19
Nov
16

Catatan Sebuah Perjalanan 3…

Sabtu 19 Nov 2016 -Kelmarin menerima perkhabaran kelahiran cucu kedua kami. Kali ini lelaki, alhamdulillah sudah sepasang cucu ku.

Setengah jam kami tiba di stesen Anak Bukit bersama isteri yang dihantar oleh jiran sebelah rumah untuk menaiki ETS pada jam 0959H.

Turun dari kereta kedua-belah kasut aku pecah.  Hairan bin ajaib jugak rasanya… Masa nak pakai tadi semua elok ja. Sebenarnya sebelum aku memilih untuk memakai kasut ini, sudah 3 pasang kasut  aku cuba untuk matchkan dengan pakaian yang aku bawa namun semuanya rasa serba tak kena. Akhirnya kasut chocolate ni yang aku pilih…. dah jadi lagu ni pulakk!!. Apapun aku terus memakainya sehingga ke destinasi terakhir.  Nak balik tukar rasanya takut tak sempat.

Di ruang menunggu stesen Anak Bukit, seorang kakak mengingatkan aku pesanan dari anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur supaya tidak memakai baju kuning.

Owh…! aku memakai baju kuning rupanya. Baru aku teringat yang hari ini merupakan hari perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Meski pun aku tidak begitu risau sangat tentang ‘kesusahan’ yang bakal aku tempuh jika terus memakai baju kuning namun bila memikirkan isteri dan barang-barang yang aku bawa takut nanti menyusahkan pula. Jadi untuk persediaan yang lebih ‘selamat’, aku membuat keputusan untuk menukar sahaja baju yang berwarna lain semasa berada di dalam tren.

ETS menjadi pilihan utama setiap kali aku ke KL

Di dalam tren lain pulak cerita… belt yang baru saja aku beli rasa semakin longgar. Rupanya belt without hole ni tak boleh grip. Ada saja la … 

Perjalanan kali ini pakaian yang buat hal. Tak pernah jadi camni sebelum ni sebab aku ni jenis mengambil berat tentang pakaian bila nak buat perjalanan jauh lebih-lagi jika menggunakan kenderaan awam.

ETA KL Sentral jam 1500H agak tersasar dari ETA yang dirancang pada 1425H.

191530H- Meneruskan perjalanan ke Kota Warisan dengan menggunakan ERL KLIA Transit turun di Stesen Salak Tinggi.

Pertama kali naik ERL dan tambang ERL agak mahal berbanding perkhidmatan lain

Untuk ke Kota Warisan lebih selesa degan menaiki ERL KLIA Transit turun di stesen Salak Tinggi

1600H- Tiba di destinasi yang dituju semestinya tengok orang baharu iaitu cucunda yang kedua.

Sejukk mata memandang …

Ahad 201000H Nov – Kali pertama keluar jenjalan di Pekan Kota Warisan walapun sudah beberapa kali datang ke sini. Sebuah pekan kecil moden yang mampu melengkapi segala keperluan asas penduduk.

Best untuk lepak, banyak kedai-kedai makan tersedia

1700H- Hantar kakcik ke UPNM, sementara tu singgah AEON Taman Maluri Cheras untuk beli kasut…

Ganti kasut ku yang koyak

Isnin 21, lepas  sarapan pagi tak buat apa. Abadikan gambar-gambar pokok yang menghiasi rumah besan ni pun bagus jugak. Kebetulannya kami mempunyai minat yang sama tentang lanskap.

Selasa 22 nov- Diringkaskan cerita, percutian 4 hari 3 malam sampai ke penghujung. Tiket flight jam 2040H KLIA2-AOR dah pun dibeli.


2045H – Air Asia safely landed ..alhamdulillah.


0 Responses to “Catatan Sebuah Perjalanan 3…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

IMG-20161114-WA0002

More Photos

Tetamu dihati

  • 67,645 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None

%d bloggers like this: