30
May
16

SAKIT UNTUK KEINSAFAN

29 mei 2016, lima minit sebelum jam tujuh pagi aku telah sampai ke wad K1 hospital Sultanah Bahiyah 2 ( hospital lama) untuk lapur temujanji satu pembedahan kecil di tapak tangan. Wad masih belum dibuka.
Jam 7 aku terus melapur bila wad dibuka. Setelah selesai pendaftaran aku ditempatkan di bay 4 bed no 13 dan diminta menukar kepada pakaian wad. Sejurus dokter datang memberi sedikit penerangan tentang perjalanan pembedahan. Di sini perasaan takut mula mempengaruhi fikiran. Terdetik juga rasa menyesal kerana menerima saranan Dr. Pakar supaya membuat sedikit pembedahan.

Jam 9 giliran aku sudah sampai. Dari wad aku disorong oleh jururawat dengan kerusi roda ke bilik pembedahan. Semua pakaian dan peralatan persendirian ditanggalkan dari badan sebelum di bawa ke bilik bedah. Setiba di luar bilik bedah aku dibaringkan di atas stretcher dan menunggu giliran.  Semasa penantian di atas pembaringan serta prosedur yang diaplikasikan ini menambahkan lagi rasa cuak di hati. Berbagai penyesalan dan keinsafan mula bermain difikiran.  Entah bagaimana perasaan pesakit lain yang terpaksa melakukan pembedahan untuk penyakit yang lebih kronik .

Jam 9.45 aku disorong masuk ke dewan bedah.  Jam 10 pembedahan dimulakan dengan menyuntik ubat bius di sekitar tapak tangan. 10 minit kemudian pembedahn selesai… simple saja proses berjalan tetapi prosedur yang di laksanakan seolah -olah aku berhadapan dengan kes kronik….lega rasa di hati. Syukur alhamdulillah.

Cabarannya ialah luka ini tidak boleh terkena air untuk beberapa ketika mengikut nasihat Dr.

Operate sikit ja tapi sudah pasti mengharapkan keberhasilan yang tinggi bagi mengatasi kesakitan yang dialami sebelum ini. Apa pun aku redho dengan apa saja yang Allah takdirkan nanti.

Apa pun cabaran lain menanti sesudah tangan berbalut. Nak berwudhu pulak tak boleh kerana luka tidak diharuskan untuk terkena air. Maka alternatifnya ialah wajib bertayammum. Setelah merujuk dengan ustaz-ustaz yang berwibawa tentang kaedah terbaik untuk bertayammum pada anggota wudhu yang berbalut ialah Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka. Kemudian menyapu kepala serta anggota wudhu yang boleh terkena air.

Apa pun semuanya berjalan lancar selepas beberapa hari berpantang dari luka terkena air, aku terpaksa melanggar arahan dokter bukan apa rasa rimas lah untuk bertayamum.  Selepas sebulan kesakitan semakin berkurang walau pun terasa sengal-sengal dari dalam namun syukur kerana  punca masalah sudah dapat diatasi.

 


0 Responses to “SAKIT UNTUK KEINSAFAN”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: