Archive Page 6

16
Dec
12

Fisioterapi

fisio

Suasana di Pusat Fisioterapi Hospital Jitra- Pesakit dibantu oleh pelatih praktikal dari KIST dan KLMU.

Hari ini kali kedua aku menjalani latihan fisioterapi kat Hospital Jitra untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit pada bahu kanan yang aku deritai sejak sekian lama tanpa membuat apa-apa rawatan.

Seingat aku, tiada ada apa-apa kemalangan yang mensabitkan kesakitan yang aku alami ini. Yang aku sedari kesakitan ini akan terasa bila aku bermain badminton, bola tampar (dulu-dulu) atau gerak kerja membaling batu dan seumpamanya.

Bila kesakitan kali ini terasa agak lama barulah terasa nak mengadu kepada doktor semasa temujanji dengan doktor orthopedic (kes lain) di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kemudian aku minta rujuk ke Hospital Jitra kerana lebih dekat.

bahu

Sebenarnya latihan fisioterapi fasa selepas 9 tahun tamat perkhidmatan ini mengingatkan aku tentang fisiotrapi yang aku telah jalani pada era 90an dulu di Hospital ATM (HAT)Lumut. Beberapa sesi yang berasingan iaitu sesi untuk sakit belakang (spines disorders) dan satu sesi lagi untuk sakit lutut (Meniscus Tears).

2012-12-16 09.45.23

Kesakitan di bahagian back bone juga sukar untuk dipulihkan

Masih aku ingat ahli fisioterapi pada masa itu ialah koperal Samsiah dan L/koperal Meor. Mereka melayan kami dengan sabar dan tekun mengatur satu demi satu sirkit yang sesuai dengan kesakitan yang kami alami. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka berdua kerana sumbangan mereka kepada kami dalam usaha memulihkan kesakitan (ortho) yang berpunca dari kecederaan yang terakibat dari kemalangan pelbagai samada di luar adalam di dalam skop perkhidmatan.

2012-12-16 09.45.40

Pembedahan memerlukan kepakaran yang tinggi dan bayaran yang terlalu mahal namun tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.

Akibat dari Meniscus Tears yang agak serius telah mencetus kepada tahap kesihatan aku di dalam perkhidmatan di turunkan daripada Fit kepada unfit (BE) yang sekaligus menghalang aku dari di naikkan pangkat dari Bintara Muda kepada Bintara Kanan dan seterusnya.

Namun begitu setelah setahun lebih aku direhatkan di Pangkalan dengan kerja-kerja ringan, aku berjumpa doctor HAT supaya mengkaji semula taraf kesihatan dari unfit for sea kepada fit for sea namun doktor cuma boleh upgrade satu step sahaja iaitu dari unfit kepada Light every where (LE) kerana sepanjang tempoh itu aku tidak melakukan apa-apa pembedahan yang memungkinkan aku pulih sepenuhnya.

Dengan taraf kesihatan LE, aku membuat permohonan kenaikan pangkat kepada Bintara Kanan atas sokongan Pegawai Memerintah Ship Silencing Centre (SSC).

Terima kasih juga kepada Pegawai Bahagian iaitu Lt Kdr Adam Aziz(sekarang Kepten APMM) yang mendorong usaha ke arah kenaikan pangkat ini dan beliau juga pegawai pertama yang memberi pengiktirafan perkhidmatan cemerlang(skim gaji SSB –MELINTANG) kepada aku walaupun sebelum itu sememangnya dalam rekod perkhidmatan aku sudah 5 tahun lebih kompetensi bertaraf cemerlang (superior) tetapi tidak di nilai MELINTANG..

Kesinambungan daripada kecederaan berdasarkan Lapuran Kesihatan yang disebabkan kecederaan semasa aku beraksi dalam Kejohanan Mini Olimpik TLDM dalam sukan Sepak Takraw itulah aku diberi imbuhan tambahan yakni pencen hilang upaya. Syukur Alhamdulillah…

Waduhhh !!!!…. tersasar jauh imaginasi ku.. Sebenarnya kesakitan otot-otot, saraf pada umur setengah abad ini adalah berpunca dari kecederaan demi kecederaan sejak dari zaman remaja samada berpunca dari kemalangan-kemalangan kecil seperti jatuh pokok dan juga bersukan dan sebagainya.

Oleh sebab itulah, kalau dalam sains sukan sangat menggalakkan proses pemanasan badan (warm up) sebelum bermain mesti diamalkan dengan betul supaya semua sistem badan telah bersedia sebelum menerima tugas yang aggresif….

Maklumat di pautan mungkin boleh memberi sedikit pencerahan kepada pembaca berkaitan isu yang saya bincangkan di atas. Allahuallam…

http://www.hmetro.com.my/articles/Tahan15tahun/Article/artikelMA

23
Nov
12

Operasi Menyelamat Tuah…

Sedang aku berpeluh-pelai menggali ubi kayu yang aku tanam di belakang rumah pagi tadi tiba-tiba aku menerima panggilan telefon daripada rakan blogger aku iaitu Mej Nor Ibrahim untuk penjelasan beberapa perkara tentang Operasi Menyelamat Perdana Menteri dan delegasi semasa beliau menyertai satu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN ke3  di Manila pada 14-15 Dis 1987.

Sebenarnya tiada pengalaman menarik pun yang aku boleh kongsi untuk khalayak membacanya kerana penglibatan kami sebagai krew kapal yang berlabuh jauh di laut.  Melainkan  pengalaman menempuh gelombang yang agak sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

Namun begitu pembaca agak bertuah kerana satu peristiwa penting dalam sejarah negara dapat dicatat dengan baik oleh sahabat kita yang terlibat secara rapat detik demi detik yang agak cemas  dan mencurigakan sepanjang operasi tersebut.

Cerita berkaitan beliau sebagai Pilot Nuri Yang bertugas dalam operasi tersebut boleh dikuti melalui coretan beliau sendiri pada Bahagian 1 di capaian… http://xnuripilot.blogspot.com/2012/11/ops-selamat-bhg-1_23.html  dan bahagian 2 di capaian  http://xnuripilot.blogspot.com/2012/11/ops-selamat-bhg-2.html

KD KASTURI banyak terlibat dalam misi-misi penting negara-kredit gambar PRO FOC

Bila aku membaca apa yang telah dicoretkan dalam blog beliau baru terdetik di nubari aku untuk berkongsi pengalaman yang aku alami dalam konteks kami yang berada di atas KD KASTURI pada waktu itu tetapi suasananya tidak sama seperti mana yang dialami oleh Mej Nor.

 Dalam pelayaran untuk operasi khas tersebut selain daripada crew tetap KASTURI, anggota-anggota Pasukan Khas iaitu PASKAL, GGK dan HANDAU (masa tu PASKAU belum lagi ditubuhkan) juga ditumpangkan untuk tujuan tersebut.

Pelayaran pada masa itu agak mencabar juga kerana gelombang terlalu kuat menghempas bahtera.  Pendek kata pewai juga kami dibuatnya sebelum nak sampai ke destinasi.  Anggota-anggota tumpangan lagi lah kerana mereka tidak biasa terdedah dengan gelombang laut waima mereka itu anggota Pasukan Khusus.

Sebenarnya tidak banyak maklumat aku boleh ingat semasa menyertai operasi ini melainkan beberapa perkara yang bersifat domestik dalam kapal  KD KASTURI yang hanya bersauh di Teluk Manila lebih kurang seminggu juga rasanya sebelum tiba hari sebenar persidangan tersebut.

Dalam operasi ini aku cuma ingat KD KASTURI dan KD MAHAWANGSA telah terlibat di dalam satu Operasi menyelamat Perdana Menteri dikehendaki bersauh di Teluk Manila kerana suasana keselamatan di Manila pada waktu itu tidak baik dan memerlukan recovery action jika keadaan keselamatan tidak terkawal dan mengancam nyawa Perdana Menteri waktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir.

Hanya KD MAHAWANGSA  yang alongside di jeti Pelabuhan Manila  kerana atas beberapa faktor pemunggahan logistik seperti kenderaan delegasi dan sebagainya yang memerlukan kapal itu merapat di dermaga.  Tentera Laut negara lain juga turut melaksanakan bentuk operasi yang sama dan memerlukan kapal mereka juga merapat di dermaga.  Untuk mengurangkan kesesakan dan faktor keselamatan, maka limitasi dikuatkuasakan.

Kami yang berada di lokasi bersauh cuma mampu mendengar perlaksanaan latihan persediaan operasi dan hari sebenar di antara unsur-unsur yang terlibat (kapal-kapal dan helicopter) melalui UHF communication.

Lokasi bersauh kami sebenarnya agak jauh iaitu beberapa batu notika dari pelabuhan.  Walaupun kawasan berteluk menjanjikan ketenangan laut namun begitu keadaan laut waktu itu boleh dikatakan kurang tenang  kerana kebetulan Taufan (lupa dah nama taufan) telah melanda Filipina dan dan kawasan pantai Timur Sabah turut  tidak terkecuali dari mendapat tempias penangan taufan tersebut.

Apa yang aku masih ingat ialah Teluk Manila ini mempunyai banyak ikan Tenggiri kerana pada suatu malam ada seorang nelayan tempatan sedang menghayutkan pukatnya yang sangat panjang di kawasan berhampiran lokasi bersauh.

Apa yang telah terjadi, pukat tersebut telah tersangkut pada kabel sauh kapal kami.  Dari atas dek kapal pun kami boleh nampak memutih Tenggiri yang sudah mengena pukat.

Kami cuba memanggil nelayan tersebut supaya clearkan pukatnya yang terbelit di sauh namun gamaknya dia takut kami mengambil apa-apa tindakan dan dari jauh dia memberi isyarat supaya kami memotong pukat tersebut.

Aku teruja tengok Tenggiri yang memutih di pukat lantas aku volunteer jadi boat crew untuk melaksanakan ‘tugas khas’ yakni tugas memotong pukat kerana keesokan harinya kapal akan membongkar sauh.  Berpuluh ekor jugak Tenggiri berjaya ‘diselamatkan’ dan di bawa naik ke kapal dan masih banyak lagi Tenggiri yang melekat di pukat tetapi CO dah sound supaya jangan ambil Tenggiri yang berbaki malah beliau juga mengarahkan supaya Tenggiri yang dah didaratkan juga dipulangkan kepada tuan empunya.  Mana nak cari tuan dia kat tengah laut tu!!!!

Itulah karakter Pegawai memerentah kami Kepten Engku Zainal Abidin bin Engku Ngah (bersara Dato Laksda – Terkini beliau adalah Penaung Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Islah).  Beliau orang Kuala Besut… Orang kampong aku lah tuu…!!.  Beliau seorang yang warak dan sentiasa menekankan solat jemaah setiap waktu kepada warga kapal di mana beliau sendiri bertindak sebagai Imam.  Malah semua anggota Laskar Kelas 1 ke bawah dikehendaki menjadi muazzin secara giliran.  Pendek kata setiap masuk waktu solat akan kedengaranlah azan bergema melalui broadcast kapal.

foto Pak Engku 2012

Setelah Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN selesai, Operasi ini turut ditamatkan.  Kapal membongkar sauh untuk belayar tetapi ramalan cuaca telah memfokuskan Taufan sedang melalui kawasan di mana kami berada ketika itu justeru Pemerentah Kapal mengambil keputusan mencari kawasan berlindung sementara waktu untuk mengelakkan dari terserempak dengan taufan tersebut.

Langkah yang diambil adalah tepat di mana kapal terselamat dari bertembung dengan taufan tersebut namun begitu kesannya masih terasa yang mana laut bergelora agak luar biasa yang terpaksa kami harungi  sewaktu kami belayar balik ke Labuan.  Aku sempat bertanya kepada rakan-rakan dari Pasukan Khusus iaitu terutamanya GGK dan HANDAU tentang pelayaran ini… Kata mereka, ” kalau boleh tak mau dah ikut navy”…

Setiba kapal di Labuan, kami dapat melihat kesan kemusnahan taufan yang melanda dan media massa turut melaporkan sebuah kapal persiaran turut tenggelam di laut Filipina. Ekspressi.

15
Nov
12

Umur Kita Semakin Kurang…

Image

Hari ini 01 Muharram 1434 H bersamaan 15 November  2012.  Dalam takwim Islam bermulanya hari atau beralihnya hari ialah menjelangnya maghrib pada hari tersebut yang mana berbeza dengan kalendar Masehi yang bertukar hari pada jam 0001 mengikut zon masa masing-masing negara.  Bermakna menjelangnya waktu maghrib pada hari Rabu 14 Novembar 2012 sudah dibaca hari khamis 01 Muharram 1434Hijriah.

Sebagai menyambut kedatangan awal muharram yang juga dirujuk dari hijrah nabi (saw) ke Madinatul munawwarah.  Seiringan dengan itu kebanyakan jemaah Mesjid dan Surau malah juga orang-orang perseorangan akan membaca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib dan doa awal tahun sebaik sahaja selesai solat maghrib.  Kebiasaan juga mesjid-mesjid akan meneruskan acara malam ini dengan majlis-majlis ilmu.  Keesokan harinya acara-acara yang lebih besar juga turut direncanakan di peringkat Jabatan, komuniti, negeri atau kebangsaan bagi meraikan kedatangan tahun baru Islam ini dengan perbarisan/perhimpunan dan sebagainya.

Sedar atau tidak sebenarnya kedatangan tahun baharu samada Masehi atau Hijriah ini ‘memberitahu’ kepada kita bahawa umur dunia atau umur kita semakin banyak atau bertambah bermula dari saat hinggalah ke tahun demi tahun. Suatu hakikat yang sangat-sangat perlu diberi perhatian oleh setiap individu insan ialah  pertambahan usia kita itu sebenarnya kita sedang count down umur atau jangka hayat kita yang semakin kurang dari angka tahun, bulan, minggu, hari, jam dan saat sehingga tibalah saat kematian kita yang merupakan kiamat kecil bagi setiap penghidupan walaupun kita tidak berhenti-henti berdoa ..”Ya Allah lanjutkan usiakuu…”

Oleh kerana itu, di dalam kita sibuk-sibuk mengambil pengajaran  dari hijrah nabi supaya membuat anjakan paradigma kepada sesuatu yang lebih baik dalam apa jua bidang duniawi mengikut sukatan kegemilangan dan paiwaian kita jangan lupa kepada anjuran ugama supaya turut membuat anjakan kepada iman supaya ianya selari dengan slogan ‘kehidupan hari ini lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini’….

Maka jika kita sematkan kongsep dan falsafah ini dan amalkan mengikut keupayaan masing-masing tanpa retorik maka azam tahun baharu seseorang akan menjadi suatu yang lebih berkualiti kepada diri sendiri, keluarga, bangsa ugama dan negara.

Image

kredit kepada siapa yang empunya gambar.

 

*Banner Jakim

 

21
Aug
12

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433/2012

Agak lama aku tak berekspresi bukan kerana tiada bahan cuma sebenarnya agak malas disebabkan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting.

Sebagai menghargai sahabat handai yang berkunjung ke rumah aku sempena aidilfitri tahun ini maka adalah lebih baik untuk aku abadikan rakaman foto mereka ke dalam blog ini.

Seperti biasa raya pertama tahun ini para tetamu dihidangkan dengan Bihun Soto sebagai main menu yang disediakan oleh orang rumah dan cookies yang kebanyakannya dibeli yang banyak dijual di pasaran sempena musim perayaan in.  Ada juga cookies yang dihadiahkan oleh orang-orang tertentu. Korang layan je la pilihan gambar-gambar yang dimuatkan…

Hamper Hariraya ini agak ekslusif

Hamper salah satu cara pemberian sebagai penghargaan golongan atasan

kawan-kawan fizi

Anak-anak jiran datang beraya

Famili abang Mahadhir dan Kak Jah dari Alor Setar

Kak Jah ‘mewah’ dengan anak perempuan

Miza dan Zaidi jiran sebelah

Asri, Zam dan Fadzil

Imran dan Norhafizah dari Singapura…mereka tidak pernah absent setiap kali raya

Lela dan anak-anak bercuti di kampong

wati jiran sebelah dan anak-anak

tetamu terakhir raya pertama

Raya ke2- Abang Man dan anak cucu dari Kuala Nerang

Faridah dan anak-anaknya

Rasyid sekeluarga dari Sik

Saudara dari Tokai di raya kedua

Sebenarnya ramai lagi tetamu datang beraya dan tak sempat dirakam…  Raya ketiga kami anak beranak balik bercuti di kampong baharu Besut Trengganu dan kembali semula pada Raya ke 5.

17
Jun
12

Seafood Kuala Perlis

Tarikh: 16 Jun 2012 Jam 2100H

Lokasi: Kuala Perlis

Gerai: Mona No 17

Menu:

Tomyam seafood, Jenahak Bakar, Kembung Bakar, Ketam Rebus, Lala Rebus, Petai Bakar, Terung Bakar, Sambal Belacan dan Air Asam.

Minuman: Tea, fresh orange dan water melon.

Ulasan: Bedal sampai licin.

Image

Image

Image

Image

06
Jun
12

Kampong Baharu…

05 Jun 2012… Bila naluriku  tergerak untuk balik kampong, biasanya akan aku tunaikan dengan apa cara sekalipun samada satu keluarga malah selalu juga seorang diri.  Kesempatan kali ini aku drive seorang diri.  Kali terakhir aku dan keluarga balik besut adalah pada hujung bulan dis 2011.

Tak ada apa yang nak ku kongsi cerita cuma aku ‘bercuti’ pada kali ini dari 31 Mei hingga 4 Jun yakni 5 hari termasuk perjalanan pergi dan balik. Maknanya aku masih boleh buat solat jamak qasar lagi sepanjang tempoh itu…. Masa perjalanan balik pada 4 jun tu aku sempat menunaikan jemputan kenduri sahabat dalam perkhidmatan iaitu Pw1 KNG Che Aladin sempena sambut menantu…

Perjalanan kali ini aku cuma tangkap gambar bangunan sahaja yang mana aku rasa tertarik…

Image

Image

ImageImage

26
May
12

Seafood Songkhla Beach

Tarikh: 26 Mei 2012 Jam 1600G

Lokasi: Songkhla Beach

Gerai: unknown

Menu:

Ikan apa ntah masak asam pedas, Siakap sweet n sour, Udang Galah goreng, Ketam Rebus, Lala Rebus, Sayur campur, Ikan buluh goreng,  dan Air Cabai.

Minuman: Coke dan mineral.

Ulasan: 3 bintang.

Pantai Songkhla

ning dia…

Sweet & sour

inilah kesudahannya…




Flickr Photos

2017-03-24_06-44-56

More Photos

Tetamu dihati

  • 69,881 hits

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other followers

Facebook

Online

Pencapaian

Surat Khabar