02
Jan
17

Contoh Surat Rayuan Haji

Seingat saya Lembaga Tabung Haji (TH) mula memanggil atau menghantar surat tawaran di awal tahun untuk menunaikan fardhu haji kepada pendaftar-pendaftar yang sudah sampai giliran ialah pada tahun 2012.

Seperti biasa di awal-awal tahun sebegini umat islam yang merasakan dirinya sudah lama mendaftar tertunggu-tunggu surat tawaran tersebut.

Kaedah tawaran awal ini adalah sangat praktikal berbanding cara lama yang menawarkan dalam tempoh yang singkat sebelum tiba musim haji kerana bakal jemaah diberi ruang masa yang cukup untuk membuat persediaan sewajarnya.

Walaubagaimana pun bagi pendaftar yang terpilih tentunya merasa lega namun bagi pendaftar yang belum ditawarkan tentunya merasa hampa terutamanya bagi mereka-mereka yang sudah lanjut usia atau mereka yang terasa uzur untuk menunggu giliran yang lebih lama.

Apa pun para pendaftar-pendaftar haji diberi peluang untuk membuat rayuan kepada mereka-mereka yang mempunyai alasan kukuh mengapa mereka perlu pergi ke Mekah seawal mungkin.

Masalahnya ada yang garu kepala bila pihak TH meminta supaya membuat rayuan kerana tak tahu nak menulis surat rayuan pulak.

Sekadar berkongsi idea dengan pembaca  tatacara menulis surat rayuan bagi  mereka yang memerlukan. Prosedur menulis surat bukan satu perkara utama, apa yang penting ialah butir-butir maklumat peribadi yang lengkap dan tujuan atau alasan yang diberikan semestinya logik untuk dipertimbangkan oleh puhak TH. Selamat mencuba….

 

1345, TamanPermai

Kampong Raja

22200   BESUT

Trengganu

Telefon: 012-3456789

Jan 2017

KY/PERS/5264 – (        )

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji, Lantai 30

Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji

201, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

RAYUAN  MENGERJAKAN FARDHU HAJI TAHUN 2017M/1438H

1. Berhubung dengan perkara di atas, saya dan ibu saya telah pun mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada tahun 2010 namun masih belum terpilih sebagai jemaah untuk tahun ini.

2. Kebimbangan saya ialah keadaan ibu saya yang semakin berumur (74 tahun) dan tahap kesihatannya yang semakin uzur, adalah dibimbangi jika beliau tidak diberi peluang untuk menunaikan fardhu haji dalam masa terdekat, akan menyukarkan perlaksanaan haji di masa-masa akang datang.

3. Justeru, saya sebagai waris yang diamanahkan oleh keluarga untuk menemani beliau menunaikan fardhu haji memohon supaya kami berdua diberi peluang untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

4. Butir-butir peribadi saya:

     a. Nama: xxxxxxxxxx BIN xxxxx

    b. No. Mykad: ……………

    c.  Umur : 55 Tahun

    d.  No. Akaun TH:…….

5.  Butir-buttir peribadi Ibu:

     a.  Nama: kASMAH BINTI HASHIM

     b.  No. Mykad: …………………

     c.  Umur : 74 Tahun

     d. No Akaun TH:……..

6.  Jasa baik pihak TH mempertimbangkan permohonan saya ini sangat-sangat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

7.  Sekian.

…………………………….

(KAMIL  BIN HUSIN)

Advertisements

0 Responses to “Contoh Surat Rayuan Haji”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Flickr Photos

Tetamu dihati

  • 73,833 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar


%d bloggers like this: