Trip To DSA 2018

Nak cerita, pada 14 Apr 2018 hari tu, aku berETS lagi ke Klumpo. Biasalah rutin aku sorang diri sorang senyawa…dah biasa gitu. Naik ETS trip jam 1830 di stesen Anak Bukit . Bagi aku trip lepas asar ni sangat sesuai untuk bermusafir kerana takyah nak fikir camana nak bersolat atas train sebab dah dapat kelonggaran jamak qasar nanti.

Meski pun atas train ada surau namun nak dapat giliran tu leceh sebab surau tu cuma muat 2 orang saja. Dalam hal ini aku pernah bersolat di ruang antara koc sebab malas nak tunggu giliran. Yang penting solat kan?….

Ini cerita dalam ETS. Memang berbaloi la ada ETS ni sebab pantas dan selesa. Sebab itu untuk projek ECRL laluan pantai timur ni jangan ada sebarang gangguan yang boleh mengakibatkan gagal untuk disiapkan mengikut jadual. ECRL sangat penting bagi orang pantai timur sebagai kenderaan utama yang lebih pantas dan selesa.

Destinasi terakhir train ialah Gemas. Maknanya lain kali kalu nak pi Nismilan boleh naik ETS je la. Pada aku sangat selesa dan separuh tambangnya kepada pesara kerajaan seperti aku ni. Dipendekkan cerita, ETA Klumpo hari tu di awal pagi le..

Ada pun sebenarnya trip aku kali ini nak menyertai DSA di MITEC . Pameran pertahanan dan keselamatan yang disertai oleh warga dunia. Acara dwi tahunan ini juga menjadi medan pertemuan kami dalam kalangan pengamal media pertahanan dari media cetak, elektronik dan juga blogger… malaih nak bercerita panjang, biar gambar pula yang berbicara…terima kasih kepada anda yang sudi membaca seketika…

DSA Day 1 15 Apr 2018

Di media centre wartawan dari seluruh dunia melapor diri untuk mendapatkan pas media
Gambaran di dalam Media Centre yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tim PR ATM
Tim ADJ dan Majalah Perajurit dari SHP Media berkampong di MITEC
PAT semasa sesi Media Tour sehari sebelum perasmian DSA
Wan dan Ajak Wartawan Panggilan Pertiwi
Murshid-editor Majalah Perajurit di DSA Reception Night
Megat, Azhar wartawan Panggilan Pertiwi
Makan Time

Daim- hero Air Time
Artis Badan Kesenian PDRM turut menghiburkan hadirin
Artis Badan Kesenian Tentera Darat

DSA Day 2 15 Apr 2018

Imran rakan TLDM
Tun shazlan-rakan PDRM
Fendi dan Razza rakan penggemar pertahanan dari sarawak pun hadir
Bos SHP Media, Kept Badar di booth Perajurit
Ila dan Dib staf booth perajurit
Kdr Shariman Ship mate KD Kasturi late 90’s

Sebenarnya DSA tamat pada 19 apr tapi aku balik awai sebab banyak keje lagi nak buat kat rumah. Dua hari meme tak cukup masa nak selongkar bahan penulisan.

Apa pun rasa terubat juga rindu kerana diberi keizinan olehNya untuk hadir ke DSA 2018.

170720H…. safely landed AOR. Thanks ols.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s