Archive for the 'Reunion' Category

28
Jun
17

Dairi Sri Sarawak PC 3145

Fitrahnya, lagi lama umur manusia itu maka tentunya ingatannya semakin kurang. Itulah hakikatnya yang mesti diperakui oleh semua orang.

Namun teknologi komunikasi masa kini telah banyak membantu mempertemukan insan-insan yang terpisah sejak sekian lama yang sebelum ini pernah mencipta kenangan suka duka semasa berada dalam satu organisasi.

Terpisah tempat tugas atau terpisah kerana telah menamatkan perkhidmatan adalah sesuatu yang lumrah namun oleh kerana kekangan masa dan situasi menjadikan rakan-rakan yang pernah bersusah payah dan saling berganding bahu suatu ketika dahulu terbiar dan terputus begitu saja.

Dengan adanya apa yang dikatakan media sosial seperti facebook, instagram, whatapps dan lain-lain telah merubah keadaan dan mencetus fenomena reunion dalam kalangan rakan-rakan, saudara-mara yang mana alat komunikasi ini sangat membantu untuk menjejaki mereka-mereka yang terpisah jauh walau ke hujung dunia dengan mudah.

Kali ini penulis terpanggil untuk merakam dan menyimpan detik-detik nostalgia masa lalu bersama krew KD SRI SARAWAK yang sempat bersama penulis sekitar  awal tahun 1990an yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1, Tanjong Gelang Kuantan.

Semuga dengan sedikit coretan bergambar ini akan dapat menyambung kembali ukhuwah dalam suasana baharu yang telah banyak berubah….

IMG-20170717-WA0012-1

PPP Rahmat dan CO Adam (laksma maritim) berserta keluarga dalam satu pertemuan

IMG-20170717-WA0007-1

TMK Harozi kini tawkey jean di Tanah Merah Klate

IMG-20170717-WA0009-1

Foto terkini Chef Sais dan PPP Jalil

IMG-20170717-WA0016-1

RDP Arif (bersara Lt Kdr) dan PPP Halim Siam menetap di Manjung

IMG-20170717-WA0008-1

PPP Rafi

IMG-20170717-WA0010

TLR Khairudin

PPP Rosli klate

CO Hamid Ali & keluarga

Advertisements
17
Apr
16

Jejak Kasih SNS 74-78

Dalam coretan lepas  yang saya terkenangkan rakan- rakan sepersekolahan di Sekolah Nasirudin Shah Besut (1974-1978) telah menjadi doa yang dimakbulkan.  Itulah iradah Allah yang mengqada dan mengqadarkan kitaran penghidupan hambanya.

Rupanya bukan saya seorang yang merindui rakan -rakan di zaman persekolahan.  Tak semena- mena pada satu pagi mac 2016  saya menerima panggilan telepon dari seseorang yang tidak dikenali berdasarkan suaranya tetapi sangat ceria seperti suara yang sangat familiar.

Namun di luar jangkaan sekali sesudah beliau memperkenalkan diri rupanya seorang rakan lama di zaman persekolahan di SNS Besut dahulu.  Wan Kamarulzaman Wan Ahmad yang terpisah sejak (+- ) 40 tahun dahulu setelah tamat zaman persekolahan.

Syukur alhamdulillah…apa yang saya bayang dan harapkan pada coretan lalu kini telah menjadi kenyataan.  Alhamdulillah … program jejak kasih ini telah membuahkan hasil, sorang demi seorang dapat dikumpulkan dan mula berintraksi kembali melalui grup whatsapp yang dirintis dan diusahakan oleh Wan Kamal, Haji Hassan dan Isterinya cikgu Wan Ainon.

Ternyata dalam tempoh ini, masing-masing pada usia 5 siri ini, melalui foto terbaharu yang dititipkan, wajahnya sudah banyak berubah dan sukar untuk dikenali walaupun gambaran wajah 38 tahun dahulu masih segar diingatan.

Berikut adalah di antara foto wajah-wajah rakan-rakan yang telah lama terpisah yang berjaya dijejak. layannnnn.

 

 

Walau pun dalam masa yang singkat usaha jejak kasih dilakukan namun keberhasilan amat ternyata sekali.  Dengan kemahuan yang tinggi untuk bertemu semula, sebenarnya pertemuan demi pertemuan awal dalam jumlah yang kecil telah pun direalisasikan bagi yang mempunyai kesempatan di persekitaran yang mengizinkan.

Mazlan, Bandar, Kamal

Mazlan, Bandar, Kamal

20160501140232

Mini gathering sempena majlis walimatulurus sdr Mazlan di Keramat KL

IMG-20160507-WA0006-1

Ibrahim dan Husin Awang Ngah

2016-05-11_06-28-19

7 Mei 2016 adalah saat yang dinanti telah menjadi kenyataan.  satu pertemuan yang dirancang telah pun berlangsung dalam suasana meriah bertempat di rumah Haji Hassan/Cikgu Wan Ainon di Alor Lintang Besut.

Partisipasi yang sangat menggalakkan walau pun kebanyakan rakan-rakan bermastautin di pelbagai negeri.  Program ini turut mengundang bekas guru-guru yang pernah mengajar yang juga sanggup datang dari jauh bila dijemput.

IMG-20160507-WA0015

Kehadiran yang sangat menggalakan

IMG-20160507-WA0034

Wahhh…sukanya

IMG-20160507-WA0037-1

Peluang bertemu kawan-kawan rapat semasa di SNS

IMG-20160507-WA0039

Ada yang kenal…..namun ramai yang dah tak kenal

IMG-20160507-WA0042-1

Wajah-wajah 5 series

IMG-20160507-WA0043

Tak lupa juga mengunjungi rakan yang kurang sihat

IMG-20160507-WA0050-1

Kalangan datuk dan nenek kembali bertemu..

IMG-20160507-WA0036

Bergambar kenangan di sesi akhir pertemuan

Hj Hasan dan W. Kamal menjejak kasih rakan-rakan di Sabah

Hj Hasan dan W. Kamal menjejak kasih rakan-rakan di Sabah pada 18 mei ’16

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempertemukan kembali rakan-rakan yang sudah lama terpisah membawa haluan masing-masing setelah tamat persekolahan.

Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program Pertemuan Semula ini samada yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung. Sekian

08
Nov
15

RDP/JTP ReUnion

rdp (1)

Warga RDP/JTP bergambar selesai jamuan

Pada 31 Okt 2015 yang lalu merupakan julung-julung kali program reunion diadakan dalam kalangan anggota kepakaran Radar Plotter(RDP) TLDM atau kini telah diberi penjenamaan semula nama  Juruplot Taktikal Peperangan (JTP) yang lebih menepati dalam konteks kerja dan penugasan yang mencabar sebagai operator perang 4 dimensi selain dari penugasan asas sebagai eyes of the fleet.

20151031204402_22831724701_o

Penganjur bertungkus lumus untuk membuat yang terbaik

Perjumpaan semula ini telah diadakan di Dewan Intan Orient Star Hotel Lumut Perak. Bandar TLDM yang sangat sinonim sebagai daerah pemastautinan warga navy people sejak akhir 1970an selepas di bawa berpindah dari Woodlands Singapura.

22752313766_42c992b150_z

Pertemuan singkat tak sempat nak bercerita panjang

Pertemuan siri pertama ini berjaya mengumpul seramai lebih 100 orang bekas RDP dan juga anggota JTP yang masih berkhidmat bertemu semula dalam suasana harmoni dan muhibah. Mereka datang dari kebanyakan negeri-negeri di semenanjong seperti Kelantan, Melaka, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Negri 9 semata-mata untuk melampiaskan rindu setelah sekian lama berpisah.

20151031204447_22402245387_o

Seronok dapat berjumpa rakan2 lama

Pertemuan kali ini  telah menemukan rakan-rakan dari pelbagai batch dan generasi dan pelbagai peringkat pangkat yakni anggota yang tertua dari batch 3 digit yang berkhidmat sejak awal 1970an.  Sesuatu yang menarik untuk digambarkan ialah bekas RDP ini  bukan sahaja dari kalangan anggota LLP malah ada juga yang sudah ditauliahkan sebagai pegawai.

Bekas2 Jurulatih

Bekas2 Jurulatih

Ada yang sangat berjaya dalam di luar perkhidmatan dalam konteks pangkat dan kedudukan di jabatan-jabatan kerajaan serta berjaya membina organisasi sendiri di bidang perniagaan dan seumpamanya. Malah tidak kurang jumlah  mereka yang tidak bernasib baik dalam pertarungan kelangsungan hidup setelah menamatkan perkhidmatan.  Pendeknya perjumpaan ini banyak merungkai kisah hidup masing-masing yang  selama ini tersimpan sebagai kisah suka duka kehidupan.

skot 146 1981

skot 146 1981

Namun begitu perjumpaan semula ini bukan perjumpaan bekas RDP tetapi merupakan perjumpaan warga RDP/JTP yang sudah menamatkan perkhidmatan dan yang masih di dalam perkhidmatan. Perjumpaan ini membawa mesej bahawa roh hubungan warga RDP/JTP sentiasa hidup walau pun mereka tidak lagi menjadi mata armada.  Realiti ini telah dizahirkan melalui komitmen  dalam program singkat dengan kehadiran warga semuda umur dua puluhan dan warga veteran setua umur tujuh puluhan dari pelbagai pangkat serendah Laskar Kelas 1 sehingga pegawai yang berpangkat Kepten. Syabas RDP/JTP!!….




Flickr Photos

Tetamu dihati

  • 75,357 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar

Top Clicks

  • None