael
    09/11/2015 at 9:06 am

    Terima kasih saudara Hamzah……satu penulisan yg terbaik bagi mengenang warga RP yang telah sekian lama tidak bertemu. Saudara juga merupakan salah seorang yang berjaya didalam dunia kewartawanan. Teruskan usaha saudara dan Insaya Allah kita akan bersua kembali. Sekiranya saudara menuju ke selatan lapangkan masa kiranya sudi singgah di kediaman saya. As’salam.

  2. 3 Sharizam Sulaiman
    09/11/2015 at 9:36 am

    As salam Encik..saya intex 187..salam perkenalan.rajin gak saya bc blog Encik jika ada kelapangan..skrg sye bertugas di Seoul,Korea.

  3. 5 Nanyan
    18/11/2015 at 7:22 pm

    Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua AJK terlibat secara langsung dan tidak langsung.. tahniah juga kepada yang hadir dari jauh dan dekat demi pertemuan yang singkat.. terserlah suasana gembira dan terharu di pertemuan pertama ini..insha allah di masa akan datang kita akan bertemu lagi bersama keluarga dengan acara lebih meriah dan harapan lebih ramai lagi PLOTTERS akan joint…..terima kasih semua..

    • 6 hamzah
      20/12/2015 at 9:30 pm

      terima kasih dan welldone saudara nayan yang turut berusaha kearah merealisasikan perjumpaan ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: