Al-Kisahnya Re-Union Intake146 TLDM

Pertemuan semula atau lebih popular disebut re-union dalam kalangan pengambilan 146 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah masuk siri ke-3 penganjurannya.

Kronologi RU Intake 146 ini kali pertamanya diadakan di kawasan peranginan Senggari Lumut Perak pada 23 Nov 2014 dan kali kedua perancangannya dijadualkan pada 01 Oktober 2015 berlangsung di Port Dickson yang diberi mandat kepada ahli-ahli yang berada di kawasan Zone Tengah Semenanjong mengendalikannya dibatalkan di saat-saat akhir.

Seterusnya pada 28 Nov 2016, AJK Induk Intake 146 mengambil inisiatif melaksanakan RU 146/81 ini di Teluk Rubiah juga di kawasan Manjung Perak.

Siri ketiga RU 2018 Intake 146/1981 (RU’18/146) telah diberi cabaran kepada ahli-ahli yang berada di zone utara Semenanjong yang melibatkan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pula menganjurkannya.

Justeru pada 28 Oktober 2017, beberapa orang ahli telah mengambil inisiatif bermesyuarat bagi pembentukan AJK Kerja bagi merancang perlaksanaannya.

Mesyuarat pertama ini telah diadakan di Puteri Chalet di kawasan peranginan Titi Hayun Daerah Yan Kedah yang mana lokasi juga telah dipilih untuk diadakan RU’18/146 yang dijangka akan diadakankan pada 29/30 September 2018.

Foto-foto di sekitar Mesyuarat pertama yang dibuat secara santai bersama ahli keluarga….. Doakan semuanya berjalan lancar. Insyaallah.

One thought on “Al-Kisahnya Re-Union Intake146 TLDM”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s