Catatan Perjalanan 7- Down The Memory Lane

9 Mei 2017 Pagi – Bermusafir kembali ke suatu daerah yang menjadi kenangan dalam kehidupan. Daerah Manjung dan Lumut secara spesifiknya adalah merupakan tempat yang pernah menjadi kampong halaman kedua kerana belasan tahun bermastautin di daerah ini menjadi sebahagian dari warga TLDM.

Bismillahirahmaanirrahiim…
Persinggahan wajib setiap kali melintasi RnR Gunung Semanggol
Setiba di Manjung Harizan dan Ziyadi (gp 146) menunggu untuk lunch
Paktam (gp 146) datang kemudian
Tempah hotel via apps Traveloka cepat dan mudah
Bilik deluxe yang selesa dengan harga standard

Jam 1630- Rombongan mantan-mantan krew pertama dan mantan-mantai Pegawai Memerintah KD HANG TUAH (Frigate 76) tiba di himpitan Dermaga Air Dalam armada TLDM. Bermulalah majlis Sambutan Jubli Emas 50 tahun KDHT berkhidmat dalam perkhidmatan tentera laut yang sebahagian besarnya dalam perkhidmatan TLDM.

Sambutan ini juga bertujuan mengenang kembali dan menghargai pengorbanan jasa dan perit jerih pegawai dan anggota-anggota yang pernah berkhidmat di kapal ini.  Sesuai dengan tema sambutan Down The Memory Lane, telah menggamit nostalgia sebahagian warga-warga kapal yang pernah terlibat secara langsung sebagai kru KDHT yang turut sama meraikan majlis sambutan yang diadakan di geladak penerbangan KDHT ini sendiri. 

Selain kru-kru KDHT yang masih berkhidmat pihak kapal telah berjaya menghadirkan seramai 36 orang mantan-mantan seawal kru pertama dan kru generasi selepasnya termasuk Panglima Tentera Laut,  YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin dan penulis sendiri yang juga pernah berkhidmat di kapal ini pada tahun 1983 -1985  ebagai Yeoman Radar Plotter di bawah seliaan YBhg Tan Sri PTL yang sewaktu itu selaku Pegawai Navigasi.  Mantan2 KD HANG TUAH menaiki gangway

Ucapan aluan PTL
Mantan PM yang hadir
Veteran2 TLDM dan mantan kru KDHT
Hadirin menyaksikan video klip sejarah KDHT
Ybhg PTL Kdr (B) Nazri di antara pegawai yang pernah sekapal dengan penulis

Majlis tamat sekitar jam 1900 .  Tahniah kepada pihak TLDM kerana telah mengadakan Majlis seumpama  ini yang tentunya dapat mengimbau kenangan kepada mereka-mereka yang pernah terlibat.

Pandangan luar tingkap hotel galaxy In
Lumut sudah dimartabatkan sebagai Bandar TLDM
Breakfast dgn ex- pwrdp yusuf di restoran nasi ulam lumut
Lumut Bandar TLDM yang sentiasa diberi sentuhan perubahan

Simpang Terong-Beruas-Lumut
RnR Gunung Semanggol hala ke utara
Simpang Changkat Jering dok macam tu dari dulu
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s